Negeri Cuti Israk Mikraj 2014

CUTI ISRAK & MIKRAJ – 27 Mei 2014 ( Selasa ) bersamaan 27 Rejab – Negeri-negeri yang bercuti pada Israk dan Mikraj adalah Negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis sahaja. Negeri-negeri lain tak cuti.

Selangor dan Kuala Lumpur tak cuti Israk Mikraj, jangan buat-buat lupa 🙂  Semak Cuti Am Malaysia 2014

Tapi kat tempat kami, walaupun tidak bercuti pada hari Israk dan Mikraj, tetap ada beberap majlis ceramah umum mengenai Israk dan Mikraj di surau dan masjid.  Lapang-lapangkan diri untuk menghadiri majlis ilmu seperti itudan mengambil iktibar terkandung dalam peristiwa terbabit. .

masjid darul iman serendahBila disebut Israk & Mikraj, secara tak langsung kita akan mengetahui mengenai makhluk Allah bernama Buraq.  Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa  manakala Mikraj pula adalah perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha dan ‘Arasy Allah SWT.

Salah satu peristiwa penting  Israk & Mikraj yang sering ustazah saya cerita ialah ialah perintah Allah SWT mengenai  ibadat solat fardu. Sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj,  Rasulullah SAW telah menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.

Sewaktu dalam perjalanan untuk turun ke bumi dan Baginda bertemu Nabi Musa. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa meminta Rasulullah SAW kembali mengadap Allah SAW dan  minta untuk diringankan bilangan 50 waktu tersebut kerana Baginda yakin umat Nabi Muhammad tidak akan terdaya melakukannya.

Rasulullah SAW kembali mengadap Allah SWT. Selepas dipohon untuk dikurangkan, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali sehari semalam. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa,  sekali lagi beliau meminta Rasulullah SAW menemui Allah SWT  supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi.

Beberapa kali Rasulullah SAW berulang alik menemui Allah SWT, sehinggalah Allah SWT mengurangkannya  menjadi 5 waktu sahaja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu tersebut tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah SAW kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.

Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi lima waktu saja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu.

Nota : Tahun berlakunya peristiwa Israk & Mikraj  dikenali sebagai “Am al Huzun” atau Tahun Kesedihan.

13 Replies to “Negeri Cuti Israk Mikraj 2014”

  1. OK, Sabah keje.. Kalau tak punya lah banyak cuti bulan ni. Hujung bulan Keamatan 3 hari. Awal bulan dah Hari Pekerja dan Wesak… Boss2 pening kepala!
    Jom terjah post menarik dari Ismail N ..Hari Guru 2014My Profile

Comments are closed.