Pengalaman Menggunakan Lebuhraya LATAR

Khamis lepas saya berkesempatan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) melalui Persimpangan Taman Rimba Templer



Lebuh raya sepanjang 33km itu dibina pada kos RM958 juta yang menggunakan sistem tol terbuka masih lagi dibuka secara percuma untuk pengguna sehingga 31 Ogos 2011.

Mengikut laporan Berita Harian 24 Jun 2011, Lebuhraya LATAR akan mengenakan tol RM 2 di setiap jajaran iaitu di tiga lokasi Plaza Tol Taman Rimba Templer, Plaza Tol Kuang Barat & Kuang Timur dan Plaza Tol Ijok .

LATAR adalah satu-satunya lebuh raya yang mempunyai pembahagi lebuhraya dibina dari struktur tembok di sepanjang lebuhraya.

Perjalanan seterusnya tanpa gambar kerana jurugambar dah lena  diulit Intan  mimpi di siang hari.

Alhamdulillah saya dan Intan selamat sampai ke Sabak Bernam untuk berbuka puasa bersama mak mertua dan menjimatkan lebih kurang 30 minit masa perjalanan.

Kalau dah dibuka dan dikenakan bayaran, saya mungkin tidak lagi menggunakan LATAR sebab saya ada beberapa pilihan lain untuk balik ke kampung kecuali dalam kes kecemasan.

  • Biasanya saya gunakan PLUS masuk ke GCE dengan tol RM 2.20 dan melalui Sungai Buloh – Ijok – Kuala Selangor – Sabak Bernam
  • Kalau balik secara santai tanpa mengejar masa, saya gunakan laluan Rawang – Tasik Puteri – Kota Puteri – Ijok.
  • Kalau hari perayaan yang pastinya Rawang sesak teruk, saya gunakan laluan Serendah – Bukit Beruntung – Bukit Tagar – Bistari Jaya ( melalui Unicel ) – Tanjong Karang – Sabak Bernam.
  • Saya boleh juga guna laluan Serendah – Behrang Station – Gedangsa – Sungai Panjang -  Bagan Terap – Sabak Bernam.

Mengikut pengalaman saya, kesesakan tidak berlaku di laluan KL – Kuala Selangor tetapi kesesakan teruk bermula dari Kuala Selangor hingga ke Tanjong Karang. Paling teruk muntah hijau berkilo kilometer berlaku dari Sekinchan ke Tanjung Karang.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Polisi: Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan oleh para pembaca. Setiap komen pembaca adalah tanggungjawab mereka. Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Salam,

    Terima kasih atas reviu awal Lebuhraya Latar E25 oleh saudara. Cuma, saya ingin buat satu pembetulan mengenai kenyataan saudara tentang status E25 sebagai lebuh raya pertama yang menggunakan pembahagi jenis tembok Jersey sepenuhnya. Sebenarnya, lebuh raya pertama yang menggunakan tembok Jersey sepenuhnya ialah Lebuhraya Shah Alam E5. Harap maklum.

  2. klu nk ke kuala selangor dr lumut nk gne jln mn ek..klu ada spe2 tau leh la kngsi2 dgn kta..

  3. pernah lalu kat sini sekali sebab nampak sign board ke lumut. Ingatkan terus sampai lumut. rupa-rupanya sampai ke Kuala Selangor je, lepas tembus ke jalan biasa ke lumut. Tapi kalau nak pegi tengok kelip-kelip lalu LATAR ni macam best juga.
    Jom terjah post menarik dari zuls ..Denaihati Free Prepaid TopupMy Profile

  4. 1. Kuala Selangor > Ijok > Kota Puteri > Tasik Puteri > Rawang = 48.4Km

    2. Kuala Selangor> Sg Buloh > GCE > Plus > Rawang = 56.2KM dan tol RM 2.20
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bahaya Spa IkanMy Profile

  5. bleh x saya tau jarak perjalanan dari kuala selangor ke rawang berapa kilometer??

  6. Betul kata admin tu, kesesakan berlaku area kuala selangor ke tanjong karang. Pelik, misteri, kenapa suka sangat jem area sini.
    Lepas tu, ofis aku suka sangat hantar staff kursus kat kuala selangor. minggu ni aku kursus kat hotel de palma, kuala selangor. Kononnya untuk menghilangkan stress. bukannya hilang tambahlah lagi adalah. Wahai boss, takde tempat lain lagi ke nak hantar kitaorang pegi kursus.

  7. Aizuddin Siron says:

    Selalu jugak guna Latar ni.tp highway ni banyak signboard mistake especially jarak perjalanan. Macam mana la dieorg buat kerja.mula2 tulis Puncak Alam 34km. Lepas tu jalan dalam 3-4km just tinggal lg 4km Puncak Alam. silly mistake!

  8. Mungkin alternatif untuk pulang berhari raya :)
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Malam Lailatul – Qadar Lebih Baik Daripada Seribu BulanMy Profile

  9. Saya pun baru lalu sabtu lepas..kereta xde sangat.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Tungku moden ..Semak OrderMy Profile

  10. puteraduyong says:

    sila highlight jalan Kuala Selangor ke Tanjung Karang… dari dahulu tak pernah selesai masalah trafik… sila ajukan pada pihak yang bertanggungjawab ye… ;)
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..SIFIR HIDUPMy Profile

  11. Kali terakhir ke Sabak Bernam, LATAR ni masih dalam pembinaan. Lepas tu, tak pernah ke sana lagi. Hujung tahun ni bolehlah cuba lalu di sana.
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Mawar Merah di blog Puan BeeMy Profile

  12. rumah mbah saya jalan parit baru.. :razz:
    Jom terjah post menarik dari gobblogz ..Solat Ekspres Berkelajuan Cahaya (Video)My Profile

  13. eh…rumah mak mertua kat sungai tengar, jalan sultan
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Baik DahMy Profile

  14. jimat setengah jam…bukan dari serendah ke sabak setengah jam tau… :lol:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Baik DahMy Profile

  15. Setengah jam ke Sabak Bernam cepat tuh Kak Jie. Kalau macam nie boleh singgah Sungai Besar beli kain btik dan kain tudung. Murahh..

  16. masa free ni lah masa sesuai nak ngetest…hehe

    dalam kl ni, macam2 highway ada, tp sesak jugak… :cool:
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Lee Chong Wei kempunan lagi tapi tidak si dia…My Profile

  17. hehe…itu mmg pasti tu maza, tp kalau nak santai…lalu ikut jalan luar…nyaman juga… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Lee Chong Wei kempunan lagi tapi tidak si dia…My Profile

  18. blh laa test blk sabak raya nnt.. ;-)
    Jom terjah post menarik dari laily ..Khamis Malam JumaatMy Profile

  19. muhammad fakhruddin says:

    Sekolah saya pun di area itu juga ;-)

    Masa sekolah dulu memang kawan2 dari kawasan Lembah Klang mengadu kesesakan dari Kuala Selangor ke Sekinchan.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Outliers:Malcom GladwellMy Profile

  20. Pakcik kawin orang Jawa….bila bab memasak memang sedap2 belaka…tapi alah dengan sambal dengan orang Jawa..PEDAS bangat..
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Terkejut Lihat Lembu Depan PintuMy Profile

  21. sabak bernam..wah rumah mbah saya tu..sg air tawar atau pun dlm jawanye sg tengor.
    Jom terjah post menarik dari gobblogz ..Pelbagai Ragam Jamban (13 Gambar)My Profile

  22. belum berpeluang lagi lalu LATAR tu. masih kena banyak berjalan kalau mcm ni.
    Jom terjah post menarik dari Fyzal ..Live Update: Wes Brom v Man Utd | Full Time 1-2My Profile

  23. bertambah lagi nama nama lebuhraya kat selangor dan kl nak kena ingat….hehehehe
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Juadah BerbukaMy Profile

  24. Tak pernah pula mendengar hiway LATAR, sebenarnya, byk lg hiway yang tak ingat hehe. Byk sangat.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..14 produk terbaru Google selepas Google +. The World Will Be Amazed!!My Profile

  25. :lol: ayat hyperbola bukan main…kan
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menghadapi Perlakuan Buruk Si DiaMy Profile

  26. siapa?
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Anak Rusa Nani Baru Kembang Ekor, Apa Dosa Kami Lalu Tidak TegurMy Profile

  27. jem teruk waktu cuti perayaan….cuti panjang hujung minggu
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Anak Rusa Nani Baru Kembang Ekor, Apa Dosa Kami Lalu Tidak TegurMy Profile

  28. uish tak sangka lak jam teruk bukan dalam KL tapi area Tanjung Karang. :shock:
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Gambar Pilihan Harini #10My Profile

  29. Pacifista - X says:

    muntah hijau?huhu…geli :p
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Iklan Hari Merdeka Petronas Pilihan PacifistaMy Profile

  30. masih free masa tu :mrgreen: test jgn tak mengetes
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gambar Pelajar Malaysia Yang Dirompak Di LondonMy Profile

  31. sebab jem teruk kan kat area sana kalau cuti perayaan walau jalan 2 lorong
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gambar Pelajar Malaysia Yang Dirompak Di LondonMy Profile

  32. Orang Lembah Klang sendiri kadang2 lupa nama lebuh raya …yg dia fikir nak kena sediakan duit je
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Koleksi Iklan Raya Petronas My Profile

  33. Kalau nak ingatkan….lebuh raya dalam Lembah Klang saja tak cukup tangan nak kira :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Koleksi Iklan Raya Petronas My Profile

  34. dari KL ke Kuala Selangor , senang
    yang perit masa nak balik dari Sekinchan ke Tanjung Karang…ada 3 trafik light kat pekan Sekinchan tu yang ‘smart’.

    Sebelum Tanjung Karang tu jem teruk giler² 2 lorong kadang² dari Sungai Sireh 5 kilometer.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Koleksi Iklan Raya Petronas My Profile

  35. raya ni balik mana maza? utara, selatan timur dan barat pun kena tol..haha :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Koleksi Iklan Raya Petronas My Profile

  36. Kak Jie orang Kedah, menantu orang jowo
    orak iso ngomong jowo, sitik-sitik waey paham
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Koleksi Iklan Raya Petronas My Profile

  37. hakimfaridzul says:

    orang Sabak ye kak? Jawa nih! iso ngomong jawo??? keh keh keh
    Jom terjah post menarik dari hakimfaridzul ..Kasih Sayang Pengikat HatiMy Profile

  38. kuikukui….

    maza kalau mau ke utara, gunaka PLUS… bertamba-tambah duit mengalir gitew… uhuk!

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Pokok pun jadi mangsaMy Profile

  39. Makin mudah lah ke Kuala Selangor. Hehe, muntah hijau :mrgreen: dari Kuala Selangor ye. Orang ramai sudah mampu berkereta, tu yang sesak sampai muntah hijau.

  40. Lebuh raya yang Kak Jie lalu bolehlah buat review, yg tak pernah lalu memang tak pandai nak buat…pengalaman kali pertama naamanya.

    Tapi gambar kemudian2 tu dah sempat nak snap….Intan dah terlentok lena :lol:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Koleksi Iklan Raya Petronas My Profile

  41. hehe. akan sy cuba highway ni… balik kpg raya nanti.. :)
    Jom terjah post menarik dari Effa ..TERGEMPAR!My Profile

  42. abang balik nanti kita pergi melancong ke Sabak Bernak melalui LATAR ye..hihihi :lol:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Koleksi Iklan Raya Petronas My Profile

  43. RM 4 , Kak Jie dah edit sebab Kak Jie lalu 2 kali je plaza tol..nak pasti kena tunggu masa dah dikenakan bayaran. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Entri Ini Tiada Perkataan JanganMy Profile

  44. satu2 nya lebuh raya yang belum pernah ku lalui…he he he
    Jom terjah post menarik dari ann ..Moga Jumpa LagiMy Profile

  45. wah makin banyak jaringan jalan di KL. sekali sekala naik KL pasti ada banyak perubahan. yang paling menakutkan perubahan laluan trafiknya, sesat la jawabnya.

    bagus juga ada info-info trafik macam ni kan? terima kasih kak.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Stress melampau, kisah benar!My Profile

  46. lama tak turun KL tak tau dah apa jadi kat sana. tambah pulak dapat sambung belajar dekat perlis lagi la tak jejak kaki ke sana lepas ni huhu

    RM6, boleh tahan harga :razz:
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Bantuan Blogging Dari FokusbloggerMy Profile

  47. Last week lalu LATAR memang best lah. Kalaulah highway ni sampai Sabak Bernam mesti lagi best.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Solat Terawih 8 atau 20My Profile

  48. Nama lebuhraya ni pun cool.. LATAR tu.. senang nak ingat
    Jom terjah post menarik dari zool ..Apabila 1 domain telah luputMy Profile

  49. tak pernah lalu ikut sini..masih perlu banyak merantau ni..hehehe :grin:
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Ubat Haram, Mempunyai Unsur BabiMy Profile

Titipkan Sebaris Kata, Bukti Kehadiranmu:

CommentLuv badge