Laporan Ketua Audit Negara 2012

Semalam warga Twitter Timeline saya sangat meriah dengan perbincangan hasil Laporan Audit Negara.  Saya follow beberapa pakar ekonomi dan sering mendapat informasi yang berilmiah dari tweet mereka.  Contohnya  @Norman_G

laporan ketua audit negara

Kat mana nak baca Laporan Audit Negara ?

Klik di sini

 

Ketua Audit Negara sekarang disandang oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang

Skop pengauditan yang dijalankan meliputi:

  • Pengauditan Penyata Kewangan – untuk mengesahkan penyata kewangan tahunan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.
  • Pengauditan Pematuhan – untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.
  • Pengauditan Prestasi – untuk menilai sama ada sesuatu program/ aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Untuk laporan Audit Negara 2013, daripada pengauditan 21 program/aktiviti/projek dibawah 15 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pengurusan 4 syarikat Kerajaan, terdapat kelemahan seperti improver payment, kerja/bekalan tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, kelemahan pengurusan hasil dan kelemahan pengurusan aset Kerajaan.

Kelemahan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian dalam mematuhi peraturan/prosuder yang ditetapkan oleh Kerajaan, kurang teliti semasa merancang program/aktiviti/projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender, tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja kontraktor /vendor/perunding, kurang kemahiran dalam pengurusan projek, lewat membuat keputusan mengenai perolehan, sistem maklumat Kementerian/Jabatan/Agensi yang tidak lengkap dan tidak kemas kini, kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program/aktiviti/projek, kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset dan kekurang pegawai untuk mengutip hasil.

Salah satu keratan Audit Negara yang membuktikan negara adalah pengekport petroleum. Ada beberapa pihak tak tahu beza antara negara pengimport bersih (net oil importer) dan negara pengeksport bersih minyak (net oil exporter).

eksport petroleum malaysia

Trivia dari Malaysia – Analysis – U.S. Energy Information Administration (EIA)

 

  • Malaysia adalah negara kelima terbesar mempunyai simpanan hasil minyak (oil reserves) di Asia Pasifik.
  • Malaysia adalah pengeksport kedua terbesar di dunia gas asli cecair selepas Qatar pada 2012.
  • Thailand, Indonesia, Vietnam dan Singapura adalah negara pengimport bersih minyak yang bermaksud minyak atau petroleum diimport lebih banyak daripada dieksport.
  • Malaysia adalah negara pengeksport bersih minyak (net oil exporter) yang bermakna hasil minyak dieksport lebih banyak daripada yang diimport.

ulasan audit negara

Familiarkan ulasan ni… kontrak diberi kepada pihak yang tidak berpengalaman. Ini adalah ulasan Ketua Audit Negara mengenai projek Taman Dusun Bandar di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.

scanner 14 ribu
Scanner A4 berharga RM 14,670 tidak digunakan kerana Pegawai Aset tidak tahu pun benda tu ada.  Dalam laporan Audit Negara, harga jabatan bagi Scanner A4 adalah RM 200 berbanding harga seunit penender yang berjaya adalah RM 14,670 iaitu 7,235% .

Banyak peralatan yang dibeli tetapi tidak sesiapa yang tahu menggunakannya.

comel
Adik pakai songkok saiz ayah ni comellah, kalau pakai kain pelikat pun lagi comel..hehehe

bayaran blogger

Bayaran kepada blogger untuk acara Hari Belia Negara 2012, serius saya nak tahu siapa blogger tersebut. Carian saya di Google dengan kata kunci “Hari Belia Negara 2012” tak ada satu pun Blogger Top Malaysia berada di muka depan ( SERP ). Korang tak pandai main SEO ke?

Lagi satu, laporan yang bawah sekali – bayaran artis K-Pop sebanyak 1.6 juta.  Ingat tak Kementerian Belia dan Sukan cakap, bayaran artis K-Pop adalah melalui penajaan?

bayar artis k pop

Ada banyak lagi, korang baca saja laporan lengkap dari link yang diberikan diatas. Satu siri laporan Ketua Audit Negara tu ada lebih kurang 600 muka surat.

laporan ketua audit negara 2012

Boleh pi lawatan luar negara , bayaran tanpa dokumen yang lengkap.

