PBS Tidak Diteruskan Wahai Intan

Kalau PBS   ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) tidak diteruskan, bagaimana dengan PBS yang telah mereka lalui sejak 2 tahun lepas? Dokumen dan sistem fail yang khabarnya sebesar bilik darjah?

PMR  2014 hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan tiada siapa yang tahu apakah format sebenar PMR tahun ini. Anak saya adalah salah seorang pelajar yang terlibat.

Sebelum ini  hanya nama yang akan digunakan sahaja menjadi isu sehingga timbul beberapa nama seperti PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) , PBMSR (Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah ) dan PPMR (Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah) tetapi sekarang, sistem pula yang menjadi persoalan.

pbs di sekolah

Secara peribadi, saya nampak PBS adalah satu sistem yang bagus tetapi bukan sesuai untuk dilaksanakan kepada pelajar di sekolah harian. Sistem ini sangat memberi banyak kesan positif apabila dijalankan di sekolah berasrama penuh atau MRSM. Prasarana, sistem, penyediaan dan persiapan tenaga pengajar dan murid di sekolah berasrama penuh atau MRSM mencukupi untuk sistem ini dijalankan dengan baik.

Kemudahan dan sokongan di sekolah harian belum mencukupi untuk sistem PBS dijalankan. Masalah utama yang perlu diselesaikan adalah bagaimana menempatkan murid sehingga lebih 40 orang di dalam satu kelas. Ini bukan cakap kosong sebab murid di kelas anak saya sendiri lebih daripada 40 orang.

Buat masa ini, guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Selepas 2 tahun dan PMR hanya beberapa bulan sahaja lagi, sistem akan dikaji semula.  Kita tunggu sajalah untuk masuk makmal sekali lagi.

Pekeliling Kementerian Pendidikan mengenai PBS

 

 

pekeliling isu pbs pekeliling kementerian pendidikan pbs

 

Nota :  Entri ini diterbitkan pada 24/02/2014 – sila semak info terkini atau sebarang perubahan di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Mahu goyang menteri yang pegang portfolio Kementerian Pendidikan.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..6 formula pantas menambah susu ibu tanpa bantuan suplemenMy Profile

  2. Kita tunggu dan lihat…

    Anak pon dah suka bila dgr PBS dimansuhkan

    Saya bagitau dia bukan MANSUH tapi TANGGUH
    Jom terjah post menarik dari zakiah hj suboh ..Mengapa Perlu Ambil Asid FolicMy Profile

  3. malas dah sebenarnya nak cerita bab pbs ni. haha..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Tulis blog belum cukup Extreme.My Profile

  4. Assalamualaikum,
    sistem pendidikan di malaysia ni ikut “siapa menterinya”. Tukar menteri, maka tukarlah sistemnya walaupun sistem menteri yang lama itu lebih baik…tetap kena tukar sistem baru yg adakala kita tak faham kenapa kena tukar.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Cita-cita Saya Nak Jadi Wakil Rakyat PASMy Profile

  5. Saya yakin mesti ramai anak murid yang termasuk dalam program pelaksanaan PBS ni akan maki kerajaan. katanya menyusahkan mereka yang sekolah harian. Dah la keperluan untuk sekolah luar bandar tak cukup.. hmmm sadis nak inovasi nak kekekeretaifan murid2 pun biar cukup dulu, mantap dulu. baru teruskan..
    Jom terjah post menarik dari Syahril Hafiz ..E -COMMERCE Menakluk Asia TenggaraMy Profile

    • maki tu tak lah…tapi banyak juga runguntan
      yang tak terlibat akan ada pendapat tersendiri, yang terlibat juga akan ada pendapat dari pengalaman dia.

      dalam semua hal tak ada yang sempurna, ada baik dan buruk
      keputusan yang baik adalah selepas kita lihat mana yang lebih banyak, baik atau buruk
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sewa Apartment 2 Bilik Di Port DicksonMy Profile

  6. cikgu jadi mangsa boleh diterima lagi

    tapi apa nasib anak²? terkapai-kapai tak tahu apa yang sepatutnya dihadap mereka tahun ni..

