Permohonan UPU Fasa 2 Untuk SPM 2011

 

EDIT 11/12/2013 – NO PIN UPU BSN untuk SPM 2013 memasuki IPTA 2014/2015 akan dijual pada bulan Januari 2014. Sistem permohonan online UPU juga dijangka dibuka pada 22 Januari 2014 ( sumber FB).

 

 

 

 

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Fasa 2 Lepasan SPM 2011 telah dibuka bermula hari ini 9/01/2012 sehingga 02/04/2012.  Tarikh akhir penghantaran semua dokuman adalah pada 19/04/2012.   Ingat ye anak-anak tarikh penting ini.

 

 

permohonan upu fasa 2 lepasan spm 2011

Sebelum membuat permohonan online, pergi ke BSN ( Bank Simpanan Nasional) dan beli NO PIN UPU RM 10.60 yang dipanggil NO UNIK ID.

Contoh No Unik ID dari BSN

Balik dari BSN, buka laman web http://upu.mohe.gov.my/

 

Sila guna browser Mozilla Firefox ye anak-anak, kalau guna Internet Explorer, ruangan No Unik ID tak nampak ( tidak kelihatan )

Isi semua dokumen yang dikehendaki dan jangan lupa buat semakan.

Calon yang telah mengemukakan permohonan pada Fasa 1 WAJIB mengemukakan PERMOHONAN FASA 2. Calon yang telah LUPA KATA LALUAN yang telah diisi semasa Fasa 1 boleh mengisi kata laluan baru di menu PERMOHONAN .

Kalau dapat message ” Query SQL Update Maklumat FINSPM tidak dapat dilakukan bla bla bla..You have an error in your SQL syntax; ……  membebel macam mak nenek tu “ cuba sekali lagi kerana kemungkinan berlaku kesesakan pada  sistem.

Saya buat semakan untuk Angah, dan sistem menyatakan Anda belum memohon. Sila klik pautan PERMOHONAN.

Pelik pula sebab dia cakap dah buat permohonan menggunakan komputer di MRSM lama dulu. Nasib baik boleh buat permohonan fasa 2, bolehlah memohon semula.

Mana salah mana silap pun saya dah malas nak fikir. Yang lepas, lepas… esok kena ke BSN lagi.

Edit:

Patutlah tak ada dalam sistem, saya baca info dari facebook upu

No Unik ID yang dibeli sebelum 7/11/2011 secara pukal oleh cikgu/kaunselor sekolah adalah salah. Anda boleh beli semula di kaunter bank BSN dengan harga RM10.60 atau menghubungi kami di 03-8870 6755/6766/6767/6777 untuk bantuan lanjut. -UPU-

Salah? Nasib baik saya mak yang celik IT, ada akaun Facebook boleh cari info sana sini, mak mak lain macam manalah  agaknya.

Jika anda boleh login ke sistem permohonan bermakna no. tersebut adalah betul . Jika salah anda boleh beli yang baru ataupun boleh hubungi UPU untuk mendapatkan no. yang betul (PERCUMA)

Tak pasal-pasal saya membebel marahkan Angah. Rupa-rupanya bukan dia tak daftar waktu Fasa 1, tetapi adalah masalah dengan pendaftaran sebelumnya.

Angah… i’m sorry ye!

No tel UPU –  03-8870 6755 /6766/6767/6777

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Salam..kalau mcm sy lepasan spm 2013..dah isi fasa 1..ingat nak update lepas result..tp terlupa kata laluan lah..mcm mana ye?..mohon pencerahan…

  2. Selamat sejahtera cikgu.. saya baru sahaja mengisi upu untk stpm .. saya telah mensahkannya selama 3x.. adakah saya masih boleh mengemaskini maklumat di dalamnya kerana saya belum lagi mengisi keputusan stpm saya.. disebabkan keputusan stpm penuh saya belum dikeluarkan.. selepas mensahkan sebanyak 3x baru saya tahu hanya 3x sahaja blh dikemaskini.. apa yg perlu saya buat? Saya memerlukan bantuan..

  3. Kak jie. Hi kak jie. Haritu geo apply upu kan, pastu geo tekan save kat maklumat peribadi tu. Then when geo nak isi maklumat pemilihan ipta/kursus tu, keluar plak benda camni “query sql… blablabla.. maklumat tidak dpt dihantar” pastu geo remove page tu and geo cuba mohon skali lagi. Geo tekan “PERMOHONAN”, bila geo mohon semula (guna password yg sama) maklumat yg geo dah isi sebelum error tu terjadi dah ada kat dalam dah. Soalannya, adakah itu dikira KEMASKINI? Tapi geo xde tekan kemaskini. Geo mohon semula je. Harap dpt membantu

  4. salam kak jie,nak tanya..boleh tak nak memohon semula upu fasa 1 2013 untuk program degree intake september,kalau GB kat ipta sebelum nie?terima kasih 😀

  5. asiah yusra says:

    bagaimana lau dah beli no pin… tp result belum lagi kuar.. perlu isi permohonan ka dulu atau nanti dpt result baru isi??

  6. salam . sy nk update upu fasa 2. tp xtahu nk search web ape sbb x keluar pn ape yg sy cari. ntah2 tarikh utk update dah dtutup x ?? :_(

  7. lim yu fah says:

    macam mna mau isi upu……..
    help me

  8. lim yu fah says:

    pertimbangan anda sangat dihargai

  9. alahai, susahnye nak aply upu,,apa benda pun tak paham la…..oh God, help me…..

