Semak Tawaran Matrikulasi Dan Cara Membuat Rayuan Matrikulasi

semak keputusan matrikulasi kpm

Angah berjaya ke Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia .ย  Sekarang ada 2 pilihan sama ada ke Kursus Asas Sains dan Teknologi Kolej MARA Kuala Nerang atau Matrikulasi KPM.

  1. Pilihan KM Kuala Nerang, selepas matrikulasi telah menentukan kos yang akan diambil pada peringkat ijazah. ( Bachelor of Aviation Management (Hons) di UniKL Miat )
  2. Pilihan Matrikulasi KPM, selepas setahun bergantung kepada keputusan pengajian.

Untuk menyemak keputusan tawaran Matrikulasi KPM :-

  • Login – http://www.moe.gov.my/ – Klik – SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013.
  • atau http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) melalui internet boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my bermula 25 April 2012.

Pemohon yang membuat semakan dan BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya.

Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar.

Cara Buat Rayuan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012.

Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan.

Yuran Pendaftaran Program Matrikulasi.

1. Program Satu Tahun
– Sains/Teknikal – RM 550.00
– Perakaunan – RM 480.00

2. Program Dua Tahun
– RM 550.00 (tahun pertama)
– RM 290.00 (tahun kedua)

3. Program Satu Tahun di Kolej MARA
– Sains – RM 500.00
– Perakaunan – RM 500.00

Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.

Semoga berjaya anakยฒ.

Nota Penting:

Matrikulasi KPM yang akan diumumkan pada 25 April ini oleh Kementerian Pelajaran dan Program Asasi IPTA, Diploma IPTA dan Diploma Politeknik Premier akan diumumkan pada minggu pertama bulan Mei adalah dua tawaran yang berbeza.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. azrinhusna says:

    macam mana kalau saya tak isi result spm untuk permohonan ke matrik, masih kah saya berpeluang untuk belajar di matrik?

  2. shalinda says:

    tahniah dapat tawaran matriks tu .

    sila lah lawat blog saya ๐Ÿ™‚
    Jom terjah post menarik dari shalinda ..Ketenangan Hati โ™ฅMy Profile

  3. dulu smpt masuk skjp dlm sebulan lebih ke Matrik Perlis sblom dpt offer JPA utk ke Shah Alam.
    sempat gk la merasa life di Matrik apatah lagi first time di dunia luar yg kena bergaul laki perempuan. maklumlah dulu skolah laki semo. huhu.
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..Set Meja Makan Boleh Simpan Dalam Kabinet Dapur Rekaan ALNOMy Profile

  4. anak sy bekas pelajar KMKN…kepada angah pilihlah bidang yang dia minat, nescaya mudah pembelajaran
    Jom terjah post menarik dari latep ..Kutipan derma-Hilang lagi…!My Profile

  5. terima kasih bagi info yang berguna ni ye..boleh tolong check kan adik punya..heheh
    Jom terjah post menarik dari peysal ..HTC ONE X SpecificationMy Profile

  6. tahniah untuk anak kak kujie, angah~!!!

    dia minat bidang apa kak? ambik matriks la.. ๐Ÿ™‚
    Jom terjah post menarik dari ikoko ..Blog TerbiarMy Profile

  7. all the best!! ๐Ÿ™‚

  8. tahniah angah..
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Blog Terbiar Dapat BEMy Profile

  9. Tanniah dapat diterima masuk program yang diidamkan.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – #Undi AkuBiomed DiGi WWWOW Awards 2012My Profile

  10. Mudah-mudahan apa jua pilihan, Angah akan berjaya…ameen

    p.s-dua2 pilihan di negeri Jelapang Padi =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday #15 Sama Tak SerupaMy Profile

  11. tahniah utk angah…
    buat pilihan yg bijak utk masa depan

  12. Tahniah untuk angah, kolej matrikulasi kulim kmk tu tempat sy belajar dulu, mmg best tmpt tu hehe

  13. tahniah kak..aviation management tu nampak menarik..dah buat pilihan ke?
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Senaman yang berkesan – Cuma 10 minitMy Profile

  14. tahniah angah…elok masuk matrik kak jie…untung angah
    Jom terjah post menarik dari azura ..I have no ideaMy Profile

  15. tahniah ya kak ..
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Pisang Goreng Cheese, Wajib Cuba Di SempornaMy Profile

  16. Tahniah untuk Angah. Dah buat pilihan?

Trackbacks

  1. Semak Tawaran Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 | Hidup Biar Sedap. says:

    […] fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); NEGARAKU! Tutup Terus ke sumber Negaraku.My Media Social Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; […]