Nilai estetik seorang isteri

By Kujie, 29/08/2009 6:37 am
Hujung minggu pertama di bulan Ramadan. Tentunya ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu sehingga Isnin ( 31/8/09) untuk keluar membeli belah membuat persiapan menyambut hari raya.

Semalam saya ke Komplek Shah Alam. Masyaallah……. sesaknya jalanraya . Itu baru pukul 3 petang. Ingat nak cepat, keluar dari GCE ikut Lebuhraya Persekutuan rupanya tersenggok-senggok di jalanraya . Kalau masak nasi pun dah jadi bubur.

Sesiapa yang merancang untuk keluar membeli belah sempena cuti 3 hari ini, berhati-hatilah.  Berjimat cermatlah dan merancang perbelanjaan dengan baik. Puasa adalah ujian untuk kita melawan pertembungan akal dan nafsu.

Kepada suami tercinta , janganlah merungut tentang keghairahan isteri anda bershopping kerana dia bukan melaram sakan untuk diri sendiri tetapi untuk seisi keluarga.

shopping2 150x150 Nilai estetik seorang isteriSiapa beli persiapan anak-anak? – Isteri!
Siapa beli persiapan suami ? – Isteri!
Siapa beli buah tangan untuk keluarga di kampung ? Isteri!
Siapa yang menyediakan kuih muih ? Isteri ( suami cuma bermanis muka menjemput kawan-kawan sepejabat dia saja)

Pendek dan panjang kata……..isterilah yang memeriahkan dan membuatkan sambutan hari raya anda para suami teratur dan tersusun. Jadi apa salahnya anda berterimakasih atas perkhidmatan isteri tersayang. Semoga sambutan hari raya tahun ini anda dan isteri bertambah kemesraan, kasih sayang yang bertali arus ( seperti kesesakan jalanraya ) dan bunga cinta lestari berkembang mewangi menghiasi rumahtangga .

  1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih “masak” proses membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari suami, ia terpancar ke muka walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti.Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa “sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala”.
  2. Kosongkan aktiviti pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu “kecederaan” yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih berbaris di kaunter bayaran. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.
  3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.
  4. Semasa berkereta dalam perjalanan ke komplek membeli belah eloklah tanyakan kepada isteri .. apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan. . (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali). Ini akan menyebabkan isteri anda lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.
  5. Tiba di kedai , buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil suami pula merayau ke kedai lain.
  6. Kalau dia meminta “second opinion” dengan kata-katanya, “Cantik tak abang kain ni untuk saya”…?  Berilah pandangan dengan kata- kata, “Pada pandangan abang …..” Jangan terus kata, “OK ! .. Lawa..” . Kemudian senyap.
  7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai estetiknya termasuk nilai budaya dan nilai emosi. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bagi mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
  8. Mata jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang bershopping. Dia nampak tau. Tapi suami dibolehkan mengusik jurujual-jurujual wanita dengan alasan untuk membantunya mendapatkan potongan harga.
  9. Bila tiba di rumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. Pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangantersebut.
  10. PERHATIAN: Sebelum isteri anda mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai , suami hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet.

Siapa yang malu…. kita dan keluarga kita !

*estetik – Ciri kecantikan atau kesenian yang terkandung dalam reka bentuk perkakasan dan perisian berbanding dengan ciri kegunaan – (DBP)

shopping

©Kujie – p/s- entri tahun lepas yang masih relevan untuk dikitar semula sebagai ingatan dan panduan para suami.

p/s 2 – Saya dan keluarga akan adakan kenduri di surau untuk majlis berbuka puasa dengan menjemput anak yatim, fakir miskin, mualaf juga ibu tunggal . Sesiapa yang berhampiran, datanglah sebelum waktu berbuka kerana kami juga adakan tahlil dan yassin sementara menunggu waktu berbuka

p/s 3 – Seperti biasa, adik beradik ipar duai akan berkumpul di rumah saya petang nanti. ( 11 adik beradik )

Post Lain Yang Berkaitan

58 Responses to “Nilai estetik seorang isteri”

  1. [...] Hari ini, saya dan keluarga saya pergi membeli-belah serba sedikit. Budak-budak perlu dibawa bersama bagi mengelakkan tersalah saiz dan sebagainya. Anak-anak saya bersekolah di sebelah pagi, jadi kami mempunyai masa yang terluang disebelah petang untuk keluar ber ‘shopping’. Lebih kurang pukul 2 petang, kami pun bertolak ke pasaraya yang berdekatan dengan rumah kami. Memandangkan ‘shopping’ dengan ‘wife’ (dan keluarga), maka saya akan cuba ingat pesanan blogger Kujie dalam salah satu posting di blognya. [...]

