Nak Ambil Lesen L

ujian jpn lesen memandu

Pagi tadi ke Celcom Selayang, dapatkan sim kad ganti untuk Angah. Simkad dia kena rampas oleh warden asrama… simkad dia dalam telefon kawan. Nasib baik telefon tak kena rampas. Tak boleh nak komen lebih² sebab dah tahu risikonya.

Simkad tu belum setahun, jadi kena bayar RM 5.00. Kalau lebih setahun boleh diganti secara percuma ( untuk pakej pelajar ).

Balik dari Selayang, singgah Tesco Rawang. Dalam perjalanan balik ke bahagian pakir kereta, ternampak kiosk sekolah belajar memandu.

Angah baru sambut ulangtahun ke 16 bulan lepas, terus daftarkan dia untuk ambil lesen belajar memandu atau di kenali lesen “L” @ LDL ( Learner Driving Licence ) . Lesen ‘L’ sah sehingga 2 tahun dikira mulai tarikh lulus ujian Bahagian 1 (Komputer).

Bayaran untuk ambil lesen belajar memandu ( Lesen L ) RM 300.00 dan tambah RM 110.00 lagi kalau ingin terus mendapatkan lesen P ( lesen memandu percubaan ) untuk kelas B ( motosikal ).

Bagi mendapatkan lesen kelas D ( motokar/kereta ) kena tambah bayaran RM600.00+ . Saya tak fokus lebihnya berapa kerana Angah belum layak untuk dapatkan lesen kereta. Syarat kelayakan lesen memandu kelas D mestilah berumur 17 tahun keatas.

Trivia

  • Sistem Ujian Berkomputer (Bahagian 1) atau singkatannya SUB merupakan satu kaedah ujian Undang-Undang Jalan Raya secara berkomputer yang telah dibangunkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan dikendalilkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pelajar mestilah lulus ujian ini dengan mendapat sekurang-kurangnya 84 peratus.
  • Secara purata pelajar telah mengambil masa selama 25 minit untuk menduduki ujian ini . Kadar masa tercepat  ialah 11.1 minit manakala kadar masa terpanjang pula ialah 40.3 minit.
  • Seramai 15 pelajar dari Melaka SafetyDriving School, Ayer Keroh menjadi kumpulan perintis untuk menduduki ujian berkomputer yang diadakan buat pertama kalinya pada 16 Oktober 1996.
  • Kombinasi atau susunan soalan yang keluar di setiap skin komputer pelajar adalah berlainan kerana soalannya dipilih secara rawak atau ‘random’ . Tiada masalah tiru meniru!
  • Sebanyak 500 soalan disediakan di dalam bank data dan pelajar perlu menjawap 50 soalan secara rawak. Hanya kekunci ‘A’, ‘B’ dan ‘C di aktifkan untuk memilih jawapan yang betul. Kekunci ‘L’ untuk melangkah mana-mana soalan ( next ) dan selepas melalui 50 soalan, kekuncl ‘S’ akan diaktifkan untuk membenarkan pelajar menyemak mana mana soalan yang telah dijawab atau yang telah dilangkah. Untuk menamatkan ujian , kekunci ‘ESC’ boleh digunakan.

Rujukan : Pelaksanaan Sistem Ujian Berkemputer ( bah 1 ) (SLUB) di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dan hubungannya dengan Sistem Latihan Ujian Berkomputer (SLUB) oleh Prof. Madya Dr. Wan Muiid Aminuddin Wan Hussin – Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia.

p/s –  Dulu saya ujian bertulis saya dapat 49/50, Along 47/50 – sekarang peluang Angah nak tewaskan mama dia.

©kujie – pastikan anak2 ada lesen memandu yang sah juga tanggungjawap ibubapa~

29 Replies to “Nak Ambil Lesen L”

  1. jadi….. kena tunggu anak2 habis belajar dan bekerja baru ambil lesen?

    umur 21-22?

    waktu di kolej/universiti dia perlukan kenderaan ( motorsikal sekurang²nya )

  2. Pada saya..Lesen haruslah dibiayai oleh anak itu sendiri..sbab pada ketika itu lah anak2 akan di didik untuk mengumpul duit..baru dia tau susahnya cari duit..

  3. Salam,
    Selamat hari raya aidiladha.
    Ambil lesen motor pada umur macam tu, memang bagus. Bila remaja umur macam ni ambil lesen secara sah dan tahu undang-undang jalan raya, tahu macam mana cara memandu secara berhemah, mereka akan lebih bertanggungjawab di jalan raya. Cuti sekolah nanti, terisilah masa Angah nanti…
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Stress Menjelang PeperiksaanMy Profile

  4. Mahal juga yer nak ambil lesen sekarang ni…sebab tu mat rempit byk tak ada lesen motor…masa saya dulu rm 100 lebih jer hmm…wajarkah semahal tu ?
    Jom terjah post menarik dari mankuchai ..Raya HajiKelantanMeriahMy Profile

Comments are closed.