Kesimpulannya – kalau nak rakyat berjimat , ubah cara hidup ke arah yang lebih mundur sebab nak mengimbangi ekonomi sekarang, katanya, kenapa pembaziran dan perbelanjaan tidak berhemah berlaku setiap tahun. Kita semua perlu ambil tahu perkara ini kerana Kerajaan adalah pihak yang mengurus tadbir negara kita.   Semua orang pembayar cukai.  Beli bawang pun ada cukainya, apalagi pembayar cukai melalui sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB), gaji belum sentuh, cukai pendapatan dah pun dipotong.

Bagaimana pun, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang diberi kuasa sebagai pelabur strategik Kerajaan dilaporkan menunjukkan prestasi kewangan yang baik di mana syarikat tersebut berjaya mencatat keuntungan bersih 4 tahun berturut-turut serta aliran tunai yang stabil.

Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) secara keseluruhannya telah berjaya di dalam memberi pinjaman dan pembiayaan seperti mandat yang diberikan dan prestasi kewangan MDV adalah semakin baik.

Kerajaan telus kerana tidak menutup kelemahan?

Akta Audit 1957  telah ada sejak tahun 1957 dan secara umumnya semua hal perlu diaudit dan diumumkan.   Bukan sekarang, malah dah berpuluh-puluh tahun.  Kalau dulu kita memang tak tahu perkara ini kerana kita tiada akses kepada laman web kerajaan dan kita hanya membaca apa yang mahu disampaikan oleh akhbar sahaja.  Audit ini bukan perkara baru, cuma generasi sekarang saja yang baru berpeluang untuk ambil tahu. Itu pun kalau nak ambil tahu.

Sebenarnya…tahu juga sebab benda-benda kecuaian boleh kita nampak dengan mata kepala – contoh : bangunan, pondok menunggu bas, tandas sekolah dan lain-lain tetapi kita tak ada rujukan sokongan dari pihak yang berkelayakan.

Semua orang sayangkan negara , tetapi bukan dengan membenarkan penyelewengan berlaku dan pejam mata.   Tak ada yang sempurna sebab kita ini manusia tetapi kalau laporan audit setiap tahun berlaku perkara yang sama, yang tak sepatutnya berlaku kita kena anggap itu perkara yang tak boleh diubah ke?

Kebanyakkan kes bukan disebabkan pegawai kerajaan tetapi campur tangan yang mendesak dan ditekan oleh pihak  yang berkuasa berpengaruh politik.

Nota : Kita bercakap mengenai urus tadbir Kerajaan, bukan parti politik walaupun dua perkara ini ada hubung kait yang sangat rapat tak boleh dipisahkan.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak ? Jika ya hubungi kami di (excelservices.managementonline@gmail.com) untuk informasi lebih lanjut .

  2. Cerita yang sama setiap tahun. Buat tak kisah. Mungkin dalam fikiran masing-masing, buat apa pun bukan ada tindakan. Ada orang tolong cover lagi.
    Jom terjah post menarik dari Ros ..Download Ebook Percuma Panduan Menjahit TudungMy Profile

  3. Sedih kita tengok kerajaan boleh berbelanja sesuka hati dengan duit rakyat.

    tapi sakit hati jugak bila tengok ada scanner yang beli beribu-riban tapi simpan je. Alasan x tahu tu pon agak x munasabah. xkanla xde sesiapa yang bahagian akaun sedar pembelian tu.

    kalau ikutkan sepatutnya ada tender committee untuk pembelian2 barang ni.. tapi kenapa still berlaku pembaziran? adakah kita boleh katakan orang dalam tender comittee tu tak tau harga pasaran barang2 yang dibeli? adakah mereka tersalah fakta atau malas? atau ada campur tangan pihak atasan?

    banyak persoalan2 tu… pelik camne pak menteri kita x tanya soalan yang sama.. huhuhu
    Jom terjah post menarik dari HomeStay Shah Alam ..Tempat Menarik Di Sekitar Shah AlamMy Profile

  4. kita berjimat cermat tapi bila tenguk banyaknya pembaziran rasa sedih..apa nak jadi jika makin berleluasa..
    Jom terjah post menarik dari ida ..Masih Mencari.My Profile