  2. KNizam says:

    respect la sama2 para2 isteri terutama bulan2 puasa neh kan. pasal shoppng pun respect jugak sebab bertahan lama2 dalam shopping complex, bazaar ramadhan. stamina tuh. ehhe:)
    KNizam´s last blog ..Cayalah! Hari Ini Ada Special Google Doodle Kemerdekaan Malaysia Ke-52 ! My ComLuv Profile

  3. Ismail N says:

    Sinis dan tepat kandungannya. Saya angkat tanganlah dalam bab ni, suami-suami memang tak tahan pi shopping! so perkara2 yg disebutkan di atas berlaku. Tapi kita semua faham dan appereciate apa yg isteri-isteri buat, cuma the way kita sampaikan berbeza. Tapi bagus juga lah sekali-sekali nasihat di atas kami amalkan. Sapa tak sayang bini? Bini merajuk, susah juga si abang. :razz:
    Ismail N´s last blog ..Ramadhan My ComLuv Profile

  4. Zymazara says:

    Isteri hebat mmg sentiasa hebat!!!
    Semua serba boleh gituuuuu….

    11 beradik mmg ramai dan meriah suasana alam sekitar,Kak Jie!!!!

    **Errrkkkkk,rumah hijau….utk hari Merdeka atau Hari Raya???
    :) Take care ye….
    Zymazara´s last blog ..Cabaran Hati Ku….(n3 lalat dan langau…tak rela tau) My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Zymazara, 11 adik beradik + adik kak jie seorang . Kesemuanya hampir 40 orang….tak perlu jemput orang lain dah ramai :lol:

      langsir purple cuci :lol:

  5. Summer says:

    :mrgreen: I miss yu! Walaupun lambat, Selamat berpuasa mama. dan selamat bershopping. hehe.

  6. Hafizd says:

    bagus2 tips kat sni ye kak kujie..

    hehe..lagi seronok berbuka bersama keluarga terchinta rather than berbuka sowang2..huhu :sad:

    selamat berbuka ~!
    Hafizd´s last blog ..Berkampung di rumahku~ My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Hafizd, tips ni boleh diamalkan setiap masa..tapi memandangkan sekarang musim orang bershopping sakan, kita berpesan-pesan :lol:

  7. rumah kuning says:

    setuju sangat2. bukan selalu pun kita berbelanja besar. hehehe
    rumah kuning´s last blog ..Sebaiknya Bersederhana My ComLuv Profile

  8. nuaeman says:

    Suami sengaja jee kadang berdiri kat depan pintu kedai supaya isteri cepat buat keputusan barang yang nak dibeli.. hehe sebab selagi dok sebelah selagi tulaa.. dia dok membelek dan mintak pendapat.. tak berkesudahan kekadang.. jadi wajarlah suami pi depan pintu kedai agar isteri terus dapat buat keputusan kerana ditangan ada 10 barang lagi yang perlu diberi.. dah melebihi waktu kecederaan pulak tuh.. :D
    nuaeman´s last blog ..Oh! Ayat-Ayat Cinta.. My ComLuv Profile

  9. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Anakanda nak melayari laman blog pakcik pun bulan puasa ni letih, kemudian kita dilahirkan dizaman kesibukan lagi lah letih.jadi biarlah pakcik yang tua ni beralah datang mengunjungi anakanda yang dikasehinya.
    Pakcik nak bagit tahu kujie satu rahsia mengenai wanita, tapi kujie jangan beritahu orang lain nanti pakcik kena marah. Rahsia isteri ni jangan dimarah walau pun kesalahannya senyata nyata nyata tambah lagi nyatanya. dia susah nak menerimanya. Kedua isteri ni pantang dipuji, kalau dipuji boleh koyak mulutnya tersenyum lebar, jadi sang suami nak apa ? nak manis
    ke nak masam, tepuk dada tanya selera.

    Jangasn marah anakanda nanti pakcik tak mau datang lagi, terima kaseh salam hormat.

    • Kujie says:

      @pakcikli00, Waalaikumsalam…
      akhirnya!

      Wah..ada rahsia ni, lain kali boleh bisik-bisik petua-petua lain ye.

  10. Tie says:

    Tu laa… memang bertuah punyai isteri yang serba tau ni… para suami kena hargai laa, he he.. :mrgreen:
    Tie´s last blog ..Bingkisan dari Jauh My ComLuv Profile

  11. jun says:

    :razz: kira tips tuk para suami nih…jun dah abis soping jie, bukan ape taknak bersesak2..lg pulak mcm2 virus menyerang la ni, hehe..
    opps! dah kaler ijo…langsir pepel basuh ek jie?
    jun´s last blog ..Siakap sweet n sour My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @jun, Jie mcm tak buat apa2 persediaan pun… entah macam kurang je..belum terfikir pun

      ialah jun, langsir pepel nak guna raya nnt :lol:

  12. Azah says:

    haha…betul tu..
    xde seri hari raya tanpa seorang isteri…

    :roll:
    Azah´s last blog ..Second attempt. My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Azah, itu belum masuk bab nak memasak itu ini lagi…ayam, lembu, hati, hempedu, limpa..haha

      mcm iklan raya tu

  13. zool says:

    Ilmu berguna ni…
    zool´s last blog ..Kesiannya … My ComLuv Profile

  14. imanshah says:

    Wah banyaknya tips untuk suami.tips untuk orang bujang macam saya ni ada ke??

  15. haritz says:

    Selalu kena cubit dengan isteri kerana sales girl main mata, salah saya ker? :mrgreen:
    haritz´s last blog ..Kursus Crystal Report My ComLuv Profile

  16. sumijelly says:

    salam kak jie..
    wah tukar theme ker?/
    lama x jenguk blog akk..
    hehehe

  17. Eriyza says:

    Hohoho!
    Tips n tricks yg best.
    Caiyolah kak jie. :mrgreen:
    Eriyza´s last blog ..Ulat Bulat My ComLuv Profile

  18. zino says:

    kami belum start soping lagi… bila nak start ya.. hehe
    zino´s last blog ..mercun My ComLuv Profile

  19. kruel74 says:

    Ini wish list ajaib nih,… :mrgreen:

  20. Elyn says:

    hehehe nak print la entry ni pastu suh husband baca…… mesti tersengih si dia hihih :lol:

  21. megat says:

    setuju dengan apa yang kak jie gambarkan. macam saya selalu jadi QC je. klu pilih yg benar-benar perlu, siap ada perbincangan ringkas setiap kali membeli belah.

  22. jard says:

    nk beli laptop utk adik.. ehehe

  23. tekkaus says:

    Tips tips yang bagus. Ha :D Masa untuk daku menghiburkan isteri tersayang saya. :razz:
    tekkaus´s last blog ..LinkWithin Has Infiltrated Tekkaus! My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @tekkaus, pastikan kad plastik anda aktif atau ‘kertas berqualiti tinggi cop kepala agung’ tebal dalam wallet

  24. Kak Long says:

    Semalam dah sesak kat PKNS?
    Mak Lang minta hantar dia ke sana pula hari ni.
    Nak runding2 minta tangguhlah cam ni.
    Seronoknya berkumpul ramai-ramai…
    Kak Long´s last blog ..Tag daripada Maza My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Kak Long, PKBS tak sesak Kak lOng, Lebuhraya Persekutuan yang sesak teruk.
      Saya selalu masuk NKVE ikut Subang, tapi terpaksa ikut GCE je

      Kat rumah tak masak, kami masak kat surau sebab ada program dari petang…. meraikan jemputan..anak yatim, org miskin, mualaf dan ibu tunggal..

      seekor kambing …Kak LOng datanglah

      • Kak Long says:

        @Kujie,
        Alhamdulillah…ada rezeki lebih berkongsi dengan orang yang memerlukan.
        Semoga diberkati.
        Terima kasihlah atas jemputan itu.
        Kak Long dan adik-beradik pulang ke kampung jengok ayahanda.
        Kak Long´s last blog ..Menjelang Hari Kemerdekaan My ComLuv Profile

  25. Lan Bingka says:

    yeay.. masa untuk mengorat jurujual.. :mrgreen:
    Lan Bingka´s last blog ..Pahala diam My ComLuv Profile

  26. blowie says:

    entry kali ni banyak nasihat utk orang yang dah kahwin jee.

    orang bujang macam saya ni enjoyy dlu :P
    blowie´s last blog ..Repost : Kenangan Zaman Dulu Dulu My ComLuv Profile

Panorama Theme by Themocracy