Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan

Hari yang sama saya dapat surat dari KWSP menyatakan amaun pengeluaran telah dikreditkan ke dalam akaun bank pinjaman perumahan saya.

Hutang saya dah kurang…:lol:

Ini adalah pengalaman pertama kali saya membuat pengeluaran KWSP atas Akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan. Saya pergi KWSP Selayang untuk ambil Borang Permohonan KWSP 9C .

Tahun 1999 saya pernah mebuat pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai membeli rumah pertama.

Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan dibenarkan oleh KWSP untuk

  • Pembelian secara individu; ATAU
  • (ii) Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak) atau individu lain yang tiada pertalian keluarga; ATAU
  • (iii) Membantu suami / isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami / isteri

Selain syarat² utama – warganegara dan semestinya pencarum KWSP, syarat lain adalah belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

Permohonan boleh dibuat SEKALI SETAHUN daripada tarikh pengeluaran perumahan terdahulu

Dokumen penting yang diperlukan 

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP

 

Hubungi bank yang memberi pinjaman perumahan untuk mendapatkan penyata baki pinjaman.

Cawangan bank saya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Saya pergi bank dan serahkan dokumen seperti S&P dan surat tawaran pinjaman.  Seminggu kemudian bank telefon bila  dokumen siap.

Ada beberapa bahagian pada borang saya agak was-was, saya tanya pegawai KWSP di kaunter. Proses permohonan saya diluluskan selepas 5 hari.

Nampak senang…tapi memang senang pun.  Cuma diri sendiri yang berdebar² risau takut tersilap isi tersilap tulis.

Borang KWSP 9C juga boleh dicetak melalui laman web KWSP – http://www.kwsp.gov.my atau minta untuk dihantar melalui alamat e-mel.

- surirumah berkwsp!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. entry nih sangat membantu kak, PM dalam proses nak keluar KWSP bayar loan rumah nih…:)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Focus Point Annual Dinner 2012My Profile

  2. bagus ni ada alternatif lain kurangkan hutang perumahan… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..SPM this year!!!! Check out #TutorTVSPM community who shares the same jitters as youMy Profile

  3. muzammil says:

    sekarang bukan ke skim pencen pn leh wt caruman kwsp untuk simpanan

  4. pasangan saya setiap 3 tahun keluarkan akaun 2 KWSP untuk bayar kereta dengan rumah..sebab kerja swasta faedah untuk rumah tinggi jadi 8%..kena cepat habiskan sebab semput nak bayar faedah tinggi..Alhamdulillah 7 tahun dah takde hutang kereta dengan rumah walaupun beli yang biasa2 je..kalau ikut asal mau lagi 10 tahun nak habis bayar..

  5. saya dah takda akaun kwsp. skang skim pencen :smile:
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Promosi SD2 Julai 2011My Profile

  6. oh…lepas tu akaun 1 masih ada lagi kan?maksudnya akaun KWSP masih hidup lagi ke?patut la akaun KWSP ayah saya ada duit lagi…
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile

  7. bagus betul perancangan kak jie sekeluarga yek.saya rumah pun belum beli lagi.kerja tak confirm lagi.haha… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile

  8. Bagi orang yang tak biasa berurusan dgn pejabat secara rasmi, agak kecut perut jugalah nak bersoal jawap…hihi

    sedangkan bukan orang tu nak telan pun :lol:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Wordless Wednesday – DedaluMy Profile

  9. Salam…. boleh keluarkan setiap tahun. Dengan syarat ada lebih RM500.00 dalam akaun tersebut.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Wordless Wednesday – DedaluMy Profile

  10. Kena fikir juga, caruman Akaun 2 ini utk rumah…rumah kan tempat tinggal yang kita perlukan sekarang bukan saja bila dah tua….pelaburan yang baik.

    Dah 2 kali keluarkan caruman Akaun 2 :lol:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kopitiam Di Selangor Tak Halal?My Profile

  11. Mencarum utk kegunaan masa depan… beringat² :lol:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kopitiam Di Selangor Tak Halal?My Profile

  12. Buat caruman utk diri sendiri – bahagian majikan dan pekerja sendiri2 bayar…. caruan yang berdisiplin dan ada banyak faedah.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ketawalah Biarpun Sedang Disakiti!My Profile

  13. Tak apa, memang akaun 2 dikhaskan untuk tujuan itu. Rumah itu keperluan semasa, bukan sewaktu bersara saja…
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ketawalah Biarpun Sedang Disakiti!My Profile