  5. Pelik pulak?? Mane SPRM ye??? Xbuat keje ke?

  6. Audit ni sangat penting. Tak tahu kalau audit yang macam ni dapat keputusan apa?
    Jom terjah post menarik dari Hanif Menhad ..CORETAN PING BLOG KESIHATAN DAN ANDA SERTA JUALAN PRODUK SHAKLEEMy Profile

  7. hmm.. penatkan jadi pemimpin negara ni.
    baru saya tahu..
    yela, mereka nak kena pantau setiap gerak kerja orang-orang bawahan.
    silap sikit, mereka yang kena.
    tapi, bab-bab kewangan negara ni, pemimpin la yang kena tegas, to be precise, kerajaan.
    promosi sana sini.. haishh.
    Jom terjah post menarik dari mus ..Don’t Judge My Choices, Without Understanding My ReasonsMy Profile

  8. Mohd Nashraf says:

    Malaysia memang ‘net oil exporter’ tapi bukan ‘net CRUDE oil exporter’. Petrol untuk kenderaan dihasilkan daripada crude oil tapi malangnya production crude oil kita lebih sikit daripada consumption.

    Sumber : http://www.eia.gov/countries/country-data.cfm?fips=MY

    Total oil production: 625.98 ribu tong sehari
    Crude oil production: 513.72 ribu tong sehari
    Consumption: 598.00 ribu tong sehari

  9. betul.. tekanan pihak yang berpolitik nak kaut semua..
    haish… isu panas ni.. saja naikkan kemarahan rakyat..
    Jom terjah post menarik dari Norfanil ..Ninetology U9Z1+ Full Review. Berbaloi dengan harga?My Profile

  10. Ok..dayah baca tiga kali.. bagi otak dayah yg lembab nih bebetul paham.. mmg terbaik la kak jie.. habis segala bukti akak letak sekali.. betul la kata akak tu kan.. kita bayar cukai.. duit kita dibagi kat kpop tu.. klu derma kat anak yatim juta rm tu.. banyak sgt kebaikan dan manfaat diorang boleh dapat kan..

    Dayah pernah baca.. antara yg terawal masuk neraka ialah pemimpin yg menzalimi rakyat..
    Jom terjah post menarik dari dayah ..Tak update. .Tak blogwalking..My Profile

  11. rozy Saat says:

    Dengan pembangunan modal insan dan sistem pendidikan yang serba canggih utk generasi y….. sekarang gen x pun makin bijak menilai. ..kerana informasi dimana2 dan mudah didapati

  12. Panas hati dan sakit mata membaca sebagai pembayar cukai. 🙁

  13. Kalau saya jadi PM, saya hanya perlu buka laporan audit negara setiap tahun untuk buang mana yang tak perform dan kekalka mana yang ok…setiap tahun report ini keluar tapi macam tuang di daun keladi saja nampaknya…janji di tepati!!!
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Perlukah buat pinjaman perniagaan untuk berniaga?My Profile

  14. Teruskan mengundi kerajaan sekarang..moga-moga tahun hadapan ada pelbagai lagi kisah menarik untuk tatapan kita semua melalui laporan dari Jabatan Audit Negara.. Teringin nak tengok jam ‘canggih’ berharga RM100.00 yang dibeli dengan harga baru melebihi RM3,000.00 seunit..hehehe..
    Jom terjah post menarik dari Yus ..Toyota Vios serba baru dilancarkan untuk pasaran Malaysia, harga bermula dari RM73,200.00 OTRMy Profile

  15. saya ingat saya salah sorang blogger tue..

    haha.. auuwww…aauuwww… meh klik link saya meh..

    hiihii.. marah kak jie karang komen mengambil kesempatan..

