Pengalaman Menjadi PACA Dalam Pilihan Raya Umum

Saya pernah bertugas sebagai Ejen Tempat Mengundi  atau dikenali sebagai Polling Agent and Counting Agent (PACA) semasa Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008.

Polling Agent yang dilantik berperanan sebagai wakil kepada calon yang bertanding di setiap tempat mengundi untuk memerhati proses pengundian berjalan .

 Counting Agent pula memerhati proses pengiraan undi di pusat penjumlahan undi bagi menjaga kepentingan calon yang bertanding.

Antara skop bagi kerja yang dilakukan oleh  PACA adalah menyemak buku daftar pemilih sebelum pengundian berjalan, pastikan buku daftar pemilih digunakan kerani SPR dan PA adalah serupa, menyemak kertas-kertas undi yang dikeluarkan, memeriksa tong undi, menyaksi penutupan peti undi dan memerhati bilik sekitar tempat mengundi.

Ini adalah pengalaman saya yang sangat menarik.  Masih simpan pass untuk kenangan.

 

ejen tempat mengundi

Sekarang ini dimana-mana kita boleh nampak angin pilihan raya bertiup kencang.  Bendera semua parti berkibaran di sana sini dan beberapa bilik gerakan telah kelihatan.  Kalau sampai pada  penghujung tempoh lima tahun selepas PRU 12  pilihan raya belum diadakan, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari Pilihan Raya Umum hendaklah diadakan,

Sesiapa pun boleh bertanding kerana di dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon boleh mewakili sesuatu parti atau sebagai calon besas. Syarat layak bertanding dalam pilihan raya Di Malaysia seperti berikut :

    • Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
    • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
    • Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Calon kena bayar wang deposit  RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri .Kalau  gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding , calon akan hilang wang deposit.

Ada Blogger nak bertanding?  Agak-agak lambang apa yang sesuai kalau Parti Blogger digunakan.

Tahun ni khabarnya kita boleh guna dakwat kekal.  Dakwat akan dicalitkan di atas permukaan  jari telunjuk kiri pengundi sehingga meliputi kuku dan ke bawah. Sekiranya tiada jari telunjuk, dakwat akan dicalitkan di atas  mana-mana jari tangan kiri. Sekiranya tiada tangan kiri, dakwat akan dicalit pada mana-mana jari tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada tangan, maka dakwat kekal akan dicalitkan pada lengan pengundi di bahagian yang mudah dilihat.

Selepas dicalit dakwat kekal, baru kertas undi akan dikeluarkan.

Dakwat kekal …. berapa lama kekal?  Tak sabarnya nak tempuh satu lagi pengalaman sebagai pengundi.

Semepena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan datang  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melancarkan satu laman web khas www.pru13.gov.my dan boleh buat semakan daftar pemilih.

Nota :  Ejaan mana yang tepat? pilihanraya atau pilihan raya – Ejaan yang betul ialah pilihan raya.

©kujie – ini entri pengetahuan am, bukan entri politik , tolong bezakan!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Tahun ni saya jadi paca pilihanraya,n pertama kali mengundi,nda sabar rasanya.

  2. tahun ni 1st time Hanif nak mengundi. tak sabar rasenye…
    Jom terjah post menarik dari Hanif Menhad ..PRU13: Semak Daftar Pemilih SPR Secara Online, SMS atau Talian TaliponMy Profile

  3. tahun ni jadi ktm pula ker?

  4. Waaahh.. Mesti best ada pengalaman macam tu.. Saya tahun ni baru 1st time nak mengundi.. tak sabor..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Semak Status Daftar Pemilih Persiapan Mengundi PRU13My Profile

  5. nak lantik kak jie jadi calon DUN boleh tak??
    Jom terjah post menarik dari KiD ..Hadiah dari BruneiMy Profile

  6. saya belum pernah memiliki pengalaman seperti anda dalam pemilihan umum
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Pengertian & Jenis Limbah Padat, Cair, Gas dari Industri Serta Rumah TanggaMy Profile

  7. pengalaman yang cukup berharga.penuh emosi dan semangat rasanya masa kiraan undi dilakukan
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Maulidur Rasul SAW: Kelebihan BerselawatMy Profile

  8. Selamat mengundi semua… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Aya ..115 Tahun Penjara, 50 Sebatan untuk Perogol BersiriMy Profile

  9. hmm rasanya elok juga keluarkan entry perihal fatwa dakwat hitam itu nanti.. sah tak bila mandi wajib nanti.. ahaks…. malumak, takkawsa…. hehehhe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Tanpa kata: Dewasa ini nilai budi bahasa di balik pintu di rumah usang . . ?My Profile

  10. Senangnya mempunyai pengalaman menjadi petugas dalam pilihan raya…Biasanya di tempat saya yang menjadi petugas ada dari beberapa tokoh masyarakat setempat
    Jom terjah post menarik dari Blog Keperawatan ..Penyakit HIV AIDSMy Profile

  11. thn nih ptma kali mgundi thn2 dlu xmgundi sbb msk hosp. bahang p/raya masih suam2 kuku lg.

