Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita

Sebagai orang biasa bukan luar biasa, saya, Angah dan Intan tidak melepaskan peluang mengunjungi Istana Negara ( lama ) untuk melawat Pameran Raja Kita.

Pameran Raja Kita diadakan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selama dua bulan  merakamkan sejarah ringkas riwayat hidup baginda, alat kebesaran diraja juga koleksi peribadi Tuanku Abdul Halim.

Tarikh Melawat Istana Negara : 15 April hingga 15 Jun 2012
Waktu Lawatan Istana Negara : 9.00 pagi hingga 5:00 petang
Lokasi Istana Negara : Masuk melalui pintu utama di Jalan Istana
Bayaran Masuk Istana Negara : Percuma

Edit :  Maklumat dari laman web Jabatan Muzium Malaysia , Pameran Raja Kita di Istana Negara Lama ( Jalan Istana ) dilanjutkan sehingga 31hb Dis 2012

Sebelum memasuki pameran di Balairong Seri Istana Negara , pelawat kena tanggalkan kasut dan bayaran RM3 dikenakan sekiranya kita merakamkan gambar dengan kamera termasuk telefon bimbit.

Kami datang awal, pelawat belum ramai.   Semangat berkobar-kobar dari rumah sebab nak merasa masuk Istana Negara.  Pernah melawat dulu, tetapi hanya bergambar dengan pengawal yang bertugas di luar pintu pagar.

Kalau dari luar, kita nampak Istana Negara besar agam dengan megahnya.  Sebenarnya bangunan Istana Negara yang dibina dalam tahun 1928  tidaklah sebenar mana.

Ini adalah Mohor Besar Raja-raja.  Wah… terus teringat pengumuman puasa dan hari raya, kan?

Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja- Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa  anak bulan…. * belum habis pengumuman , bunga api mercun dah berdentum *

Mohor Besar Raja-raja dibuat di England pada tahun 1949 yang digunakan sehingga ke hari ini. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sekarang adalah Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

 

 

Biasa nampak gambar kat sini?  Selalunya orang- orang besar terima pingat kebesaran,  bergambar suami isteri  depan singgahsana dan frame gantung kat ruang tamu.

Ini pula bunga emas negeri Kedah…. ops! yang dibelakang tu Bunga Emas, yang berdiri tu Intan Payung.  Kedah mengirimkankan bunga emas atau bunga perak kepada Raja Siam setiap 3 tahun sekali.  Penghantaran bunga emas telah menimbulkan dua tafsiran berbeza.  Pihak Inggeris dan Siam menganggap penghantaran ini sebagai ufti tanda mengaku tunduk kepada Siam.  Namun di pihak Raja-raja Melayu pula mengatakan bunga emas dihantar sebagai tanda perikatan dan persahabatan dengan Siam.

Passport Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong termasuk Kad Pengenalan dan Lesen Memandu antara barangan peribadi yang dipamerkan.

Antara alat kebesaran dan koleksi cenderamata yang terdapat di ruang pameran.

 

Kesopanan dan Kesusilaan  anak beranak ni…


Balairong Seri Istana Negara

Ini bilik air di dalam istana.  Ini saja bahagian lain yang dibuka untuk kegumaan umum.  Kalau boleh, nak juga tengok  ruang dapur, bilik tidur atau ruang makan yang terdapat di dalam istana tu….

Taman yang terdapat di bahagian belakang bangunan istana.  Saya ingat ke taman istana ada pokok warna warni, buaian bunga-bunga atau landskap menarik.  Biasa saja tetapi rimbunan pokok-pokok tersebut memberi suasana redup dan sejuk.

Jangan lepaskan peluang , ambillah masa untuk mencatit sejarah peribadi untuk kenangan .  Biasanya Pameran Raja Kita diadakan di Muzium Negara tetapi untuk julung kalinya, pameran di adakan di Istana Negara.

Saya ada bertanya kepada kakitangan yang bertugas sama ada pameran ini tetap diteruskan selepas 15 Jun dengan dikenakan bayaran.  Dia pun tak pasti lagi… jadi, jangan terlepas peluang.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. rancang nk pergi…mcm sgt best…”istana negara”…mesti ada taman terlarang penuh bunga2, pokok redup subur…kalau dpt masuk boleh merasa jd puteri berjalan2 bwh pokok redup keliling bunga2 subur

    tp drp post ni,nmpk mcm istana negara is an ugly sad colonial old haunted place

  2. untung darah bangsawaan
    Jom terjah post menarik dari Terbelog ..Komen Sedih Mak Azmin AliMy Profile

  3. mula2 igt cm xde apa2 sgt dlm tu,
    tp bila tgk perkongsian kak jie ni, wah rasa cm nk pergi plak. suka gk tgk brg2 personal org kenamaan ni.
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..Set Meja Makan Boleh Simpan Dalam Kabinet Dapur Rekaan ALNOMy Profile

  4. Sampai sekarang bangunan Istana negara masih sangat kokoh walau sudah lama dibangunnya..
    Nice share Kak Jie, walau saya tak kesitu serasa pernah kesana walau cuma lewat foto yang anda share ini
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Ciri Webspam Dalam Algoritma Google PenguinMy Profile

  5. Salam Kak Jie, lamanyaaaaaa ella tak datang sini. Ella pun ada plan nak ke Pameran ni kak tapi belum ada masa lagi. Rugi tak tengok kan kak, Warisan negara tu.
    Jom terjah post menarik dari kakchik@ella ..Orang-orang PuncakMy Profile

