Pengalaman Pertama Membaharui Cukai Jalan Bersama MyEG
Pengetahuan Am

Pengalaman Pertama Membaharui Cukai Jalan Bersama MyEG

Hari ini buat pertama kali saya ingin mencuba membaharui cukai jalan secara online melalui MyEG.

Jom kongsi pengalaman malam pertama saya bersama MyEG.

  1. Mula-mula login ke http://www.myeg.com.my
  2. Kat penjuru kanan atas ada bendera Malaysia dan Bendera United Kingdom.   Saya rakyat Malaysia, saya klik  Jalur Gemilang untuk Bahasa Malaysia.
  3. Pada main page , saya klik BAHARUI CUKAI JALAN kerana saya mempunyai insuran kenderaan yang masih sah.
  4. Isilah data yang diperlukan dalam borang.  Buatlah pilihan untuk penghantaran.  Klik Process.
  5. Kemudian ada page segala data mengenai model kereta, jenis syarikat insuran kereta, tempoh sah insuran juga amount yang perlu dibayar.
  6. Klik Confirm & Pay
  7. Pilih jenis pembayaran yang dikehendaki.  Saya pilih  Maybank2U.
  8. Klik Proceed With Payment


Talian hang sampai kini.

  1. Saya mencuba pembayaran melalui kad kredit.  Dapat pula informasi macam ni – kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia saja diterima.


Kad kredit saya dikeluarkan oleh bank Malaysia di Malaysia.

Kemudian saya telefon talian untuk pertolongan MyEG 03 -7801 8888 . Awek bersuara merdu yang jawap memaklumkan mereka mengalami masalah sistem.  Cuba login semula kemudian.

Selepas 2 jam, saya mencuba sekali lagi dan masih dalam keadaan seperti ini. Ini pengalaman kali pertama saya yang gagal!

Pengalaman kali pertama saya tak semanis Maya Karin….mungkin pada waktu yang salah. MyEG tengah  mood PMS.  Nanti saya update macam mana status hubungan saya bersama MyEG .

Tiap orang ada pengalaman yang berbeza, jom share…

Nota : Staff MyEG telefon beritahu saya perlu on pop up block .  Sebelum ini dah 2 kali saya menghubungi melalui telefon, staff tidak pula mengingatkan saya mengenai masalah pop up… saya pun terlupa sebenarnya. Maklumlah ghairah malam pertama kali.:lol:

Login maybank2u melalui MyEG mengambil masa yang lebih lama dari biasa, jadi jangan panik – risau takut hang, bertenang…

Saya telah berjaya melalui satu pengalaman baru! Cubalah MyEG, jangan risau kerana staff mereka mudah untuk dihubungi dan cepat membantu.

Nota : Pembayaran cukai jalan tersebut telah pun Berjaya

Nota 2: 14/10/200 – Cukai Jalan dah selamat sampai depan pintu.

” Saya kat duk kat sini je kak…Jalan 7″

“Patutlah petang baru hantar, terus balik ye…” :lol: Kejiranan saya rupanya budak MyEG ni

©kujie – Sebuah kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

54 thoughts on “Pengalaman Pertama Membaharui Cukai Jalan Bersama MyEG

  1. MyEG mmg memudahkan org2 yang kije opis yang tak de masa nak buat sendiri renew insurans & roadtax.

    Tapi masalah besarnya ialah bila kereta anda kemalangan. Bila nak claim, insurans nak geran terkini, kalu tak de maka mereka tak akan approved claim anda. Masa tu la anda akan rasa nak marah dekat myEG sebab anda kena buang duit lagi nak pergi uruskan geran terkini. Nak kena p bank mintak geran orginial untuk dikemaskini di pejabat MyEG. Silap2 bank tak kasi geran orginal…lagi pening kepala.

    Benda ni berlaku pada saya.

    Saya dah maki hamun kat insurans….kenapa perlu geran terkini sedangkan geran dah kasi… road tax dan slip road tax pun dah kasi. Maklumat yang dipaparkan di geran ada dekat roadtax n slip road tax.

    Kesimpulannya, MyEG kena bincang dengan semua syarikat insurans dan perjelaskan hal geran terkini agar ia lebih memudahkan pengguna dalam urusan claim.

  2. kepada semua sahabat2 kat sini..
    saya dah 3 tahun lebih pengalaman buat insuran dan road tax..
    kalau sahabat-sahabat tak nak pening kepala. just call atau sms saya..semua saya urusankan..tak der charge tambahan..
    hubungi saya

Comments are closed.