    PMR kah? PBS kah? PPMR kah?
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Tiga TerbaikMy Profile

  7. Sepatutnya kajian mendalam mengenai PBS ini dilakukan terlebih dahulu sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakannya..apa yang saya nampak, pihak kerajaan berusaha untuk memajukan sistem pendidikan negara tetapi cara pelaksanaannya tidak sistematik dan sekarang nampak ia sangat membebankan guru…dan mungkin kepada pelajar itu sendiri..
    Saya setuju dengan Kak Jie yang sistem ini sesuai jika ia dilaksanakan di sekolah berasrama penuh tetapi tidak di sekolah harian biasa..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Haris Dapat Panggilan Untuk Pemilihan Atlet GimnastikMy Profile

  8. Harap yg terbaik utk pendidikan anak2…itu ajerlah yg dapat saya katakan.
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penerangan S41My Profile

  9. Aina lebih suka dengan sistem berasaskan peperiksaan sebab sistem PBS agak merumitkan utk di fahami oleh ibu-bapa.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Berhati-hati Bila Menggunakan Surau Putrajaya SentralMy Profile

  10. harap ianya tak terkesan dengan murid2..
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Kisah Bojan Hodak dan perlawanan amalMy Profile

  11. PBS satu sistem yang bagus berbanding zaman dahulu yang telah digunapakai sekian lama, sebab dunia dah berubah teknik persekolah masih lagi tertinggal. namun perancangan yang bagus tapi perlaksanaan yang lemah dan fasiliti yang masih ketinggallan memperlihatkan pbs sebagai ancaman
    Jom terjah post menarik dari azam rashid ..Perlis FA Pasukan BudgetMy Profile

  12. Kelemahan di sini dilihat dari segi perekodan. Tidak mungkinkah jika hal-hal rekod ini diserahkan kepada bukan guru?

    Apa-apa pun, kita tidak akan dapat wujudkan sistem pendidikan yang 100% sempurna. Tiada apa yang sempurna di dunia ini. Eksperimen itu bukan satu masalah. Jika tiada eksperimentasi, maka tiadalah teknologi yang sedang kita nikmati hari ini. Pengorbabnan untuk harus ada untuk hidup lebih selesa.
    Jom terjah post menarik dari Zairi.MY ..Bersama Pelajar Tajaan JPAMy Profile

  13. saya kerja dengan KPM…so tahu gak le beberapa perkara tentang PBS ni….cuma tak tahu secara dalam..bak kata bos..tak tahu tu, baik diam je..sebab nanti kita sendiri kena balik…pandangan memang banyak…dari orang akademik,dari cerdik pandai dan banyak lagi..mungkin terasa terbeban adalah kumpulan pelaksananya…:D
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Pengalaman Salin Pakaian Di Bahagian WanitaMy Profile

  14. saya dah lama tinggal sekolah, dah keje dah, saya x faham ni PBS pasal apa, ada la dengar cerita ni pasal kena key in maklumat pelajar ke apa ntah, saya x baca pun dan x faham, tp dari artikel ni nmpk macam kak jie pun mcm x bersetuju ja.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Contoh Resume Pekerjaan Yang Baik 2014My Profile

  15. biasanya kelas sekolah rendah yang muridnya mencecah 40 orang, kalau sekolah menengah, kira crowded dah tu…
    Jom terjah post menarik dari myliferia ..Cerita Kisah Saya Menjadi Ahli ShakleeMy Profile

  16. dulu mak suh jdi cikgu sbb mak cikgu skrang..mak xbgi sbb de mcm2 bnde xperlu kne buat huuuuuuu

  17. ramai yg merungut psl ni
    kawan2 saya yg jd cikgu pun juga merungut
    kesian diorang
    Jom terjah post menarik dari irfa ..Turunlah Wahai HujanMy Profile

Trackbacks

  1. […] dari sistem terdahulu dan sokongan ke atas sistem sangat lemah. Aku sependapat  dengan Kak Jie sistem PBS adalah baik tetapi cara pelaksaannya banyak kelemahan. Bukan mudah untuk guru-guru dan pegawai pendidikan untuk […]

  2. […] dari sistem terdahulu dan sokongan ke atas sistem sangat lemah. Aku sependapat  dengan Kak Jie sistem PBS adalah baik tetapi cara pelaksaannya banyak kelemahan. Bukan mudah untuk guru-guru dan pegawai pendidikan untuk […]