PMR Diganti PT3 Guna Sistem PBS

Memandu balik dari sekolah tadi, terdengar berita ringkas mengenai isu  terkini PMR atau PBS atau PBSMR .  Sejak tahun 2012 saya dah tulis dan ikut isu PBS kerana anak saya yang berada di Tingkatan 3  terlibat dengan sistem yang sedang diuji ini.  Selepas hampir 3 tahun dan peperiksaan tinggal beberapa bulan saja lagi, saya harap ini adalah keputusan akhir yang akan kita teruskan.

Dah penat dah.  Guru lagi lah kan… murid pun sama.  Sampai saya ambil jalan mudah pesan dengan anak – tempuh saja apa yang datang, ini jalan hidup yang perlu awak hadapi.  Benda-benda ni hanya sistem yang dicipta oleh orang dewasa .  

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

Berita ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di bangunan Parlimen semalam.

PT3 – susah nya nak sebut, paling mudah PTT

PMR Ganti PT3

Printskrin dari Berita Astro Awani

Disebabkan dah kerap sangat menerima berita kejap on kejap off dengan PBS ini, sebagai ibubapa yang anaknya terlibat secara langsung saya mencari maklumat di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut adalah apa siaran media seperti yang dikeluarkan oleh KPM ( Rujukan : Kenyataan Media  PT3 )

PTT Ganti PMR

Kenyataan Akhbar dari Portal Rasmi KPM

Ringkasan Mengenai PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga)

  • PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.
  • PT3 bagi Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study)
  • PT3 bagi mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.
  • Pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP).
  • PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.
  • Guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini
  • Guru juga tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit selain rekod perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru
  • Guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Pentaksiran Tingkatan 3

Contoh Pentaksiran Tingkatan Tiga ( PT3)

Sejarah Ringkas PBS

  • Pada 17 Disember 2010 Jemaah Menteri bersetuju PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan dengan pelaksanaan di sekoleh rendah pada 2011 dan sekolah menengah pada 2012.
  • Pada 11 Februari 2014, PBS ditangguhkan dan digkaji semula pelaksanaannya.

Trivia PMR

1957 – Peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE)
1960 – Diganti dengan Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
1985 – SRP menggantikan LCE sepenuhnya
1993 – Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menggantikan SRP
2014 – PMR diganti Pentaksiran Tingaktan 3 ( PT3)

 

Nota : Tak sabar nak tunggu Intan balik sekolah hari ni, nak dengar apa yang dia faham dari penerangan guru dan apa pendapat rakan-rakan sekelas. Saya selalu dengar cerita rakan sebaya anak-anak.

Minggu ini sekolah agak sibuk, kelas tambahan dibatalkan dan hari ini kokurikulum pun dibatalkan. Cikgu berdebar kot nak tunggu Keputusan SPM 2013 yang akan diumumkan pada hari esok 20 / 03 / 2014.

Apa yang saya faham, PMR ditukar nama ke PT3 dan peperiksaan ini menggunakan sistem PBS.  Betul ke pemahamana saya ni, atau salah?

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Terima kasih kpd blogger atas perkongsian. Saya rasa itu dari segi teknikalnya. Berikut adalah pemahaman saya tentang KONSEP PBS pula.

    Mula2, kita kena bezakan antara SRP/LCE, PMR, dan PBS. Sebenarnya ia dah digambar melalui namanya. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berasaskan SIJIL berkonsep peperiksaan utk mengred pelajar. Kita mewarisi sistem itu drpd Inggeris.

    Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula suatu PENILAIAN tetapi berpusat. Ia dilaksanakan slps kita mula sedar bhw para pelajar tak sepatutnya terlalu awal digredkan yg akhirnya berlaku ‘budaya peperiksaan’ yg menguji intelektual semata2.

    Manakala Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) ialah PENILAIAN tetapi berdasarkan penguasaan individu terhadap kemahiran2 yg ditentukan. Ia dibuat oleh pihak sekolah merangkumi semua aspek yg diperlukan manusia iaitu intelektual, emosi, rohani dan jasmani.

    Nampak macam sama tapi konsepnya berbeza. Ada proses2nya yg perlu dilalui.

    Bagi saya semua pihak perlu faham konsep PBS. Jika tidak, PBS akan jadi sama seperti PMR yg akhirnya tiada bezanya dgn SRP apabila pihak sekolah mengambil jalan pintas bagi menjaga prestasi akdemik sekolah.

    PMR telah gagal menjadi alat penilaian yg berkesan apabila guru2 mula mengumpulkan soalan2 ramalan dan pusat2 tuisyen dibuka bagi melatih pelajar teknik menjawab soalan periksa.

    Aspek intelektual dianggap raja segala kejayaan manakala aspek-aspek rohani, jasmani dan emosi dianggap tidak penting padahal ia adalah teras dalam falsafah pendidikan negara.