  6. kak jie,
    pasal bunga emas itu, kalau menurut pendapat lain pula, ianya diberikan oleh Sultan Kedah sebagai zakat kerana waktu itu raja siam adalah islam sebelum di jajah oleh raja thai. raya siam waktu itu dikatakan ayuthia. baginda memakai nama shahrul nuri. disitu juga pendita hamzah fansuri pergi menuntut ilmu kerana tingginya tamadun islam di siam. mana mungkin sultan kedah akan beri bunga emas kepada raja siam jika ianya bukan sebagai zakat. bayaran ufti ini diberikan hanya kerana raja siam adalah islam. selepas itu pada tahun 1767, baru siam dijajah oleh thai. dari golongan sokho thai yang beragama buddha. hingga hari ini. raja siam terakhir nama khalifah syarif abu bakar syah. lepas ayuthia kena tawan, baginda berundur ke thammarat dan dikenali sebagai raja bakar. cerita ini ada dlm sejarah patani dan manuskrip undang undang kedah. tapi itu la..sejarah ini ditafsirkan oleh sesiapa yg berkuasa..

  7. Hari Ahad lepas ketika bertolak pulang dari Melaka ingat hendak singgah apabila lalu depan istana melihat banyak kereta parkir tidak jadi singgah terus balik ke rumah.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Melayan kerenah anak bermain Hopper ballMy Profile

  8. izwanyusof says:

    salam kak jie lama tak menyinggah.. :)

    selalu je akak tahu event2 menarik kat KL. ni boleh dijadikan lokasi nak shoot gambar ni.. mohor besar tu macam berat je nak ngangkat..
    Jom terjah post menarik dari izwanyusof ..Diskspace Limit,Defacement,Blogging dan PhotographyMy Profile

  9. ooo kakjie,
    kita memang ada plan nak ke sana. ishh nak gi gak. bukan senang dapat masuk istana
    Jom terjah post menarik dari ciknor ..Dua malam di PC FairMy Profile

  10. Ikhtiar Shah says:

    wah best kalau dpt pi ramai-ramai
    Jom terjah post menarik dari Ikhtiar Shah ..Tawaran Pengajian Diploma & Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Secara PercumaMy Profile

  11. salam k jie, bagus jugak kalau di jadikan muzim di raja secara kekal

  12. Hafizul says:

    Emm sedap doh kalau dapat bunga emas tu..haha.. Walaupun tak pernah pergi ke tempat macam ni, tapi saya rasa meriah dengan tengok gambar dalam entri ni. sekurang-kurang saya tahu apa yang ada didalamnya.hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..CAT 5 Dan CAT 6My Profile

  13. huhu, tak dapat berita pun ada pameran.
    bajet dok kedah, tapi tak pernah ambil taw..hehe
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Proton Preve Yang Pertama Kemalangan Jalan Raya?My Profile

  14. Assalamualaikum,
    Cuti umum esok buka kan? Dah tengok gambar2 kat sini, teringinlah pulak nak pergi…
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta 2012My Profile

  15. time kerja..hari-hari lalu..tp langsung tak tersinggah…ruginya kalau tak pergi…tapi sempatkah..next week outsation seminggu ni…

    akak, camana nak follow akak yer..
    Jom terjah post menarik dari ema ..Express yang tak berapa expressMy Profile

  16. terimakasih kak jie

    buleh masuk dalam program cuti sekolah nie
    Jom terjah post menarik dari pB ..1140My Profile

  17. Esok nak pergilah bawa anak2/isteri..thanks Kak Jie atas info,kalau tak mmg tak tahu menahu.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Bersih 3.0 Jalan Raja LautMy Profile

  18. kingbinjai says:

    bess aaar kalo dapat tinggal kat istana

  19. kerusi yg disediakan tu utk lepas lelah kejap je ke kak jie?…

    ke kerusi roda?

    ehehehe… sesuai gak kalau parents penat nak jalan jauh…
    Jom terjah post menarik dari nuyui ..Promosi menarik dari RasaMas | Roaster Chicken Set for 2 cuma RM19.90 ( Normal Price RM33.60)My Profile

  20. kena jalan kaki jauh ke, kalau nak masuk dalam istana tu? ingat nak bawak parents tapi kalau kena jalan jauh, susah gakla.

    • ruang kat dalam tak ada masalah sebab berkarpet – penat boleh duduk

      nak jalan masuk dari pintu utama tu jauh juga, cuba tengok gambar terakhir tu

      itu tengah2 perjalanan, depan ada simpang untuk ke ruang pameran….tapi dia sediakan kerusi untuk warga emas
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Perlu Petua Bibir KeringMy Profile

  21. Dah siap nak pegi tadi. Ada emergency call lak. Hari Selasa ni InsyaAllah sampai.
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Peserta BERSIH 3.0 Liar & Buas Perlu Mendapatkan Rawatan PsikiatriMy Profile

  22. ini istana lama kan kak jie sekarang dekat Jalan Duta…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Sitkom Annisa TV AlHijrahMy Profile

  23. menarik
    Jom terjah post menarik dari Razifredz ..Lee Chong Wei tewas di Terbuka IndiaMy Profile

  24. hamboiiihhhh kemain duduk bersimpoh anak beranak ye.
    eh kak jie.. free? hahaha… asal tak cakap awal-awal. lol~
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Plugin “Saya telah membaca post ini” dah berjaya disiapkanMy Profile

Trackbacks

  1. […] Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita {2012) […]

  2. [...] Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita [...]

  3. [...] Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita , [...]

  4. [...] mereka yang telah melawat Pameran Raja Kita – Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita This entry was posted in Places To Visit and tagged istana negara lama dibuka untuk pameran, [...]

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam