Popeye’s Louisiana Kitchen @kujie2.com

EDIT 17/7/2013 –

Entri ini dihasilkan pada tahun 2010, sila semak status halal Popeye’s Louisiana Kitchen  di alam web Jakim untuk status semasa.

 

Semalam petang ke Selayang Mall. Cari seluar untuk Intan sebenarnya. Budak umur macam tu susah betul nak dapatkan saiz yang sesuai. Kalau cari di bahagian kanak-kanak, dia dah terlebih besar. Kalau cari di bahagian orang dewasa, dia terkurang kecil. Walau saiz yang sama, jenis fabrik dan paten menyebabkan tak semua boleh dipakai.

Pengalaman dengan 2 anak bujang yang telah dewasa membuktikan, umur anak-anak dalam 11-14 tahun memang agak sukar mencari saiz dan tak banyak pilihan. Bila badan dah ‘tumbuh’ selepas 15 tahun, masalah selesai.

Selepas lebih 1 jam 30 minit dan keluar masuk fitting room 6 kali, akhirnya dapat juga seluar Kiko. Itu pun selepas diselongkar semua timbunan jeans yang ada. Sebelum masuk department Kiko dia dah cakap ” tak nak Kiko, untuk budak-budak” . Macamlah dia dah besar!

” Beli saja yang ni Intan………..ada diskaun 50%” .

Sebelum tu kami singgah makan di Popeyes  – Louisiana Kitchen . Pertama kali memasuki premis makanan segera ini. Itu pun sebab Intan beria-ia sangat bila nampak belon dan decoration yang sesuai dengan mata kanak-kanak.

Kami order set Fish & Shrimp mengandungi potongan ikan, udang, coleslaw, kentang putar, biskut seperti scone dan air. Apa yang membezakan dengan makanan di restoran biasa lain?

Coleslaw dipotong  kasar memanjang bukan berbentuk kiub seperti selalu dimakan di KFC atau McDonald. Kentang putar pasti berbeza. Pertama kali saya melihat dan merasanya dengan sedikit rasa pedas dan ditabur cebisan daging ayam cincang untuk aroma yang lebih harum . Set ini mengandungi biskut yang pada pandangan dan rasa lebih kepasa muffin.  Lebih baik dari bun KFC.

“Intan… tau tak shrimp tu apa?”

“Udang”

“Owh..ye ke? mana Intan tau…mama pun tak tau shrimp tu udang..yang mama tau fish, crab, lobster , octopus, sea lion… hahaha “

Walaupun nampak biasa-biasa, apa salahnya tunjukkan rasa teruja untuk iktiraf  pencapaian pengetahuan am anak-anak, kan?   Soalan dan perbincang an mudah  waktu makan seperti ini buat anak-anak kita lebih berfikir dan mereka akan alert dengan apa yang mereka sedang lakukan  disamping menanamkan perasaan ingin tahu yang positif.

Rasa udang sangat lembut dan saya suka.  Saya seorang yang sensitif tentang rasa seafood.  Saya tidak makan ‘ikan darat’ atau dikenali ikan air tawar kerana rasanya yang hanyir dan pekat.  Udang yang diternak pun saya agak memilih atas faktor bau.  Udang di Popeyes Louisiana Kitchen melepasi piawaian rasa dari pihak saya.

Memandangkan suasana restoran yang selesa dan warna decoration menarik, berat punggung untuk bangun, kami order regular Cajun Fries yang disaluti rempah-rempah mengalahkan french fries biasa yang pernah dimakan. Mesti cuba!

Kemudian datang seorang kakitangan hulurkan kertas dan pen minta saya isi borang kajiselidik. Aikkk…macam tahu saja kami baru pertama kali datang.  Pihak restoran ada scan dan save image setiap pelanggan baru ke?

Seperti borang kajiselidik biasa yang perlu tanda aras bagus, cemerlang, baik atau buruk untuk rasa, perkhidmatan dan akhir sekali untuk kita diminta memberi cadangan atau aduan mengenai restoran tersebut. Tahu apa yang saya tulis di bahagian tersebut?

I will blog it out at www.kujie2.com ( macam hebat sangat kan?:mrgreen: )

Dan entri ini dibuat atas janji tersebut….Harap-harap mereka membaca blog saya hari ini dan komen saya – kekalkan standard dan perkhidmatan Popeyes  Louisiana Kitchen supaya lebih dikenali untuk mereka yang mencari kelainan rasa dari restoran francais biasa.

Yang paling penting sekali, restoran yang dimiliki oleh Grand Companions Sdn Bhd ini mempunyai sijil halal dari Jakim. Saya semak dari laman web www.halal.gov.my .  Tarikh tamat sijil pengesahan produk sehingga April 2012.

p/s – saya pernah makan di Chinese Muslim Food – Aladdin Restaurant , Kelana Jaya tetapi kena tegur dan tidak dibenarkan mengambil gambar. Jadi saya tak preview restoran tersebut. Mereka perlu tahu zaman sekarang, blog juga adalah medium promosi dan pengiklanan yang bagus.  Mustahil gambar makanan boleh mendedahkan rahsia resepi, kan?