    Akhirnya apabila terhasil penjenayah pintar barulah kita sedar kesilapan besar kita dalam memberi pendidikan semasa di sekolah lagi. Kita ada beberapa pengalaman ngeri apabila ada pelajar cemerlang SPM menjual maruah di luar negara!

    Apabila semua pihak sudah faham konsep PBS maka kita takkan bimbang lagi dgn PT3. Hal ini kerana keputusan PT3 akan terhasil sendiri apabila PBS dilaksana dengan ikhlas dan amanah.

    Jangan terlalu fikirkan peperiksaan!

    Bagi memastikan PBS dilaksanakan sedemikian maka beberapa instrumen telah disediakan oleh pihak berkenaan.

    Peranan semua pihak amat penting bagi menjayakan PBS. Paling ditakuti ialah jika ada ahli politik yang ambik kesempatan. Mereka mampu mempengaruhi rakyat dan mendesak kerajaan.

    Akhirnya kerajaan yg bimbang terjejas dlm PRU mengambil keputusan kembali pada sistem kuno kita dan usaha pakar2 pendidikan selama berpuluh tahun terkubur begitu shj.
    Jom terjah post menarik dari cheguman ..Khasiat Safron/zaafaranMy Profile

  2. masa zaman aku dan 2 adik aku merasa la PMR ni, PT3 ni rasa macam lagi mencabar je, harap ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan kita
    Jom terjah post menarik dari zack ..Ketahui pelbagai khasiat dan manfaat madu kelulut untuk merawat penyakitMy Profile

  3. Tahun ni tak ada anak yang ambik PMR
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Pengalaman melalui sempadan Jordan ke PalestineMy Profile

  4. Adik saya antara batch yang pertama. hmmm
    Jom terjah post menarik dari profhariz ..Diet Adalah Mengenai Cara BerfikirMy Profile

  5. teringatlah kat PPSMI
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMRMy Profile

  6. mesti intan bagitahu cikgu tak cakap apa-apa pun lagi..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMRMy Profile

  7. tak berapa faham PBS ni huhuhu…
    Jom terjah post menarik dari Farid Laham ..Tingkatkan SEO Dengan YoastMy Profile

  8. tak berapa faham sgt..hehe
    Jom terjah post menarik dari Car Rental Kuala Lumpur ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), MalaysiaMy Profile

  9. Tunggu nanti kesudahannya pada akhir tahun…
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Wordless Wednesday 34 : Tebalnya kabusMy Profile

  10. saya yang dah baca ni pun masih kurang jelas akan sistemnya, hehe
    Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Pulihkan Tumit Pecah Dari Bahan TerbuangMy Profile

  11. Semlm ke sebuah sekolah, jumpa HEM yg muda… mengeluh nak berenti, makin susah jagi cikgu katanya.
    Jom terjah post menarik dari BlogLoriSewa ..Lori Sewa – Lenovo A850 Murah Bertaraf SempurnaMy Profile

  12. Harap perubahan membawa kebaikan buat semua pihak..guru, pelajar dan ibu bapa.
    Jom terjah post menarik dari Ahmad Ijat ..Kembara ke negara orang – satu pengalaman baru.My Profile

  13. Terima kasih kak jie berkongsi. Walaupun anak sya masih kecik, paling kurang dapat tahu apa yg sedang berlaku sekrang…

    moga2 para guru lega dan murid2 akan lebih berjaya…
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Jangan Baca Blog AhmadFaizal.com!My Profile

  14. Perbezaan paling ketara dgn pmr adalah “Pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor”. Menarik juga tu..
    Jom terjah post menarik dari ctfand ..Panduan Persediaan Makanan Bayi 6 BulanMy Profile

  15. Harap perlaksanaan PT3 tidak menghadapi sebarang masalah seperti pelaksanaan BPS sekarang ni….
    Jom terjah post menarik dari Anuar ..Jemputan Menyertai Konvensyen Pakar Bisnes Internet 3My Profile

Trackbacks

  1. […] Cikgu Intan pesan, beli buku yang umum sebab garis panduan mengenai PT3 baru saja keluar dan banyak perkara yang sering berubah-ubah.  Contoh mudah, katanya Peperiksaan Berpusat hanya membabitkan 4 mata pelajaran tetapi sekarang berubah menjadi 6.   Sekejap ada peperiksaan pusat, sekajap tak ada.  Dalam pekeliling siaran media yang saya baca di laman web KPM senarainya ada 9, tiada peperiksaan berpusat.  Cikgu Intan cakap ada. Boleh rujuk di sini -  PMR Diganti PT3 Guna Sistem PBS […]

  2. […] Edit :  Baca entri 19/3/2014 – PMR Diganti PT3 Guna Sistem PBS […]

  3. […] Edit :  Baca entri 19/3/2014 – PMR Diganti PT3 Guna Sistem PBS […]

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam