Suatu Ketika…Piala Thomas 1992

Ini adalah entri tahun 2010 yang diterbitkan semula. Entri mengimbau kenangan yang sukar dilupakan yang mungkin hanya sekali itu saya rasai sepanjang usia ini.

Membaca khabar berita bahawa Malaysia gagal ke separuh akhir Piala Thomas 2012 setelah tewas kepada China malam tadi  seolah-olah menghapuskan sisa-sisa  harapan untuk melihat pasukan kita mendominasikan sukan badminton seperti dahulu. Kekalahan ini bermakna sudah 20 tahun Piala Thomas terlepas dari dakaman Malaysia.

Perlukah pusingan 25 tahun itu berlaku lagi?  Tiap kali berlangsungnya Kejohanan Badminton Piala Thomas, tiap kali itu jugalah aura dan semangan 1992 akan kembali meresap dalam diri.

Entri asal di bawah :

Tengok video klip ini – sangat bersemangat. Sukar untuk digambarkan . Pertandingan akhir Piala Thomas pada 16 Mei 1992 merupakan kenangan manis bagi Malaysia kerana selepas 25 tahun menunggu akhirnya Piala Thomas berjaya dirangkul apabila menundukkan Indonesia 3-2. Pemain Malaysia pada waktu itu Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng, Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang dan Razif Sidek-Jalani Sidek telah terukir dalam sejarah.

Pada tahun 1992 pasukan Piala Thomas Malaysia telah mencipta satu lagu bertajuk “Fikirkan Boleh” . Semangat tersebut telah menresap di dalam keringat pemain waktu itu.

Perlawanan akhir Piala Thomas 1992 ketika itu berlangsung di Stadium Negara . Saya tengok di skrin tv besar Dataran Merdeka. Penonton Malaysia dan Indonesia hampir sama banyak. Waktu ini skrin tv besar di Dataran Merdeka sangatlah happening, itulah penciptaan paling gempar dan hebat.  Kedai-kedai mamak mungkin mendapat ilham dari skrin di sini.

Rashid Sidek sebagai pemain perseorangan pertama menewaskan  pemain handalan Indonesia, Ardy Bernardus Wiranata ( 15–11, 10–15, 15–8) tetapi pasangan pertama negara Jailani dan Razif Sidek tewas mengejut kepada pasangan Indonesia Eddy Hartono dan Rudy Gunawan ( 9-15, 15-9, 3-15 ) .

Waktu ini keadaan sangat bingit, dengan penyokong Indonesia yang bersemangat dan menjadi riuh dan panas. Untuk mengelakkan sesuatu dan menjaga keselamatan diri, kami ambil keputusan untuk balik awal. Saya sedang mengandungkan Along.

Dalam perjalanan pulang, dari siaran radio di dalam kereta – Foo Kok Keong telah menang ke atas Allan Budi Kusuma ( 15 -6, 15- 12 ) menjadikan kedudukan Malaysia 2 – Indonesia 1. Perlawanan yang amat sengit.  Persekitaran menjadi hangat dengan ragam pemandu kereta yang membunyikan hon juga menjerit sesama sendiri.

Dari Central Market, kami berpatah balik semula ke Dataran Merdeka . Rasa tidak sanggup untuk melepaskan detik yang bakal tercipta.

Perlawananan berpasukan kedua antara Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang menentang Rexy Manaiky dan Ricky Subagja.  Pasangan negara menang dengan  mata 15-12, 10-15, 15-8 .

Kedudukan 3-1 dan ini bermakna pasukan Malaysia berjaya mendakap Piala Thomas setelah 25 tahun. Kekalahan  Kwan Yoke Meng keatas Joko Suprianto  ( 3-15, 7-15 ) tidak mencacatkan kemeriahan malam tersebut.

Sorakkan bergema memenuhi ruang Dataran Merdeka menyambut kemenangan ini.  Saya sangat beruntung kerana dapat merasai detik bersejarah ini setelah menanti 25 tahun.

Hari iniEsok, pasukan Piala Thomas Malaysia 2010 akan turun di peringkat separuh akhir menentang pasukan China selepas mengalahkan Denmark 3-2 pada perlawanan suku akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Semoga semangat ‘Fikirkan Boleh’ dapat menyuntik semangat untuk pasukan negara pada edisi Piala Thomas kali ini.

*maklumat diedit atas panduan encik suami.

sumber : wikipedia

 

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

49 thoughts on “Suatu Ketika…Piala Thomas 1992”

  1. memang ingat. masa tu darjah dua rasanya..

    memang terus minat main badminton masa tu..darjah 6. terus dapat wakil sekolah dalam sukan badminton. begitu juga masa tingkatan 3 dan tingkatan 5.. kat matrik pun..kat universiti..

    tak sabar tunggu piala thomas kembali ke malaysia..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Lelaki kacak dan Awek Cendol.My Profile

  2. masa final 1992 sy berusia 18 tahun.sy ada d stadium waktu itu.mmg menyeronokkan.semangat juang foo kok keong jauhhhhhhhhhhhhhhhhhh bezanya dgn hafiz hashim.bergegar stadium bila bergu ke 2 mencapai kemenangan.perlawanan single ke 3 org dah xkisah sb x mengubah keputusan.kawan saya dilibas dgn tali cota oleh fru gara2 membaling air minuman kerana terlalu gumbira….seronoknya KL & kehidupan sekitar 80an & 90an.kalaulah masa boleh diundurkan….

      1. ape ye masalah yang berlaku lepas adik beradik sidek meletakkan raket ? Sebab pengurusan atau memang takde pemain yang bagus ? nampak macam terlalu mengharapkan pada Chong Wei sorang je sekarang ni..roslin hashim = hancuss..hafiz = hancuss..

