Pengalaman Membuat Aduan Online MDHS

Saya tak ada niat pun nak menulis isu ini di blog walaupun perkara yang berlaku membabitkan diri sendiri sebagai penduduk. Tetapi selepas saluran yang digunakan tidak mendapat tindak balas, ambil juga peluang sebagai blogger untuk menyuarakan aduan.

Kalau kita sendiri tak pernah mencuba sistem canggih yang disediakan untuk penduduk, macam mana kita nak tau keberkesanannya, kan? Dengar orang besar-besar bercakap memanglah sedap dan lunak.

Sebagai warga penduduk yang celik kemudahan yang disediakan, saya pun gunalah saluran tersebut untuk membuat satu aduan.  Saya hantar aduan berserta gambar yang dihostkan di blog ini kerana ruangan aduan tidak mempunyai kemudahan untuk upload image.

bendera menutup isyarat jalan raya

Aduan saya mengenai bendera yang lebih seminggu dipasang dipersimpangan lampu isyarat memasuki taman perumahan kami. Seminggu selepas dipasang, saya kesan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Waktu siang, terang benderang tiada masalah tetapi pada waktu malam, isyarat papantanda jalanraya yang sepatutnya memantulkan cahaya memberi amaran tentang kedudukan tiang, pembahagi jalan dan lampu isyarat di hadapan tertutup dengan bendera tersebut.  Pantulan cahaya anak panah untuk memberitahu lorong untuk ke kanan tidak kelihatan.

Bagi penduduk setempat, kami boleh tahu di mana lencongan perlu dibuat untuk berhenti memasuki persimpangan di sebelah kanan tetapi itu pun agak berbahaya kerana tiang dan pembahagi jalan tidak dapat dikenalpasti kedudukannya.

Ada orang mungkin bercakap, itu masalah kecil. Bagi saya, kenapa nak cipta masalah? Ada banyak lagi tempat lain yang boleh digantung bendera.

aduan majlis daerah hulu selangor

Aduan saya dibuat pada 10:08am hari Isnin 10hb September 2012.  No rujukan 0032/09/12

sms semak aduan

Dua kali saya buat semakan melalui SMS

edaran aduan pengguna

Juga buat semakan melalui laman web .

Masalah masih belum diambil tindakan.  Saya hantar aduan dengan bukti bergambar.  Agak kecewa kerana masa yang diambil untuk menyelesaikan satu aduan kecil seperti ini mengambil masa terlalu lama.

Ini pengalaman saya dan kita mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza. Perspektif kita terhadap sesuatu adalah bergantung kepada pengalaman yang dilalui.  Tetapi pandangan saya terhadap MDHS tetap yang terbaik hasil dari pengalaman  sendiri berurusan dengan 3 majlis daerah berbeza di negeri Selangor.    Perkhidmatan lain tetap yang terbaik.

 

Nota :  Hari Rabu 19/09/2012 – saya lihat bendera tersebut telah ditanggalkan, bukan itu saja malah bendera² lain yang dipasang di tiang lampu isyarat juga ditanggalkan.  Saya cuma membuat aduan mengenai satu bendera yang menutup papantanda isyarat jalan raya atas faktor keselamatan.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saya penduduk dari kawasan batang kali fasa 3 jalan meranti 3a/2 hendak membuat laporan tentang anjing yang tidak ada tuan mahupun peliharaan di sekeliling kawasan kami kami agak resah untuk keluar dari rumah disebabkan anjing anjing yg tiada peliharaan ini agak ganas kami berharap pihak tuan akan memahami keadaan dan bertimbang bagi perkara tersebut terima kasih

  2. Bendera yang menutupinya juga terbalik ni, harus diadukan juga biar diperbaiki..
    Jom terjah post menarik dari Ramzi ..Cara Membuat / Memasang Menu Navigasi Breadcrumbs Terindex GoogleMy Profile

  3. rasanya sistem ni kurang diselenggara kot
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Sebab dan Punca Utama Saya Menulis di BlogMy Profile

  4. Saya pun ada buat aduan ttg lampu jalan sebelah perumahan saya dan lalang yg dah melangit tinggi kat situ. Surat aduan diterima dah dapat, tindakan dari MDHS belum nampak lagi sampai sekarang. Aduan bulan puasa hari tu. Entah raya tahun depan baru ada tindakan belum tahu. Kita tengok macam mana.
    Jom terjah post menarik dari suksol ..Coklat Untuk Minda dan KecantikanMy Profile

