Salam AidilAdha Dari Algeria

Hari ini 16 hb november 2010 adalah hari raya aidul adha di Algeria.  Ianya sehari lebih awal di sambut berbanding di Malaysia.

Diri segi geografi ,Malaysia adalah 7 jam awal dari Algeria tetapi jika Malaysia menyambut raya pada hari yang sama dgn Algeria ……. Malaysia telah mendahului raya berbanding Mekah. Jadi Algeria menuruti Mekah yang kemudian barulah dituruti Malaysia.

Di Algeria…..warganya membuat persiapan awal dengan cuba mendapatkan kambing jantan (korban) dengan harga serendah mungkin. Sama ada terus dari ladang atau ditempat2 tertentu  tumpuan ramai. Agak mahal harganya…dalam lingkungan rm 1000 hingga Rm1700 (25000da -35000da).

Tidak seperti Malaysia…kambing biri2 jantan menjadi pilihan utama berbanding lembu atau kambing biasa.

Mereka tidak sekadar menjual di ladang…..malah mempamirkan kambing di tempat tumpuan ramai seperti di kawsan letak kereta berhampiran pasar atau di persimpangan jalan yang agak sibuk.

Di Costantine (Al khroub)terdapat pasar minggu besar pada hari Jumaat. Ianya merupakan tumpuan peladang dan peniaga untuk menjual ternakan korban mereka. Pasar terbuka (pasar pagi) seluas 4 padang bola ada menjual bermacam2 barangan dari sekecil skru hingga sebesar lembu korban. Malah pada minggu lepas ada seekor unta yang dipamirkan untuk jualan.

Pemilik baru kambing amat menyayangi kambing mereka. Malah kanak2 sering kelihatan membawa kambing bersiaran di kawasan kediaman. Yang menghairankan…kambing tersebut di bawa berjalan2 seperti membawa binatang kesayangan (pet) dan kambing itu patuh seperti telah kenal  lama tuan barunya (gembira akan pergi syurga ….kot).

Malah si ayah tidak menghiraukan bau “wangi”kambing untuk mengkudakan kambingnya.   Ada orang malaysia buat begitu?

Sembelih kat mana?  Kat leherlah… itu teka teki waktu hingusan.  Mereka menyembelih kambing di mana saja tanpa masalah langsung.Tepi jalan ….tepi rumah flet….semua itu tak jadi masalah.

Depan tangga…Laluan masuk rumah flet 5 tingkat pun mereka boleh lakukan tanpa ada masalah.

Jika terdesak sangat….dalam rumah pun boleh sembelih…….ADA BERANI KA……….?  Jawap pakcik jawab.

Yang menarik nya….kambing tersebut akan dibiarkan bergantung semalaman untuk ditoskan air di dalam daging.

Tak rosak ke? Lalat tak bertelur ke? Jawapannya……… ada di Catatan Pengembara – Travelog Dari Algeria

About Ann

Panggil saja Abang Ann . Suami kepada puan pemilik blog. Sekarang bertugas di Hulu Terengganu.

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. erkk..uniknye..dalam umah pun leh sembelih jugak..pelik tul..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikbelog ..Kisah Cinta syyhh Uncle Seekers dan Bekas Permaisuri Agong Aisyah- BENAR atau PALSU My Profile

  2. biar betul.sembelih kat mana-mana dan je.haru biru.hehehe
    Jom terjah post menarik dari nasfachocolate ..Khasiat kokoMy Profile

  3. betul tu bro.. nampak mcm best je..
    Jom terjah post menarik dari RedBoys ..Flash Banner Percuma Sempena Aidil AdhaMy Profile

  4. fuhh, so informative. jeles jugak tgk org duduk kt negara org. terperap kt malaysia jer x best gak
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Nilai Minima Tabung Kecemasan Salam Aidiladha 1431My Profile

  5. seronoknya berada diperantuan sebab dapat belajar sesuatu yang baru
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Selamat hari raya aidiladha untuk semuaMy Profile

  6. macam nak pergi sana je beraya!
    Jom terjah post menarik dari joegrimjow ..Erti pengorbanan dari seorang non-muslimMy Profile

  7. hehe. sama lah kat sini bri, tertutup je.
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Yahoo Messanger memperkenalkan integrasi chatting dengan rakan di FacebookMy Profile

  8. Owh, thanks.
    Taktau pulak ada macam tu.
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Yahoo Messanger memperkenalkan integrasi chatting dengan rakan di FacebookMy Profile

  9. serious.. maza ni jenis yg tak boleh tengok binatang yang kenea sembelih… kalau makan laju jer..hehehe :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    kata org hidustan ‘seriau’ gitew..
    mcm ngeri jerk, seolah2 di leher sendiri diletakkan pisau kemudian dihiris-hiris.. alahaii..

    tu lah.. entah macam lah maza mahu mengorbankan kambing sendiri jika di tanah suci Mekah nanti.. huhuhu
    Jom terjah post menarik dari maza ..Majlis Konvokesyen NasrunMy Profile

  10. sebabnya…ada tertulis pada awal entry….kita tak boleh raya mendahului mekah….jadi kiraan nya dari mekah ke arah barat.tq
    Jom terjah post menarik dari ann ..Korban D’AlgeriaMy Profile

  11. macam-macam tempat sembelih kat sane yer?
    Jom terjah post menarik dari cik yam ..Edar Dadah – Kontraktor ke Tali GantungMy Profile

  12. pehh, dalam rumah pun jadi..

  13. Amir Said says:

    menarik. saya sambut Aidiladha semalam, sehari awal berbanding Malaysia. kat sini xde sembelih2 sbb undang2 kt sini x membenarkan aktiviti sembelih dilakukan. kalau ada pun kn dptkan lesen dan dibuat secara tertutup. biasanya org korban kambing atau lamb.. xde lembu..
    Jom terjah post menarik dari Amir Said ..5 Pulau Tercantik di MalaysiaMy Profile

  14. bestnya hidup di perantauan..rasa nak kuar dari Malaysia yang semakin tak aman ni..setiap hari ada tetak menetak..huhu 🙄
    Jom terjah post menarik dari adel ..Touching Story- Are You The Eraser or PencilMy Profile

  15. hehe.. seronok pulak membaca pengalaman di negeri orang..

    kalau kat malaysia sungguh2 buat lubang, kat sana rileks jer.. huhu..
    Jom terjah post menarik dari menteil ..Mahalnya Ucapan Terima KasihMy Profile

  16. Salam perantauan dari kanada 😀

    Kalau ikutkan sepatutnya raya lambat 24 jam dari malaysia, tapi taktau kenapa, raya korban sehari awal epulak.

    – Berbeza kat sini, dengar2 korban tak boleh dilakukan secara terbuka. Maklumlah, negara Barat.
    Jom terjah post menarik dari Affan ..3 kelebihan Hotmail yang mungkin anda tidak tahuMy Profile

  17. tak sangka dalam rumah pun boleh sembelih .. kalau kat malaysia la .. mau kena jerit dgn org kampung .. “ehh .. gile pa mamat tu sembelih dlm rumah” =)
    Jom terjah post menarik dari anastasyea ..Cerita Uncle Seekers Dengan Bekas Permaisuri Aisyah Betul keMy Profile