Maksud Kohort Sekolah Berprestasi Tinggi 2012
Pengetahuan Am

Maksud Kohort Sekolah Berprestasi Tinggi 2012

Kementerian Pelajaran mengiktiraf 14 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah rendah dan empat sekolah menengah di bawah kohort ketiga tahun ini.

Saya baca berita ni, perkara pertama yang saya rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka ialah maksud kohort. Makin canggih perkataan sekarang, kenalah rujuk kamus.

Kohort – Kumpulan taksonomi tidak tetap yang digunakan dalam cara berlainan oleh pakar yang berlainan, misalnya kumpulan dalam taraf di atas superorder, kumpulan di antara kelas dan order, atau kumpulan famili yang berkaitan.

Taksonomi – kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dlm pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.

Bila dah faham maksud tersebut, gigih pula saya cari senarai Sekolah Berprestasi Tinggi tersebut. Iyalah… manalah tau kot kot sekolah anakยฒ saya tersenarai…manalah tau, kan.

sekolah berprestasi tinggi

Mengikut berita tersebut, ada 66 buah sekolah di Malaysia sekarang yang dianugerahkan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi ( Sekolah Menengah)

  1. SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
  3. Sekolah Datoโ€™ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka
  15. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
  16. SMK Jalan Empat, Bangi, Selangor
  17. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
  18. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
  19. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
  20. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
  21. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  22. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
  23. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
  24. Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu , Sabah
  25. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan
  26. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Selangor
  27. Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak
  28. SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan
  29. SMK Lembah Bidong, Terengganu
  30. SMK Agama Naim Lilbanat, Kelantan
  31. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
  32. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaatar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  33. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor
  34. Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor
  35. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
  36. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
  37. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  38. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi ( Sekolah Rendah)

  1. SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
  2. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan
  3. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur
  4. SK Convent Kota, Taiping, Perak
  5. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
  6. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor
  7. SK Ulu Lubai, Sarawak
  8. SK Convent Muar, Johor
  9. SK Seri Biram, Pahang
  10. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
  11. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  12. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
  13. SK Sultan Ismail, Terengganu
  14. SK Jalan Tiga, Selangor
  15. SJKC Perempuan China, Pulau Pinang
  16. SJKC Lick Hung, Selangor
  17. SK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
  18. SJKC Tung Hua, Sarawak
  19. SK (Perempuan) Sultan Ibrahim Johor Bharu
  20. SK Infant Jesus Convent, Johor Bharu, Johor
  21. SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah
  22. SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu
  23. SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu
  24. SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang
  25. SK Minden Heights, Pulau Pinang
  26. SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang
  27. SJKC Keat Hwa (H), Alor Setar Kedah
  28. SJKC Foon Yew 2, Johor Bharu, Johor

 

Khabarnya kementerian akan mencapai 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi di akhir tahun 2012.

Mengikut laman web Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Sebagai orang sekolah pun tak pandai, saya cari pula makna etos dalam kamus dewan. Limanam kali selak kamus online untuk baca satu keratan akhbar.

Etos – sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dll: pelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yg benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan ~ masyarakat dan negara kita.

 

bukan mudah untuk membaca dan memahami suratkhabar sekarang…

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Maksud Kohort Sekolah Berprestasi Tinggi 2012

  1. Alhamdulillah, sekolahku dapat pengiktirafan SBT ,2012… Maju Sempurna SM Sains Tuanku Jaafar….

  2. aderk… Kohort atau dalam bahasa Inggeris ialah cohort…
    kalaulah gunakan bahasa yg mudah atau bahasa melayu yg itew.. rasanya dapat memartabatkan bahasa melayu itu sendiri….

    Cohort ialah dari bahasa merujuk kepada sebuah kumpulan populasi yg berkongsi ciri @ sifat yg sama.

    Dalam ilmu statistik pula Cohort ialah kaedah kajian mengikut perkumpulan poplulasi yang ditentukan atau dikumpulkan olen penyelidik. Kemudiannya kumpulan ini akan dibuat perbandingan ttg perubahan yg dialami oleh mereka mengikut masa atau zaman kajian yang berurutan dan berterusan. seperti kajian ke atas sekumpulan pengurus dana di sebuah syarikat pelaburan. Pengkaji mahu melihat perubahan kerja, sikap dan tugasan sepanjang hari, minggu, bulan atau tahun tersebut….
    Jom terjah post menarik dari maza ..Cacat tak menghalang menunggang motor besar!My Profile

  3. banyak juga sekolah berprestasi tinggi ni ya, semoga anak didik ini akan menjadi seorang pemimpin dan pembangun negara di masa hadapan. tapi dalam masa yang sama juga saya berharap pihak kerajaan dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak. maklumlah, keluaran lepasan ijazah pun dah banyak. tapi pekerjaan tiada lagi. macam takda guna pun ada jika lahirkan golongan cerdik pandai tapi tidak digunakan sepenuhnya. erk, betul ke kak jie?

  4. Perkembangan baik dan menarik untuk sistem pendidikan negara. Cuma dalam pemilihan istilah bagi tujuan ‘rasmi’ ada baiknya utamakan bahasa Melayu yang tidak kurang perbendaharaan kata yang indah-indah dan lebih mesra pendengar dalam menyampaikan dan menjelaskan sesuatu maksud. Paling penting, simbol kemajuan tidak dilambangkan dengan penggunaan istilah-istilah berbau bahasa Inggeris dengan meminggirkan bahasa kebangsaan. Memaklumi bahawa Kamus Dewan mengiktiraf, namun memelayukan istilah Inggeris perlu ada hadnya, tak semestinya ‘cohort’ ditukar jadi ‘kohort’. Masih ramai tokoh bahasa dan sastera untuk dirujuk sebenarnya. Kalau budayawan Melayu dan pencinta bahasa seperti Allahyarham Hassan Ahmad masih ada, tentu beliau kesal akan perkara ini. Bahasa jiwa bangsa.
    Jom terjah post menarik dari Stokis RajaBio ..Sembang Santai dengan saudara Tawfik: Resdung & JerawatMy Profile

  5. ingatkan Sekolah Berprestasi Tinggi dinilai berdasarkan pencapaian akademik je. baru nak cakap tak adil kalau macam tu. rupanya susah jugak nak dapat status Sekolah Berprestasi Tinggi. banyak aspek diambil kira.

    patutla semua sekolah aku dulu tak tersenarai pun. hehe
    Jom terjah post menarik dari Adam ..Facebook, just a things for womenMy Profile

Comments are closed.