    #tipsblogging katanya… heehee..
    Jom terjah post menarik dari perasan cantik ..melampau dah bini aku nih tau…My Profile

  16. negara ke 5 asia pasifik simpan minyak.. hebakk malaysia rupanya..
    Jom terjah post menarik dari nizam ijam ..Cara Bergambar Nampak KurusMy Profile

  17. Pendapat saya sama dengan DH. Keberanian kerajaan untuk mendedahkan kepincangan pegawai-pegawai yang mengambil kesempatan ke atas sistem dan perundangan. Moga selepas ni berkuranglah perkara-perkara macam ini
    Jom terjah post menarik dari adikensem ..Wordless Wednesday : Google Analytics SummaryMy Profile

  18. serius saya juga nak tahu siapa blogger yg terlibat dengan hari belia tu….
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..Pandai Naik Tak Pandai TurunMy Profile

  19. Bila ‘banyak tangan’ yang terlibat duit sepatutnya disalurkan ke pihak sepatutnya ‘dicaras’ oleh tangan lain terlebih dahulu sebelum sampai.. Wallahualam..
    Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Kejap ada Kejap Tak adaMy Profile

  20. hairanlah kan beli benda yang harganya berlipat kali ganda dari harga sebenar..duit lebih buat apa yer?

  21. apabila mereka diatas tu terlalu selesa dengan kedudukan masing..macam ni lah jadi nya..hmm..hati dah berat nak menyokong kerajaan..satu per satu cerita sebenar terbongkar..itu pun masih lagi nak menegakkan benang yang basah.
    Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Wordless Wednesday : Drummer CilikMy Profile

  22. Sedih.. sangat sedih pabila duit dibazirkan sedemikian rupa. Walau setebal mana pun laporan tersebut menyentuh ketirisan duit kita, apa yang mampu pihak berkenaan buat? Tengok je la audit tahun 2011. Corak perbelanjaannya hampir sama. Tapi tindakan tahun 2012 juga macam tu. Tiada apa-apa penambahbaikan langsung.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Makan Time, Lamb Chop @ FiskeSteakhouseMy Profile

  23. semua laporan ini adalah proses meningkatkan kualiti sebuah negara cuma kalau masalah yg berulang-ulang tu yg rakyat tak puas hati ibarat bos tak buat kerja
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Martabat Blogger di mata Ketua Audit NegaraMy Profile

  24. bila audit datang ramai yang takut..
    Jom terjah post menarik dari zool ..Pelumba Basikal Terengganu Maut dalam kemalangan ketika latihanMy Profile

  25. haa..tu dia. sudah kantoi semuanya..hehe
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..2 cara mudah untuk buat duit dengan JobdirumahMy Profile

  26. banyak penyelewengan dilakukan kerajaan, sprm boleh siasat..ataupun tidak
    Jom terjah post menarik dari Wan Gerrard ..Javier Pastore ke Liverpool. Lebih baik dari Mkhitaryan dan Eriksen?My Profile

  27. RM1,219,427 hanya untuk blogger promosikan Hari Belia Negara? Macam pelik ja.
    Jom terjah post menarik dari Naziman Azlye ..Memang Nasib Aku PenganggurMy Profile

  28. sadis.. yang jadi mangsa, rakyat gak…
    Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Wordless Wed – Blogger, What People Think You Do ?My Profile

  29. blogger mana yang update pasal hari belia 2012 tu , kenapa tak dedahkan .. wooaaaa macam ada sesuatu je ni … ermm
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Nokia Lumia 925 Untuk SayaMy Profile

  30. Uruslah wang negara dengan cekap – pesan kepada pemerintah 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Bunga – Wordless WednesdayMy Profile

  31. hal belanja kerajaan..depa sendiri pun tahu..malas la nak kekomen…konon nak terapkan perbelanjaan berhemah….berhemah la sangat ye..
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Kontes Review Klinik CintaMy Profile

  32. akhirnya jumpa juga. Kena baca dan fahami nih. Duita rakyat semua nih..
    Jom terjah post menarik dari amirnawawi ..Oktober Yang Maksimum!My Profile

  33. Sebenarnya pegawai2 kerajaan tu bukan tahu pun berapa harga pasaran barang yg dibekalkan kecuali mereka jenis yang mengambil tahu. Di sinilah kepentingan audit sebenarnya kita boleh lihat semula kelemahan dan kesilapan yang telah di buat supaya boleh dibuat penambah baikan pada masa hadapan.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..What Is Sawan ?My Profile

    • ada yg tahu..tapi tu la..biasa kalau dah melalui LO atau tender..harga akan jadi luar biasa ditawarkan pembekal…kekadang pilihan pun macam kurang…semua atas kelulusan ketua jabatan juga
      Jom terjah post menarik dari reezluv ..Kontes Review Klinik CintaMy Profile

    • Dik ni main buat andaian ke apa..dik prosuder perolehan aset kerajaan ada jawatankuasa dia…ada harga anggaran jabatan and so on…dan setiap aset yg hendak dibeli mesti jawatankuasa akan tengok harga pasaran..wajib dan buat perbandingan. Next step melalui unit bekalan ditapis ttg logik atau tidal harga barang yg nak dibeli

      Bukan maim hentam kromo je dik oi letak harga or setuju buta..

