Prinsip Tekanan Tanpa Tekanan

Amaran : Gambar blur mengigil², jangan betulkan komputer anda.

Saya beli printer modified ni masa PC Fair kat KLCC yang tak berapa nak fair pun beberapa bulan sudah. Sebenarnya dah lama bercadang nak beli masa jumpa kat Digital Mall dulu tapi dok nantilah…. nantilah… nantilah… Bukan mahal mana pun.

Kat rumah saya ada printer HP Deskjet All in One yang boleh print dan scan sekali. Masalahnya harga set ink cartridge dia bukannya murah. Tak sesuai untuk kegunaan low resolution anak-anak scan dan print kerja sekolah mereka.

printer modified canon

Printer modified ini mudah dan murah . Nak refill ink cuma di bahagian luar dan harga sebotol ink berharga antara RM 7-8 saja.

Selepas 5-10 kali print, mulalah timbul masalah. Warna pada kertas yang dicetak dah tak seimbang. Kejap kelabu kejap terang.

Habislah………. kalaulah rosak, nak buat apa? . Nak hantar pergi repair pun saya dah tak ingat alamat kedai. Cari resit pun tak jumpa.

Disebabkan saya cuma print sesekali, tiap kali print , ok  .  Tetapi masalah kelabu asap semua tu terjadi bila saya print dalam kuantiti yang banyak.  Kali pertaman cetak, cantik… bila masuk cetakan ke tiga ke empat hasilnya bergaris tak seimbang warnanya.

Saya bukan berani nak sentuh benda² gini… penakut  tanpa sebab dari genatik sapa tatau.

Nak dijadikan cerita, awal minggu ini saya ditag oleh bapa Amirul Amin mengenai entri dia tentang prinsip tekanan. Entah apalah kelas fizik nak diajar kat surirumah lewat usia ni….

Sekali bila saya baca entri dia, rupanya kami mengalami masalah serupa. Bezanya dia telah pun temui jawapan kepada persoalan.  Kenalah akui, lelaki memang biasanya panjang akal dan langkahnya.

Pemenuan terhebat abad ini sehingga kalau saya ada kuasa untuk vote, saya  mahu  beliau dianugerahkan Nobel Prize.

dakwat kering printer modified canon

Ikuti langkah yang diajar , bila dibuka penutup depan printer, terserlah punca masalah yang membiolkan kepala sebulan dua ini. Jelas pada saluran ink dari botol toner ke printer ada banyak gelembung gelembung udara.

Dalam gambar tu hanya nampak bahagian depan,  saluran  yang dibahagian dalam terus kering kontang.  Dakwat  tak sampai pun ke sana , habis ditengah jalan.

Pasai pa ni….? pasai pa ni ?

Penemuan yang merubah evolusi printer modified yang telah ditemui oleh Encik Azman Ishak memberikan jawapannya.

 

ink cartridge printer

Semasa membeli printer ini, jurujual beritahu ‘ kalau nak print, buka penutup kecil dan kalau nak isi semula ink, buka penutup besar ‘

Rupa-rupanya prinsip yang diajar jurujual tersebut salah! Tidak betul sama sekali ! Dibangkang sepenuhnya!

Cuba perhatikan gambar botol ink yang dilukis oleh Encik Azman Ishak di atas.  Penutup kecil berada di ruang kedap udara, kalau dibuka waktu kita print, tak adalah ruang kedap  udara yang  akan memberi tekanan kepada dakwat untuk disalurkan ke printer.

Sepatutnya bahagian penutup yang lebih besar itu perlu dibuka, maka akan ada tekanan di situ yang akan menolak dakwat ke printer.

Awal pagi tadi, bertukanglah saya membaiki printer tersebut.  Jam 6.30 pagi Angah nak print jadual waktu kelas sebelum ke kolej.

Supermom mesti pandai buat apa saja!

printer modified canon

Jangan lupa, longgarkan dulu grip supaya dakwat dapat flow dengan baik sewaktu proses nyah gelembung.

Saya buka printer, longgarkan grip yang dipasang pada saluran dakwat , buka penutup lubang paling besar dan buat printing maintenance untuk discharge bubble yang terdapat di dalam salur dakwat.

hasil printer modified

Memandangkan bukan kepakaran saya dalam bidang ini , hanya berkonsepkan trial and error maka beberapa helai kertas dikorbankan menjadi tikus makmal untuk ujikaji ini… akhirnya berjaya dengan segaknya!

Walaupun tangan comot dengan sisa dakwat, hati rasa puas macam dapat bonus 6 bulan. ( Mana ceruklah nak dapat bonusnya kalau kerja sebagai surirumah tangga ni… )

Mungkin ada pembeli printer modified lain yang mengalami masalah ini dan tak pasal-pasal kena bawa printer semula ke kedai untuk dibaiki.  Sebelum buang masa dan kena bayar untuk perkara yang ‘salah ajar‘ buatlah pemeriksaan sendiri di rumah.

Sekarang printer saya dah kembali beroperasi dengan anggunnya….. yeh!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Terima kasih….sesanggattt….banyakmembantu

  2. salamm

  3. Salam dari orang Brunei. Terima kasih banyak banyak!! sikit lagi saya nak beli ink cartridge baru. Saya call kedai tempat saya beli printer, ajaran dia pun salah, balik2x saya call masih masalah yang sama.Saya benar benar berterima kasih dengan info yang sangat berharga ini. Selamat Hari Raya ^_^

  4. syuhada says:

    salam….saya guna printer hp 2050….macam nk selesaikan msalah dakwat mengelembung….sy dah buat teknik2 tpi still problem…

  5. terima kasih!!!! saya dah frust nak lontar printer i balik ke kedai…sebelum baling,i tgk salur dia,pelik i dibuat..sbb yg salur ke bahagian kita tutup bukan yg buka… lps tu,dpt cari page ni… i sungguh pelik,tak kan kedai tu tak tau,atau sengaja?

  6. TQ ! betol2 menjadi… kat rumah sniri xguna ink mcm ni.. then bila ofis guna ink mcm ni. Bila print yg kaler je…jd mcm suram…wrna biru2 mcm tu… then tgk tips ni.. tanpa buang masa..terus buat.. Tapi….Tangan dgn kuku la jd mangsa kaler… HAHAHAH.. memang betol2 menjadi!!! tetbe jd bangga jap,sbb buat sniri kan.. 😛
    Jom terjah post menarik dari NazirahEhsna ..Drama Babai Sticker PMy Profile

  7. wah kak jie bleh jadi saintis da ni..
    Jom terjah post menarik dari Naziman ..Cara buang facebook timeline jadi profile lamaMy Profile

  8. Wah…mmg betul2 supermom =)

    Kalau camni, mmg boleh byk jimat.

    p/s-nampaknya, penjual tu hanya hafal teori jer kot?hehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday #6: Transformers Bumblebee 999My Profile

  9. wah, hebatnya kak jie. leh jadi juruteknik komputer ni kak jie. teringat plak printer tinggal kat umah member tak ambik-ambik lg. ades
    Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Kelayakan Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1MalaysiaMy Profile

  10. salam kak jie ,

    printer saya masih tk berfungsi dari beli sampai sekarang dah dekat setahun tp pandai satu , nak try dan error mcm tk berminat je ..

    tabik kat kak kujie
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Menu : Ikan Pari BakarMy Profile

  11. owh..baru tahu..hehehe..saya pakai printer macam ni jugak..
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Khasiat Madu KelulutMy Profile

  12. Terbaik la kak… vote for kak jie
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..JoharaMy Profile

  13. bagus la kak jie, printer canon saya dah brp bulan tak diguna. dakwat ada, bila on printer kertasnya tak keluar plak. last-last masuk kotak balik. huhu
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Bintang Yang BerguguranMy Profile

  14. masalah ni selalu jadi kat student2 cam kitorang.. pakai C.I.S.S ni memang jarang printer tahan lama..
    better beli printer brand Brothers tak pun laser jet yang kecik.. tapi ada member saya beli HP pnye printer agak murah original ink dan kuantiti banyak.. kalau pakai ink original biasanya berapa kerat je lah notes leh print out.. tak masuk report lab dan segala macam lagi..
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..Jom Sertai Kem Jambori Remaja Islam 2012My Profile

  15. saya pun pakai canon all in one kak jie tapi warna kelabu…bab ink memang tekanan
    Jom terjah post menarik dari azura ..Sembang-sembang soal pernikahan dan majlis perkahwinanMy Profile

  16. Sobri Mansor says:

    Wife ada pasang cartridge refill ni dekat kedai baru-baru ni. Masa print dekat kedai memang tiptop, cantik dan warna memang superb. Tapi bila masuk hari ketiga, dia buat hal. Saya yang jadi mangsa kena bawak printer tu ke kedai. Technician tu cakap, masalah kecik jer. Terus saya marah bila dia cakap macam tu. Pada dia takpe la. Dah pasang dan dah ubah suai printer saya. Tapi bila problem, saya yang kena datang ulang alik ke kedai. Nasib baik dekat. Bila sampai dekat kedai, terus saya suruh dia buat sampai ok. last-last sama jugak problem yang jadi. Skang ni, malas dah nak repair dah. Buang masa. Terpaksa pergi ke cyber cafe kalau nak print dokumen ….
    Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..Jangan kencing dekat sini la dowh!!!!My Profile

  17. Ibu Mifzal Arsyad says:

    terima kasih kak jie..sy pun bermasalah dgn printer modified ni..dakwat x mau keluar..huhu akan sy cuba prinsip tekanan ni..thanks…hehe
    Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Pencapaian Blog Keluarga Mifzal Arsyad™ Bagi Tahun 2011My Profile

  18. kat sekolah pun guna printing macam ni. hehe..
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) – Sekolah MenengahMy Profile

  19. sebab tu la paih ragu2 kalau kedai komputer ni bagi ilmu..takut ilmu salah..bukan apa..diorang nak untung..kalau rosak automatik kita pergi baiki kat tempat diorang kan..bukan nak salahkan kedai komputer tu..hehe..cuma takut terjadi seperti kak jie jugak la..

    dan lagi satu, orang cakap kalau pakai printer ni jangan kerap berubah tempat, tak pasti kenapa..mungkin takut2 wayar yang menyambung dengan catridge belah luar tu nanti longgar..
    Jom terjah post menarik dari paihujey ..Pandu Selamat Jiwa SelamatMy Profile

  20. tersenyum sendiri baca entri ni..memang beri kepuasan pd diri sendiri kalau kita dapat selesaikan satu2 masalah…
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Rumah Wardina Safiyyah Kena RompakMy Profile

  21. hehehe…terer kak jie memomenkan printer tu…

    jurujual bukan semua tahu…
    Jom terjah post menarik dari jedi ..Maafkan Aku Duhai KAMUMy Profile

  22. masalah bubble ni memang selalu berlaku disebabkan oleh perubahan tekanan. Ye lah tekanan atmosfera berubah jadi tindakan kapilari oleh tiub juga menerima kesan… sebab tu sekarang diorang mula pakai damper… tapi kat malaysia macam tak popular lagi…hehehe

    dulu pakai camni gak… tapi dapat printer free, terpaksa jadi doktor bedah dan pakar anestetik… cucuk dan suntik dakwat…heheheeh sebab dakwat satu2, dan tank dia gelap je… ada tingkap kecik je…(model dakwat cli-725/726)
    Jom terjah post menarik dari norzikri ..Hari ini macam macam dapat…My Profile

  23. ha ha ha…boleh la print gambar bebenyak nanti.

  24. Saya belum lagi membuat modifikasi printer Canon saya sebab tidak ada keperluan lagi mungkin bila anak sudah memerlukan tugasan untuk mengunakan printer baru buat modifikasi tambah tangki ink.

    Kalau ada masalah “air bubble” tahulah mana hendak godek nanti. 🙂

  25. mohd firhan jasni says:

    tahniah kak. bukan semua orang tau pasal teknikal printer ni.

  26. Atleast Kak Jie berani juga try and error.Kalau tak, bawak kedai la jawabnya…duit lagi..boleh jadi rujukan masa hadapan…thanks Pakcik Krugger siap dgn gambar rajah sekali!
    Jom terjah post menarik dari Azman ..Diskaun saman trafik DBKLMy Profile

  27. tak terfikir plk bab2 tekanan ni…tq for sharing.saya pun guna printer jenis modified ni & tgh jem sb saya pandai2 dok kelebek.asalnya kaler merah yg blocked…la ni langsung semua sangkut…hehe..kena pi kedai jugakla nampaknya…udah nak on pun tak buleh….
    Jom terjah post menarik dari ieda ..PHUKET-KRABI-HADYAI…..DAY 4 & 5My Profile

  28. Terima kasih k.jie kongsi entri ni…fuhhh terasa settle masalah ni…walaupun tak try lagi buat…hehehe..

    p/s tetiba terasa syok pulak taip dengan font ni..
    Jom terjah post menarik dari cikmin ..Menaip Tak Serupa BikinMy Profile