©kujie – saya belum cuba ayam  di Popeyes  Louisiana Kitchen – kalau dapat diskaun atau promosi tak salah pergi lagi, kan…:lol:

 

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Popeye’s Louisiana Kitchen @kujie2.com”

  1. saya ada masalah dgn popeyes ,
    mane pulangan duit baju saya..jnji lps resign then pulang baju dpt blik deposite 2?

  2. Macam sedap jer… bosan gak kalau makan mcd dan kfc… tapi apakan daya… kat sini for memang takde..hehehehehe.

    nak cari kfc pun kene mengembara sejauh lebih kurang 20km…kalau mcd, lagi jauh… lebih kurang 50

    nasib orang belajar dekat universiti baru nak bangun….huhuhuhu
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Bicara Hadis – Asas Binaan IslamMy Profile

  3. kujie, itu BISCUIT bukan biskut macam biskut kita kat mesia ni. kat US, biscuits macam roti gitu depa makan. bukan senang nak buat tau. resepinya amat mudah but to get it right kena ada teknik tertentu. even the ones at popeye’s pun tak begitu authntic. kat KFC di us ada buttermik biscuits agi sedap. so kujie janganlan kata biskut tu macam muffin pulak. it’s BISCUITS bukan biskut macam kita kenal kat malaysia ni. the gravy for mashed potato memang lain sebab it’s southern stye. macam coleslawnya rasa berbeza sebab ada sweet relish sekali. menu sebenar ada ‘dirty rice’ ni macam nasi berperisa gitu bukan nasi kotor tau. kujie googlelah dirty rice ni sedap sangat but the one kat US tak leh makan lah tak halal. popeyes punya fries pun sedap kan? actuallynya the biscuits are bigger tapi i guess they wanna untung lebih the biscuit dah jadi cenonet.

    1. Terimakasih atas maklum balas tu- saya makan dan saya rasa – itulah yang saya cakap..mcm muffin sikit2..tak kisahlah apa nama dia. biscuit or cookies.

      macam kt kampung kami, roti tu adalah ” biskut mayat” = biskut empat segi cap pingpong sedangkan kat bandar roti merujuk kepada bread ( roti )

      entri ini tidak dibayar…base dari pengalaman peribadi sendiri.

      mungkin lidah kita berbeza…hehehehe….

  4. Terliur saya tengok gamabr tu kak jie . dah la saya belum makan . hehe 🙂

    saya baca kak jie cerita , macam sedap je . saya suka seafood ! 🙂

  5. alamak.. apasal tak nmpk sume gmbr ni kak jie??

    .
    .

    takpe… bygkan sendiri je la.. ;D

    lepas baca entri kak jie ni baru sy tak ragu2 nak masuk popeye lepas ni.. err.. sy ni klu ‘kedai baru’ mulala was-was nak masuk..

    😀

  6. kak kujie, selayang mall sudah dekat dengan rumah saya! seketika jarak kita mesti dah dekat sangat semalam kan!
    baru sahaja pindah di kawasan selayang! pernah jalan2 tengok popeye ini! tapi tak pernah nak rasa, sebab musykil halal ke tak..
    lepas baca ini, boleh la kami singgah nanti!

    kak kujie pun sama cam mama saya yang tak makan ikan darat! hehehe..

    nanti kalau saya pergi kesana nak tulis komen camni : “recomended by blog http://www.kujie2.com

    hahahaha… tq..
    Jom terjah post menarik dari kella ..Isnin IniMy Profile

  7. First time nampak simbol popeye tu (dah lama tak jalan-jalan cari makan… uhuhu), tak banyak lagi erk cawangan dia? ke kat selayang mall tu yang pertama?
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..DIY- Rak kayuMy Profile

  8. salam kak jie, lamanya tak tinggal komen kat sini :mrgreen:

    saya pernah sekali je makan kat popeye ni tapi bukan kat sini, kat airport Hong Kong. sebabnya, dia ada sijil halal. outlet kat HK bersijil halal, memang kagum dan bagus betul!
    Jom terjah post menarik dari haida_s ..of the Twilight sagaMy Profile

  9. pernah makan gak popeye gak masa screening nuffnang di e-curve. Pada saya, mash potato dia best. Sedap sikit dari KFC sebab ada spicy taste..lada hitam barangkali.

    Ayam dia pun berbeza..crispy dan tidak berminyak sangat. Mungkin KFC dah selalu makan, itu yang rasa muak kadang-kadang.

    pelik juga ada tempat makan yang tak bagi ambil gambar..bukan nak stalk orang pun kan? hehehe rugi restoren Aladdin tu..melepas satu review di blog kak jie.. 😀
    Jom terjah post menarik dari Faizal @ FTN ..Siapa Juara Mentor Sebenarnya Mohd atau Ziana ZainMy Profile

  10. saya suka bun di Popeye ni.first time merasa popeye di Wangsa Walk , Wangsa Maju.bila balik selayang last month , tak sangka kat selayang mall pon dah ada.bagusss..

Comments are closed.