Sejarah Nama Si Blonde Natalia Orenovna Remie
Pengetahuan Am

Sejarah Nama Si Blonde Natalia Orenovna Remie

Inilah kucing blonde saya namanya Natalia Orenovna Remie. Nama macam Rusia sangat, kan?

blonde Natalia Orenovna Remie

 

natalia

Memang pengaruh Rusia pun.  Natalia adalah nama untuk bintang Rusia yang paling top di Internet sekarang iaitu Natalia Vladimirovna Poklonskaya seorang wantia yang menjadi Peguam Negara di Rusia.

Populariti Natalia yang berambut blonde bermata biru itu telah mendorong komuniti permainan di Jepun untuk membangunkan anime Natalia. Video sidang akhbar yang diadakan oleh Natalia telah diretweet lebih 10,000 kali walaupun hakikatnya ramai yang tidak memahami bahasa yang dipertuturkan.

Bukan main canggih lagi nama untuk seekor anak kucing!

 

Berbalik kepada nama, ada sedikit pengetahuan am yang ingin saya berkongsi mengenai tatacara nama orang Rusia.  Budaya kita , nama hanya mempunyai 2 bahagian, iaitu nama diri sendiri dan nama bapa. Berbeza di kawasan Eropah dan beberapa bahagian dunia lain. Pada masa dahulu, orang tidak mempunyai keperluan untuk mengekalkan nama keluarga tanda asal keturunan tetapi apabila manusia semakin berkembang mereka cuba mencari jalan untuk membezakan dari orang lain dengan nama kedua.

Contoh zaman pertemngahan Itali, ada yang mempunyai nama seperti Paolo di Pietro di Benedetto d’Alberto yang membawa maksud Paul anak kepada Peter, cucu kepada Benedict dan cicit Albert.

Nama orang Rusia boleh dikenali jantina dan anak siapa daripada nama tengah.  Nama tengah mewakili jantina seorang anak kepada nama bapanya.  Anak lelaki biasanya berakhir dengan ovich atau evich .  Anak perempuan biasanya berakhir dengan ovna atau evna . Nama pengenalan orang  Rusia dibentuk dengan menggabungkan nama pertama bapa dengan akhiran yang sesuai mengikut jantina.

Contoh mudah nama anak kucing saya –  Natalia Orenovna Remie.  Natalia adalah nama kucing tersebut, Oren adalah nama bapa dan menjadi Orenovna kerana kucing ini betina. Remie adalah nama keturunan apabila nama ibu Natalia ialah Julie Remie.

Ovich atau Evich merujuk kepada ‘bin’ dan Ovna atau Evna merujuk kepada ‘binti’ dalam struktur nama kita orang Melayu.

Antara beberapa contoh nama Rusia yang popular :

Anna Sergeyevna Kournikova
Roman Arkadyevich Abramovich
Maria Yuryevna Sharapova
Maria Yuryevna Sharapova
Natalia Vladimirovna Poklonskaya
Vladimir Vladimirovich Putin

anak kucing tumpang susu

Natalia bersama adik beradik susuan ( anak angkat Julie )

Nota : perkara ini mungkin hal biasa-biasa bagi orang lain yang tahu, tetapi saya sangat gembira bila mengetahui sesuatu yang baru biarpun tidaklah mengubah kehidupan saya keseluruhannya.  Paling gembira kerana pegetahuan am ini saya dapat dari anak sendiri, Angah!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Sejarah Nama Si Blonde Natalia Orenovna Remie

  1. Get a professional septic tank cleaning service to clean and empty the tank at affordable cost.
    There are also some requirements to meet, such as enough space and soil.
    Our highly trained, fully qualified team of technicians are committed to excellence.
    Jom terjah post menarik dari Samira ..SamiraMy Profile

  2. Fuyooooohhhh…dulu nama kucing stakat belang, comel,tompok, kuning…paling terkujat ada kawan bg nama kucing dia shah rukh khan, amir khan & salman khan sebab gila hindustan…ni nama rusia plak..tergeliat lidah but nice..kucing mmg sgt cute!!
    Jom terjah post menarik dari maz jamal ..Ketahui Bahaya Serangan Asma Semasa HamilMy Profile

Comments are closed.