  14. Yup…boleh keluarkan semua

    contoh – kalau dalam Akaun 2 tu ada RM 5,520.31
    boleh keluar semua jumlah dan Akaun 2 kembali RM 0.00
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ketawalah Biarpun Sedang Disakiti!My Profile

  15. dah ada tanah, dah ada kebun

    cuma……..beli tanah dan kebun kena cash
    sekali kedebuk 30-40K
    tak boleh keluarkan caruman KWSP Akaun 2
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Khabar Angin Kematian Dr Lo’ Lo GhazaliMy Profile

  16. maksudnya ko bayar rumah guna duit KWSP ke?bayar bulan2?boleh ke buat macam tu?
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile

  17. kalau terus bagi kat tangan,maknanya kelain la perginya duit tu nanti :p
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile

  18. lagi2 la kalau area2 dekat KL & Shah Alam.kat Segamat ni pun dah mula naik.dia mula naik masa lepas banjir awal tahun aritu.pergh,memang dahsyat…
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile

  19. boleh ke keluarkan semua akaun 2 tu?rasa macam tak boleh.erm… :|
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile

  20. suri rumah berbayar ni.hehe…
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile

  21. Saya memang mengunakan wang KWSP untuk buat bayaran bulanan. Setiap bulan dikredit didalam akaun jadi perlu displin bayar kepada bank.

  22. alhamdulillah…kurang cikit hutang tu yek,kak jie.lepas ni boleh la beli aset lain pulak.try la beli tanah.tanah pun semakin lama semakin mahal harganya… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Sains: Mengenal BumiMy Profile

  23. bulan lepas baru keluarkan semua akaun 2 untuk beli rumah pertama.. sekarang akaun 2 dah tinggal RM0.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari Myvitrd ..Daihatsu Boon X4 Boleh Masuk MalaysiaMy Profile

  24. eh macamana surirumah ada skim pencen ni kak jie?
    Jom terjah post menarik dari yusri ..Sekolah Bertaraf ResortMy Profile

  25. akaun 2 KWSP ni mmg byk membantu. insyaAllah one day nak gak ada aset rumah sendiri utk disewa dan nk fully utilise akaun 2 KWSP ni. tp skg ni mmg xbley lg. br 2 tahun je carum. huhu
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Sikat Gergasi 181 Kilogram Menyikat Basikal Di Virginia!My Profile

  26. baru ingat..hehe :D
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Blogger Ni Memang Patut Kita SerangMy Profile

  27. bulan lepas saya pun ada pergi KWSP dkt JB utk bt pengeluaran akaun 2…rasanya dah banyak kali keluar akaun 2 nie..hrp2 cukup simpanan utk hari tua nnti…
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..DESARU; Kini Lebih Dekat Di HatiMy Profile

  28. Salam,
    Ingatkan untuk beli rumah jer akaun 2 tu. ;-)
    Jom terjah post menarik dari mankuchai ..KWSP : 55 Senarai penyakit yang boleh keluarkan carumanMy Profile

  29. saya dan suami sama2 keluarkan duit dalam akaun 2 masa nak beli rumah tahun lepas. alhamdulillah..KWSP cawangan Teluk Intan memang sangat cekap dan membantu kami berdua.

    * masih menunggu masa untuk bertukar ke skim pencen ;-)

  30. Rumah tak pernah semakin murah…kalau tertangguh²
    makin susah nak dapatkan harga yang mampu milik.

    sepatut itu yang ditargetkan dulu sebelum kereta
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Semak PLKN Online Untuk Yang Lahir Tahun 1994My Profile

  31. saya tak pernah usik kak jie…tapi ayah pernah keluarkan untuk kos perubatan arwah mak dulu…sob sob sob…memang tanam azam nak beli rumah…aset masa depan…

  32. duit tu terus dikreditkan dalam akaun bank, bukan bagi kat kita pun… :lol:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kopitiam Di Selangor Tak Halal?My Profile

  33. wahh…lepas ni dah boleh belanja intan makan :D
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Mamat Minta Maaf Kepada Semua Blogger Yang Terasa Dengan Cara MamatMy Profile

Trackbacks

  1. […] Baca Cara Mengeluarkan Caruman Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan […]

  2. […] entri macam mana nak buat Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan dan  Blogger pun boleh mencarum […]

  3. […] Baca entri macam mana nak buat Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan […]

  4. […] pernah membuat Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan .  Untuk mengetahui caranya, klik link […]