    • wahh… lepas ni cik min pula nak trial and error dgn tikus makmal…

      insyaallah… lepas dah dibaiki, keadaan kembali pulih

  29. simpan siap2 tutorial ni.. mana tau nak pakai satu masa nanti!

    memang supermomlah kak jie
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..BR1MMy Profile

  30. tahniah kak jie..
    maza ada printer yg seusia dgn anak kedua kami (6 thn). Tetapi jenama Canon Pixma. Dulu2 jarang juga memakainya, kadang2 kering begitu sahaja ink yg dimodified itu.

    pada satu hari nan berbahagia maka kejadian tersentap pun berlakulah. Sama seperti yg berlaku pd kak jie. Dah macam try & error dilakukan, hanya seketika shj berjaya, kemudian ia meragam.

    Kaedah penyelesaian: “Eh Darling kan dapat bantuan gomen utk print kan? Apa kata lepas ni, dgn duit subsidi tu kita beli aje cartridge yg original. Tentulah masalah ni tak datang. Lagi pun gomen bagi duit utk buat bendalah ni kan kan kan”

    Selepas membeli catridge original yg harga mahal kedabak itew, masalah kami selesai. Tapi terpaksalah menarik kain pelekat ketat sikit, sbb duit jajan kena potong.. ahaks.. lalalala.. hehehehe

    ***baru-baru ini duit subsidi printer diberhentikan seketika hingga ke tahun depan pula. Jawabnya, kami terpaksa gunakan kaedah ‘modified ink’ semula.. huhuhuhu…

    dgn ada entry kak jie ini, pastinya amat berguna.. ahaks.. lalalala
    Jom terjah post menarik dari maza ..BR1M: Menyosal tak sudahMy Profile

    • tu dia pakcik……….. buka segala cerita pasai printer
      canon primax tu pun ada, masalah nya nak beli cartridge tu yang semput
      mahal sgt tak berbaloi pasai kami cuma print benda2 mudah utk kegunaan peribadi saja

      printer ni rm 160 saja…ink mudah isi, murah boleh beli merata2

      rupanya jurujual pula yg bermasalah… ajar benda salah.

  31. iza~de~bintang says:

    Tengok tajuk tadi..ingatkan pasai pa kak jie dok tertekan nih.. rupa2nya pasai printer.
    Cayalah Kak Jie…siap ada tutorial nak hadapi problem cam nih.

  32. saya pun baru nak modified printer saya jadi macam tu sebab nak reduce cost beli ink..

    terima kasih kak jie bagi info ni..sangat membantu saya bila dah guna nanti..malas nak usung printer besar dabak tu ke hulu ke hilir hanya sebab ink..

    • masa pi beli nanti, kalau jurujual tu ajar benda salah
      dia suruh buka yg kecik……….tolong ajar jurujual tu prinsip tekanan udara yang betul ye

  33. bhahahaah woooo dah berjaya ye? panjang lebar betul penerangan. kalau lepas ni orang tak paham jugak tak tau la. nampaknye memang teknik orang nak melaris perinter modified ni memang dengan menipu prinsip tekanan kan… saya tengok ramai kawan-kawan alami masalah yang sama.

    Owh ye… lepas print jangan lupe tutup balik botol tu.. nanti dakwat tersejat plak. dakwat tu minyak pencair dia agak sikit kuantiti.. so dia cepat kering.

    alhamdulillah.. tak sesia tangan saya kotor dan fakta tesis yang di buat dapat anugerah.. hahaha… owh by the way.. template dah siap.. moh la singgah nengokkan ye.. sila komen mana yang perlu diperbaiki sebelum saya release. tq
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Sedang merangka thema untuk photo-blogMy Profile

    • hahahaha…….. lepas buat benda alah menjadi
      seronok mcm nak joget²
      pagi2 buta pula tu…………permulaan hari yang baik walaupun sebenarnya tgh sakit gigi ni

      tatau bape ramai yg kena kelentong dgn jurujual tu…

  34. ohoh sy tahu printer ink nie….sy pun ingat nak buat akak…..good tips!
    Jom terjah post menarik dari meriahceria ..Sharing Info about BreastfeedingMy Profile

    • ramai dh pakai printer ni….sebenarnya tak ada masalah pun
      masalah timbul lepas diajar secara salah masa nak print tu