pisang kaki

Pisang Kaki Atau Persimmon Fruit

pisang kaki

Namanya Pisang Kaki tapi langsung tak ada iras atau rasa seperti pisang. Along cakap macam buah tomato. Mungkin sebab itu pada mulanya dia hanya pandang², tak usik pun. Saya pun baru setahun dua ni saja pandai makan Pisang Kaki atau persimmon fruit. Dulu selalu nampak buah jingga kemerah-merahan ini  di supermarket tetapi macam takut² nak mencuba. Sekali mencuba terus jatuh cinta.

Pisang Kaki ini sebiji berharga dalam RM 1.50. Tak tentu bergantung pada musim dan bekalan.  Dekat Giant, saya nampak buah ini diimport dari Korea. Bila beli bajet k-pop tegar aje!

Hari ini saya beli di pasar, sebiji RM 1.00.  Katanya dari China.  Beli RM 10.00 dapat 11 biji. Banyaknya……… tapi tak sampai satu hari dah tinggal 2 biji.

buah pisang kaki

Cara nak makan buah pisang kaki ni tak perlu dikupas. Belah saja dan makan. Tetapi kalau nak buang kulit pun tak ada salahnya, kulitnya tak adalah keras macam kulit manggis.  Hati-hati dengan biji yang seperti biji buah ciku, takut tercekik.

Rasa Pisang Kaki ini seperti buah pear atau epal, manis dan rangup. Pisang Kaki juga boleh didapati dalam bentuk kering.

Namanya Pisang Kaki, tapi rupa dan rasa tak seperti pisang.  Kenapa?  Cari di wikipedia mengenai Persimmon menyatakan bahawa nama “pisang kaki” berasal dari perkataan ‘kaki’ dalam bahasa Jepun. Di pasaraya Australia, buah ini dikenali sebagai Fuyu Fruit.

Saya jarang nak ambil tahu khasiat buah-buahan secara khusus, selagi ianya buah-buahan, tentu bagus untuk kesihatan. Selagi kita makan dengan kadar yang berpatutan, ianya sudah tentu baik. Maklumat ini sudah cukup untuk saya.

©kujie –  Cuti² sekolah macam ni, saya agak kurang beronline, jadi kadang² email yang lama saya terlupa nak balas.  Sila hubungi semula jika ianya penting.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Pisang Kaki Atau Persimmon Fruit”

  1. nak makan buah nie fresh2 g la medan dekat berastagi tak payah susah nk g jepun ke china ke korea, besepah2 buah nie kat situ..

  2. bagi saya dan keluarga makan pisang kaki perut kembong susah nak buang agin dan susah buang air besar, sebab tulah orang jepun dan orang luar negara minum jus pagi2,dia banyak makan pisang kaki. saya minta izin dgn iklas dari kak ge nak salin resepi

  3. memang dah lama nampak buah ni terjual kat pasar raya dan penjual buah (terutamanya bangsa cina)..

    seumur hidup baru pertama kali makan buah ni minggu lepas..tu pun baru sy tau minggu lepas sy makan buah pisang kaki sebab tengok gambar yg kak jie pos ni (sebab yg sy makan tu sudah dipotong2)..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Jangan jadi ketamMy Profile

  4. salam kak jie.. saya baru rasa pisang kaki ni jumaat lepas. Mak beli di kedai buah. Mula-mula takut-takut nak makan. (takut kelat/masam) Skali rasa sedap dan manis terus dua biji saya makan non-stop..
    Jom terjah post menarik dari laily ..Penenang JiwaMy Profile

Comments are closed.