  12. pilihanraya ke 13 ni saya jadi kerani undi pos…
    Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Semakan BR1M 2.0My Profile

  13. kak jie.. macam mana nak jadi ejen? teringin pula…
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Rezeki AllahMy Profile

  14. oh! rupanya saya juga ada sedikit pengalaman..dalam pilihan raya..baru teringatlah kak jie..bila kak jie buat entri ni…kalau tak silap saya..tahun 2008 jugalah… masa tu kalau tak silap,di tempat saya..buat pertama kalinya pemeriksaan nama pengundi dibuat menggunakan komputer ( yg besar gedabak tu)..saya juga ditugaskan utk sebuah parti..itulah buat pertama kalinya saya pergi ke tempat pilihan raya..nak mengundi masa tu tak cukup umur lagi…dan buat pertama kalinya pula pada tahun ini saya akan mengundi di selangor
    Jom terjah post menarik dari ieda ..terima kasih ; http://www.eqbalzack.comMy Profile

  15. wah, aktif jugak kak jie. lantikan parti politik kan? Ke ada jugak yg SPR?
    Jom terjah post menarik dari Faris Al-Muhandisu ..Apakah Kita Manusia yang Bermanfaat?My Profile

  16. kalau saya pun, mesti simpan name tag tu.. hehe.. tak semua org jadi ni.. pastu masa jadi PACA tu, bila time kak jie mengundi? ke awal2 pagi dah mengundi?
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013My Profile

  17. Baru tahu lebih lanjut ttp polling agen ni. Thank Kak Jie

    Tahun ni dgn dakwat kekalnya, pasti lebih byk pengalaman. Tiba2 jadi tak sabar nak mengundi dah…hahaha

    p.s. kalau ada jugak yg kata ni entri politik…sah mmg kipas susah mati politik..hehehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Lidah & Lisan, Memang Mencabar!My Profile

  18. rupanya untuk tugasan camni SPR guna sukarelawan..tu yg terfikir jugak, punya la ramai pusat mengundi, ramai sungguh staff diorang nak hantar seluruh malaysia..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Agama hanya ibadah ?My Profile

  19. Wahhh seronok la ada pengalaman macam tu kan?emm terima kasih kongsikan pada kami..ilmu ni amat berguna..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Top Komentator Januari 2013 Pondok KecilMy Profile

  20. tak sabar nak mengundi yek
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Entry Terhangat Disember 2012!My Profile

  21. buat yg terbaik akak… walaupun tugas ini besar tanggungjawab utk akak.. saya sokong akak..
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi ..Sejarah Ringkas Fahaman SyiahMy Profile

  22. saya masih belum layak mengundi, masih muda.. hehehehe
    Jom terjah post menarik dari azrijohan ..Pakwe ImpianMy Profile

  23. huh, nampak comel. hoho..
    Jom terjah post menarik dari titan ..10 Blogger Terbaik Malaysia.My Profile

  24. kawan saya pun pernah jadi PACA nie…tapi tak boleh imagine tugas PACA nie sangat…
    Jom terjah post menarik dari Sir Marcello ..Gagal: Leftenan Maritim X17My Profile

  25. Bapa sy sendiri terlibat di pusat mengundi – sbg ketua pusat mengudi 🙂
    Jom terjah post menarik dari Izzuddin Fauzi ..Contoh dan Cara Tulis ResumeMy Profile

  26. Di Indonesia calon anggota legislatif tidak ada yang besas, semua calon harus anggota partai (party). Mahal juga ya kalau mau jadi anggota parlemen di Malaysia.
    Salam kenal dari Jakarta.
    Jom terjah post menarik dari Alris ..NostalgiaMy Profile

  27. wah kak jie ni aktif gak .. mesti bukan sekadar ahli je ni
    Jom terjah post menarik dari zool ..Bila sakit gigiMy Profile

  28. wah! untgla…
    ni yg mkin x sbr nk mengundi ni..
    undi adalah rahsia..
    ahaha
    Jom terjah post menarik dari Katak Comel ..63 GAMBAR MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN LIYANA JASMAY & FATHUDIN MAZLANMy Profile

  29. akak masih simpan pass tuh yer…pasti antara pengalaman menarik dan takkan dilupakan yer…;)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Pengeluaran Akaun 2 KWSPMy Profile

  30. Hari mengundi dah dekat. Harap semua dah siap-sedia.
    Jom terjah post menarik dari Malaysia Terbaik ..Semak Daftar Pemilih (undi) Secara Online Dan SMSMy Profile

  31. Berapa depa bayar Kujie jadi PACA? Hahaha…
    Borang 14 tak lupa ambik kot…

  32. akak saya pernah bertugas.. smpai ke tengah malam… polis mengiringi… huuu.. tahun ni pun terlibat gak ….
    Jom terjah post menarik dari Leeza dayasari ..Segmen Blogger i2 Sahabat kuMy Profile

  33. bila nak undi ni kak jie

  34. saya tak boleh mengundi lagi..huhu..baru daftar bulan 12 tahun lepas..
    Jom terjah post menarik dari Sharafie ..Kawasaki ER6N 2012 Kisah Gadis CunMy Profile

  35. Saya dah bersiap sedia untuk mengundi….kali ke3 mengundi 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Destinasi Percutian Melastik BintangMy Profile

  36. Ehem3. Harap paham lah maksud ehem3 tu ye 😆
    Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Tutorial Membuat Short URL PeribadiMy Profile

  37. Saya juga menyimpan Pass serupa saat jadi petugas beberapa tahun lalu.
    Jom terjah post menarik dari Bang Iwan ..Inilah Daftar Lengkap Pemenang Infotainment Awards 2013My Profile

  38. 3 sahabat saya jadi petugas Pilihanraya untuk tahun PRU13 ini. Minggu lepas mereka telah dipanggil untuk menerima taklimat daripada SPR. Ini menandakan bahang PRU13 semakin hampir.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Sudah cukup sudah dengan spammerMy Profile

  39. tahun ni jadi ejen lagi ke kak?
    Jom terjah post menarik dari Man ..Ada Apa Dengan Wanita HebatMy Profile