Rakyat Malaysia Pertama Menang IWA Young Water Professional Award

 

dr norhayati abdullah winner young water professional 2012

 

Tahniah untuk Dr Norhayati Abdullah yang memenangi Anugerah Young Water Professional 2012 dari International Water Association (IWA) di IWA Water World Congress & Ehibition yang berlangsung di Busan, Korea . Anugerah ini diberikan untuk mengiktiraf profesional yang berusia di bawah umur 35 tahun, yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam penyelidikan atau akademik di dalam industri air.

Dr Norhayati ini adalah kakak kepada isteri Mijie, Nurul.  Mereka sekeluarga adalah rakan blogger yang paling kerap saya keluar bersama.  Baca entri  Hubungan Blogger Di Luar Talian dan  Janji Ditepati Di Nelayan Titiwangsa

Sambil bersembang di group Whatsapp , sambil  bercerita dan menonton youtube Shila Amzah yang diumumkan sebagai juara pertandingan Asian Wave Competition 2012 di Shanghai, tergerak hati untuk berkongsi satu lagi kejayaan yang patut dibanggakan oleh kita semua.

p/s –  Shila nyanyi lagu Mandrin Forever Love tu memang superb.

Dr Norhayati ialah seorang pensyarah di Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan , UTM Skudai berumur 32 tahun.  Suami beliau , Dr. Muhamad Ali Muhammad Yuzir juga pensyarah di universiti sama. Beliau mempunyai 2 orang anak dan sekarang sedang mengandung 5 bulan.

Beliau  pernah membentangkan penyelidikan di House of Commons London atau seperti  Dewan Rakyat di Malaysia.

rujukan : Malaysian First IWA Young Water Professional Award Winner

fahim dan maklong

Fahim dan Mak Long.  Tahniah Dr Norhayati.  Kejayaan yang membanggakan!

Gambar- gambar  di email oleh Mijie sendiri.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Hebat sekali beliau ini, bisa membanggakan negara dan membawa harum bangsa di kancah dunia
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Toilet Motor, Motor Ramah Lingkungan berbahan bakar Limbah dan KotoranMy Profile

  2. Tahniah buat rakyat malaysia sorg ni..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Wordless Wednesday #27 – Usah Di Kenang Barang Yang LamaMy Profile

  3. Hebat dan Tahniah diucapkkan kepada Dr. Norhayati … Semoga lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengharumkan nama negara … Tidak kira apa jua bidang yang diceburi ….
    Jom terjah post menarik dari Zanaa Sensei ..Al-Fatihah buat sahabatMy Profile

  4. Selamay ya atas pencapaiannya 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nurlaila ..Tentang Ayam dan Jenis AyamMy Profile

  5. tahniah kepada beliau kerana mengharumkan nama negara~
    Jom terjah post menarik dari donnyien ..Lee Chong Wei Juara Terbuka Jepun 2012My Profile

  6. Pencapaian yang hebat… tahniah diucapkan kepada Dr Norhayati Abdullah, semoga lebih banyak kejayaan demi kejayaan yang akan dicapai.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Perancangan dan impian yang ingin dicapaiMy Profile

  7. hebat dr hayati ni.. tahniah juga.
    Jom terjah post menarik dari muazfaris ..Video Tutorial WordPress SEO paling mudahMy Profile

  8. tahniah…wanita skrang banyak yg hebat2
    Jom terjah post menarik dari Faizal ..Buat Jahat Untuk Berjaya?My Profile

  9. Tahniah kerana mengharumkan nama negara.
    Jom terjah post menarik dari Naziman ..Tujuan blogging dan pengalaman sebagai Blogger MalaysiaMy Profile

  10. Fahim panggil mak long dia “mama long” dan tadi masa hantar mama long dia dkt airport menangis2 nak ikut naik kapal terbang huhu, nasib baik pujuk pergi McD baru senyap lepas dapat mainan

    Apa2 sebagai adik ipar turut tumpang berbangga dengan dr nohayati, tahniah along dan semoga terus maju

    p/s: buka youtube cari video forever love shila hamzah
    Jom terjah post menarik dari Mijie ..Beraya bersama rakan bloggerMy Profile

  11. so…. bila agaknya tergerak nak buka perniagaan yang berteraskan sumber air?

Trackbacks

  1. Pensyarah Muda tempah kejayaan dalam industri air di Korea | Mawar Merah says:

    […] juga Kak Long siapkan entri berantai (bak kata Puan Bee dalam gossip whatApp walaupun selepas Puan Kujie dan Puan Bee. This entry was posted in Ceritaku and tagged Asian Wave 2012, Dr Norhayati […]

  2. […] Rujukan 2 : Rakyat Malaysia Pertama Menang IWA Young Water Professional Award […]