Perpustakaan Kanak-kanak di Perpustakaan Negara Malaysia

Selepas berkali-kali diajak, semalam saya bawa Intan ke Perpustakaan Negara Malayaisia ( PNM),  Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pilihan tempat sesuai bawa anak bercuti di Kuala Lumpur.

Perpustakaan Negara dibuka setiap hari Selasa hingga Sabtu pada jam 10.00 pagi – 7.00 petang , Ahad 10.00 pagi – 6.00 petang dan ditutup pada hari Isnin dan cuti umum.


Saya berada di Perpustakaan Kanak-kanak Aras Bawah bersebelahan kafeteria.  Ruang yang berwarna warni sesuai untuk menarik minat anak² dan aras susunan buku yang sesuai dengan ketinggian mereka.

Di ruangan ini terdapat Pusat Hipermedia yang menempatkan Bilik Cerita, Bilik Muzik dan Bilik Komputer.

Segak Setia Pengawal Istana Negara

Yang best, selepas baca tak perlu nak susun buku ditempat yang kita ambil tadi.  Letak saja pada troli  yang disediakan.

Walaupun ada kerusi meja, sofa cantik dan comel , Intan tetap dengan keselesaan seperti di rumah.

Sudah namanya kanak-kanak ,( eh…orang dah ada MyKad, masih kanak² ke ? ) apasaja info baru yang dia dapat,  dia sms Angah dengan soalan kuiz.  Bajet  nak tunjuk  lebih pandai……… tapi semua soalan dia,  Angah boleh jawap!

Kanak-kanak berumur antara 11 hingaa 12 tahun ke atas dibenarkan masuk ke Bahagian Perkhidmatan Dewasa di di Aras 3 dan 4.

Untuk menjadi ahli Perpustakaan Negara Malaysia adalah PERCUMA dan boleh mendaftar secara online di laman web PNM.

keropok lekor kat kafeteria PNM sedap !

  1. Pingback: Kembang Perawan Di Taman Orkid Kuala Lumpur | Hidup Biar Sedap

  2. Kak Jie, teringat masa sekolah rendah baru kenal dengan pusat sumber sekolah.

    Tapi sayang, udah merantau jauh belum sempat jejak di perpustakaan negara sendiri… sob3x T_T

  3. Salam akak.. lama tak jenguk sini.. akak sihat?

    dah lama jugak tak pergi libarary… library yang ada kat kuching sekrang tak best macam library dulu2 masa amni kecik.. library lama tu dah kena roboh.. pindah ke library baru.. kalau nak buat aksi macam intan memang tak boleh la.. hihi…
    Jom terjah post menarik dari Amni ..Terjawab Banyak Persoalan…..My Profile

  4. Baguslah kalau dari kecil diajar suka membaca tapi setuju tak kalau saya kata rakyat negara kita terutamanya orang melayu sangat kurang membaca? Kalau sesiaa yang suka berblogging sudah tentu rajin membaca heee
    Jom terjah post menarik dari Mahyuddin ..Takafulink PendidikanMy Profile

  5. Perpustakaan Desa memang selalu pergi dengan Ahmad Asri, bila ada waktu terluang.

    Setakat ni, saya satu-satunya ayah yang datang dengan anak dia kat situ. Yang lain samada kanak-kanak datang sendiri atau dengan emak=emak mereka. 😳
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul ..MASIHKAH ADA YANG INGAT ?My Profile

  6. abah selalu bawak kami gi perpustakaan dulu,
    perpustakaan daerah yan yang kecit nya tak dapat disangkal lagi,
    tp pocket suka, antara memori gembira ngan abah la kot.
    tu jer memori yg ada.

    tak perlu simpan balik?
    tu bukan service tu kak,
    tu tak nak bagi bebudak gi letak
    tak ikut sistem susunan 😀

  7. Seumur hidup ni, sekali jer pernah pergi ke perpustakaan negara ni, itupun tahan 30 minit jer sebelum mata mulai kemerah-merahan. Saya ada masalah sikit duduk dalam perpustakaan, taklerh nak membaca, sebab suasa terlalu tenang sehingga membuatkan mata ni asek nak tertutup jer.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Limau kasturi, pencuci semulajadiMy Profile

  8. inilah pekerjaan pertama saya lepas grad, jadi penjaga bilik it perpustakaan sabtu ahad full bahagian kanak2…ada ibu bapa siap minta saya jagakan anak mereka dan bagi no hp kot2 anaknya buat hal…redha jela saya waktu tu…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Seteguk air telaga kautharMy Profile

  9. saya cadangkan portal perpustakaan negara di perbaharui. nampak macam kusam dan ketinggalan zaman.

    adakah sebab warnanya?

    tapi masih bagus sebab “Tarikh Terakhir Kemas kini: 14 Oct 2011, 10:22:49”

    ok tak ada kaitan dengan cerita kak jie 😆
    Jom terjah post menarik dari syafiq_lomotech ..Lomography ColorSplash FlashMy Profile