      Ada benda yg kita tak tahu sebenarnya..jgn main terus buat andaian negatif..

      Cuba hayati dua perenggan terakhir tulisan kak jie tu..itulah hakikat yg dialami

  34. ‘Seronok’ tengok duit mengalir macam air.. T__T
    Jom terjah post menarik dari amir zahari ..Silence Day Of Wednesday #33 – Tanjung Biru, Port DicksonMy Profile

  35. kerana mereka inilah barang keperluan asas naik naik naik. pastu suruh rakyat berbelanja bila perlu.

    hellooooo!!!

    siapa yang sepatutnya bercakap begitu???
    Jom terjah post menarik dari Khairil Mazri ..Hari Rabu Tanpa Kata: Permainan Klasik 3My Profile

  36. Report dah keluar. Kena la buat corrective dan preventive actions lepas ni. Itupun kalau kerajaan ikhlas nak buat penambahbaikan.
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Top Rated Android Apps for Bloggers In Google PlayMy Profile

  37. “Scanner A4 berharga RM 14,670 tidak digunakan kerana Pegawai Aset tidak tahu pun benda tu ada. Dalam laporan Audit Negara, harga jabatan bagi Scanner A4 adalah RM 200..”

    nak tahu juga, Scanner harga riban2 ni di perbuat dari emas permata ke?

  38. Selama ini kita dijadikan sebagai apa oleh kerajaan … saya pun tak tahu nak cakap. Dibela oleh Kerajaan atau kita ni yang membela kerajaan? Laporan audit tiap2 tahun ada, dan ramai sebenarnya baca laporan audit ini, tetapi cam buku kerja sekolah darjah 1 … lepas baca, conteng2 sikit .. pastu .. surat khabar lama ..surat khabar lama ….

    Rakyat diminta berjimat dan berhemah, tapi menteri malaysia sendiri yang tak bijak nak jimat dan hemah dalam perbelanjaan negara. Aduhai.
    Jom terjah post menarik dari hasrulhassan ..Sistem Komen Tunggal Atau Berbilang?My Profile

  39. Kerajaan sepatutnya ambil tindakan tegas agar benda seperti ini tidak akan berlaku lagi dimasa akan datang .
    Jom terjah post menarik dari anastasyea ..Sibuk Dengan Bisnes OnlineMy Profile

  40. amboi2 harga sacnner A4 tu..melampau2 nyer hanrag dia..kuat mark up nie..he3
    Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Wordless Wednesday #2 Datang Musim BercintaMy Profile

  41. banyak perkara yang dibangkitkan, rakyat baru tahu audit yang betul-betul telus….
    PDRM kerugian besar dalam kehilangan senjata api, gari dan kenderaan polis.
    Banyak perkara tak logik, tak patut, tak sesuai digunapakai, tiada maklumat berkenaan barangan yang hendak digunakan…..sepatutnya gunakan wang rakyat dengan berhati-hati dan telus……
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Wordless Wednesday # 31My Profile

  42. satu jer.

    SEDIH!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Segmen – Saya Mahu DitegurMy Profile

Trackbacks

  1. […] lagi dibincangkan di blog Kak Kujie2.com atau boleh baca laporan 600 m/s di […]

  2. […] *baca laporan lengkap oleh makcik kiter Laporan Ketua Audit Blogger Malaysia […]

  3. […] nak ulas sangat cerita Laporan Audit Negara 2012 yang telah banyak diperkatakan termasuklah oleh sifu Blogger. Yang aku tak puas hati sebenarnya apabila Ketua Audit Negara merendahkan martabah Blogger. Bayaran […]

  4. […] Edit : 02/10/2013 – klik di sini – Laporan Audit Negara 2012 […]