Sepi Ulangtahun Penubuhan Malaysia

Penat dan badan sengal² sepanjang hari di dapur dan kena serbu dengan 30 anak² bujang serentak. 4 peket laksa habis tanpa tinggal seurat pun dan terpaksa rebus paket ke 5 di awal malam. Tapi semuanya berakhir dengan bahagia yang sukar diungkap dengan wajah ceria anak² itu yang menjadi tetamu saja hampir sabah tahun sejak bermastautin di sini.

Lepas maghrib baru dapat luruskan kaki dan baring terlentang di depan tv – di usia melepasi 40’an, jisim tulang pun berkurang. Mengiring salah melentang tak kena, melunjur tak selesa – ada saja.

Tapi tak juga lena² – terpaku pada skrin di tv dengan filem Khabir Bhatia bersama pelakon berbakat dan terkenal tanahair seperti Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Vanida Imran, Eja, Pierre Andre dan Tony Yusof.
Filem meletup selepas ‘Cinta’ tahun 2008 mengisahkan  tentang cinta 3 lelaki 3 segi.

Suzie-Adam-Ilyana
Sufi-Marya-Zain
Ean-Imaan-Khalif

Cerita ini memang tangkap feeling dengan kebanyakkan lagu runut dalam filem ini dimainkan penuh.

©kujie -Selamat ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke-47 dan ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kali ke-77

15 Replies to “Sepi Ulangtahun Penubuhan Malaysia”

  1. saya memang tak boleh nak layan citer cinta la kujie, sebab memang tak romantik kut dari muda lagi

    arini …. kena pergi spa la kujie, urut dan manjakan badan
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..pelawakMy Profile

Comments are closed.