  5. Ini perkara biasa. Kita tinggal di negara dunia ke-3. Bab adu-mengadu(bukan adu-domba) selalu dipandang ringan. Berbanding dengan negara ongputih, perkara yang melibatkan kebajikan awam amat dipandang berat dan cepat diambil tindakan. Namun bila banding dengan negara Cina(contohnya), lebih baik negara kita. Lihat jer youtube tu….Langgar budak ke, orang tua ke…selamba jer. Siap langgar ulang-aling lagi. Rupa-rupanya dikhabarkan oleh seseorang pada saya, jika langgar dan mati lebih mudah untuk pesalah berbanding dengan langgar dan mangsa cedera seumur hidup. Si pesalah juga perlu menanggung sebahagian beban. Macam-macam ada!!!
    Jom terjah post menarik dari adillaharun ..KENANGAN HUJUNG SYAWAL 2012My Profile

  6. sekurang-kurangnya akan ada tindakan yang, jika tidak ia akan terus menyusahkan
    Jom terjah post menarik dari donnyien ..Selamat Menyambut Hari Malaysia 1963My Profile

  7. Bagus juga buat aduan kat blog macam ni. Supaya nanti perkara ini tidak berulang di tempat yg lain…
    Jom terjah post menarik dari anjangman ..404 error: The page you are looking for can’t be found.My Profile

  8. Dunia internet memudahkan kita untuk membuat suatu pengaduan, semoga saja di Indonesia juga ada pengaduan online semacam ini yang tidak hanya menangani tingkat kota besar tapi juga di daerah2..

  9. emm ni baru la pengguna yang bertimbang rasa..bagus kak jie..haha..
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Pengalaman Membina Pondok KecilMy Profile

  10. Kemudahan aduan canggih,tapi tiada siapa yang nak follow up,itulah masalah yang saya rasakan.Sebenarnya banyak lagi aduan yang dilaporkan,cuma tak dibawa ketengah,itupun belum dengan karenah birokrasi lagi tu.
    Jom terjah post menarik dari azmanisma ..Bila Dah Tua Baru Nak Minum SusuMy Profile

  11. Sepatutnya pasang slogan “Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” dekat persimpangan tu..
    Jom terjah post menarik dari Jidris ..Have a Happy Drive With LED Car Lights By Frau SimoMy Profile

  12. baguslah kak..thanks sharing

  13. Kak Jie…sha sokong posting kak jie kali nieh. Sebabnya apa yang sha perhatikan perkara nieh boleh berlarutan sehingga ke pilihanraya. Mungkin nanti lebih teruk?
    Jom terjah post menarik dari cheryna ..cultivate your loveMy Profile

  14. penyalahgunaan harta tu..memang membahayakan pengguna jalanraya yang kurang biasa dengan persekitaran situ..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Kurang ajar. Murid atau guru ?My Profile

  15. Mungkin tak sampai ke pengetahuan pegawai yang bergred kot.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Dapat semula status glitterati dari nuffnangMy Profile

  16. abis.
    Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..Tafsir As Sofa: Sijil KebenaranMy Profile

  17. Sistem aduan canggih tapi mutu perkhidmatan tidak dinaiktaraf pun susah juga tuh
    Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..Darul Shifa Batu Pahat untuk kali keduaMy Profile

  18. salam kakjie,
    saya juga pernah buat aduan online ke majlis daerah tempat saya beserta dengan bukti bergambar dan lain pula jadi sbb tindakan yang diambil kurang dari seminggu dan pegawai dia call tanya dah selesai ke masalah jalan berturap depan taman sy
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Beraya bersama rakan bloggerMy Profile

  19. kasi pihak pagawai baca entri ini… pastu kasi link terus.
    Jom terjah post menarik dari muazfaris ..iPhone 5 Malaysia hangat dicariMy Profile

  20. Sudah alang-alang kak Jie menulis di blog. Saya diantara pengguna online complain MDHS. Dari segi maklum balas sistem dan bertulis dari MDHS cemerlang cuma perlaksanaan tindakan menghampakan.

    Saya ada beberapa aduan online telah dibuat belum ada tindakan dan ada yang sudah menyambut ulang tahun pertama pun ada.

Trackbacks

  1. Misteri penyelongkar sampah terungkai - AkuBiomed says:

    […] telah mengambil keputusan membuat aduan online kepada Majlis Perbandaran Tempatan. Selang 1 hari pihak Perhilitan telah menghubungi saya untuk mendapat maklumat aktiviti serangan […]

  2. […] Persimpangan ini jugalah yang saya buat aduan mengenai papantanda isyarat jalan yang terselindung dengan bendera.  Entri di sini Pengalaman Membuat Aduan Online MDHS […]