  10. nk tnya..sy lepasan spm 2003,result agak mengecewakan..then sy amik spm 2011 persendirian..sy mohon upu gune result spm 2011..tp nape sy xleh msuk untuk kategori a??da cube beberapa kali,tapi tetap xleh msuk..nape ye..??

  11. sy nk tye skit mngenai prmhonan sy,sy kategori B lpsn spm 2010,sy semak prmhonan sy tp nmenya dh brtukar kpd nme org lain,mngkin ini dsbbkn sy trsalah edit,tp nbe IC sy btol,yg lain leh edit tp nme je yg x leh,apa yg hrus sy lakukan utk mnukar kpd nme sy kmbali.
    Hrp dpt membantu …

  12. Tarikh akhir penghantaran semua dokumen,2 apa erk..?
    Nk antar dkmen kt dorg ke?dkmen ape..?(help me…)

  13. Kak jie, la nie apply UPU dah takyah hantar salinan sijil and etc dah ker?? cuak lak sebab masa lepas apply baru ni, takder arahan suruh hantar salinan sijil…masa zaman saya dulu kena hantar…

    Terima kasih
    Jom terjah post menarik dari Geng Lepak ..Koleksi video adengan kamalangan di AsiaMy Profile

  14. Sekarang mudah benar nak apply apa-apa pun.. semua guna internet. Alahai.. Kesian warga luar bandar yang lambat terima info.. Adik-adik yang nak sambung belajar tu.. belajar elok2 yer.. 🙂 Cuma UPU perlu perbaiki sistem sedia ada, kadang-kadang nak masuk main page pun berjam-jam.
    Jom terjah post menarik dari JT ..Cara Kemaskini Status FB Terus Dari Google PlusMy Profile

  15. lepasan diploma xsekali dgn yg ni kan? bil eh bleh beli no pin untuk lepasan diploma?

  16. ciksembang says:

    thanks dengan info ini.. belum sempat semak ikram punya fasa 1
    Jom terjah post menarik dari ciksembang ..Berdrama English minat tak?My Profile

  17. Ibu Mifzal Arsyad says:

    itulah kan..as ibu bapa mmg kena alert…nasib tahu awal..boleh check..kalau x kesian kat angah
    Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Riang-Ria Bermain “Slide”My Profile

  18. Nak apply jugak la masuk U.. tahun 1989 punya result laku lagi tak Kak Jie.. hehe.. biar biar sedap kan.. hehe
    Jom terjah post menarik dari Kasawari ..Nelayan Sg Rambah, Pontian JohorMy Profile

  19. xde adik yang ambil SPM tahun ni….

    pada adik2 yang lain…cepat memohon…
    Jom terjah post menarik dari jedi ..Muhammad Al Fateh # 1My Profile

  20. Anak2 masih kecik lagi…boleh dijadikan panduan masa hadapan 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Anwar Ibrahim Trial 9/01/2012My Profile

  21. Teringat plak masa dulu… tahu je UPU bukak, pergi bli nombor pin… matrikulasi buka, bli gak no pin… last last kene ke matriks…heheheh rugi rm10.60… hehehe tapi takpe demi ilmu…. sekarang da bergraduat….keje je belum. huhuhuh
    Jom terjah post menarik dari norzikri ..Bicara Agama – Takwa penuh ikhlas dihiasi sunnah Rasulullah lebih berkatMy Profile

  22. tahun lepas isikan untuk aidik sepupu…dua tiga kali makcik pergi bsn asyik salah borng tawaran nak isi…last sayalah yang daftarkan online…zaman saya masih guna buku lagi…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Drama Roy Leh Sanae RaiMy Profile

  23. hope diorang yang isi form nih baca betul-betul dan isi betul-betul, pastikan takde kesalahan masa isi form. mudah-mudahan diorang berjaya.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Ego Seorang ManusiaMy Profile

  24. nur aqilah says:

    npe time nk mohon upu xde lak tlis no.ID..bla nk g sterusnya ckp DATA RALAT..
    x isi no.ID tp kt situ xde lak tlis..

  25. lama lagi tarikh tutup tu..tapi tak salah buat awal2..

  26. Susah berurusan dengan mesin kalau manusia boleh buat muka simpati tapi kalau buat silap dengan mesin tidak ada maaf bagi mu. 🙁
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pengalaman kena denda di sekolahMy Profile

  27. Sila buat permohonan segera ye anak-anak. Jangan last minute baru nak buat permohonan. Nampak tarikh tutup memang lama lagi. Tapi kalau buat cepat kan lagi baik..

Trackbacks

  1. […] Nasib baiklah saya dapat infomasi dan beli lagi sekali Nombor Unik ID sebelum tarikh tutup permohonan. Baca cerita pengalaman saya tahun lepas di sini – Permohonan UPU Fasa 2 Untuk SPM 2011. […]

  2. […] biasa, lepas dapat keputusan SPM, mesti buat kemaskini UPU Fasa 2. Dapat login pun dah bersyukur sebab waktu puncak macam sekarang sistem pun  kerap membebel macam […]

  3. […] Permohonan Kemasukan Ke IPTA Fasa 2 ( UPU Fasa 2 )  Lepasan SPM 2011 dibuka bermula dari 9 Januari 2012 sehingga 02 April 2012. Tarikh akhir penghantaran semua dokuman adalah pada 19 April 2012 – klik Permohonan UPU Fasa 2 […]

  4. […] EDIT 09/01/2012 – Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM  2011( Fasa 2 ) di sini  ->>>  Permohonan UPU Fasa 2 Untuk Spm  2012 […]