  3. Pingback: Suatu Ketika…Piala Thomas 1992 | Hidup Biar Sedap.
  4. 1992..saye darjah 3..tapi masih lagi ingat sampai sekarang..cukup ingat..dan semangat tu kembali lagi hari ni..beberapa jam saje dari sekarang..

    p/s – mmg kesudahan yang biase2 ajer citer adamaya tuh..setuju ngn kak jie :mrgreen:
    .-= hafizmd´s last blog ..Malam yang sungguh bahagia!! =-.

  5. Pingback: Facebook Mia Sara Nasuha @ Amani Dah Cecah 100 Ribu Fans | Beautiful Nara
  6. igt juga kak jie.. tapi d ekt rumah masa tu.. kecik lagi pun.. sekolah rendah lagi.. tapi sgt best suasana kat rumah.. semua org tgk.. lau igt balik, syahdu rasa.. hope kali ni semangat cam 1992 tu berulang kembali.. sukernye.. huhu..
    **setuju dgn kak jie, ptut buat moral of the story– jadi lebih baik..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Bulan Sukan =-.

  7. Kak Kujie! akhirnya tahu jugak cerita kak jie pada 1992 tu ya! tertunggu2 juga.. sebab kak kujie dah komen ritu ttg ini, buat kita gelisah aje.. hehehehe…
    semangat ye kak jie! tengah sarat pun sempat lagi tgok bdminton! yes!! semangat kena ada! thanksss kongsi cerita ini! 😀

    jom ramai2 tengok live malam ni.. separuh akhir..(penuh semangat nih!)
    .-= kella´s last blog ..NASI LEMAK Penambah Berat Badan =-.

  8. hope kite menang lah kak kujie kan…nak sgt kegemilangan piala thomas satu masa dulu..main sampai terbaring2 terbang2 pun ada…

  9. kak, time tu saya darjah 4, punya la nak tengok badminton tapi mak paksa suruh solat maghrib dulu, tapi degil kena rotan. ingat sampai la ni saat tu macam mana melompat2 hepinya!!!

    yg saya ingat:

    1. rashid sidek vs ardy wiranata: rashid menang
    2. razif n jailani sidek vs tak ingat: malaysia kalah
    3. foo kok keong vs joko suprianto: malaysia mng
    4. cheah soon kit n soo beng kiang vs rexy n ricky: malaysia menang
    5. kwan yoke meng vs alan budi kusuma: malaysia kalah

    melompat atas sofa tau kak! pastu kena bedallah.. ape lagi.. hehe
    .-= amnikhassim´s last blog ..Syarikat Maknawiyah =-.

  10. memori terindah 92.. hari lahir saya..HAHA..harap dptlah lwn china nanti..tiada yg mustahil dlm dunia ini. semuanya boleh atas usaha dan doa..insyaAllah Msia berjaya. amin..
    .-= Hafiz Mohd´s last blog ..1 Month 2 Go.. =-.

  11. bila tgk sesuatu kejayaan, suatu semangat yang tah dari mana menusuk ke dalam perasaan hingga membangkitkan bulu roma… kejayaan seseorang boleh dijadikan pembakar semangat…

    p/s : thnx kujie komen kat blog…tak tau kenapa blog saya berat di loading..saya akan cek.
    .-= amry´s last blog ..SEO =-.

  12. sukan badminton kita ada pasang surutnya..ape2 pun,sama2la kita doakan M’sia will be the best among the rest.. : )
    mm,last drama yang nadine layan mase Nur Kasih dulu..pastu..lost dah,hehe..tp cam best je Adamaya tu,ramai gak yg suke drama tu
    .-= nadinezuharra´s last blog ..:: Yang kita sangka… =-.

  13. ah..memang best time tu kak jie..kita pun curi2..tengok dari kat kantin sekolah asrama time prep..siap kena kejar dgn pak guard lg..hehehhe..
    .-= Bb Hussain´s last blog ..My Mother =-.

  14. hehe…dah tgk episod akhir,
    x best sgt..
    dani jadi gila..
    huhu…
    .-= Azah´s last blog ..New Direction =-.

  15. Melawan Gergasi Asia memang mencabar..tambah pulak bace kat paper utusan..si jurulatih china kate pemain kite nie semua dah tua..cara tu macam nak psycho pihak lawan jer…Tau la negara China banyak rakyat yang berbakat…x payah la nak mengutuk negara kita nih..

    Apa-apa pun harap skuad negara dapat bawak balik piala thomas tahun nie..dah lame banget tak duduk malaysia haha 🙂
    .-= MC´s last blog ..Drama Adamaya Dan Kuiz Adamaya Di Facebook. =-.

  16. meh kita predict apa jadi kat adam n maya…saya rasa adam mati waktu travel..kot laaaaa..tapi takmo sad ending..

  17. waaa.. meriahnya dulu ya. Bagaimana suasana ketika itu.. 😯
    Piala Thomas Malaysia 2010 dan Adamaya Episod Akhir. :mrgreen:

  18. Pingback: 52 Kes H1N1 Baru Dilaporkan- syafiq.net
  19. terkenang kembali zaman itu..masa tu saya berumur..errm..muda lagi la kut..haha

    melompat-lompat dalam rumah dengan famili..ketika itu tv saiz 14 inci je kut..kecil dan comel, semua famili duduk rapat, sama-sama fokus tv kecil itu..
    .-= Faizal @ FTN´s last blog ..How Many Wiggies? =-.

  20. kuat giler sorakan penonton !!
    .-= MrRollies´s last blog ..Latest Single By Katy Perry “California Gurl” =-.

Comments are closed.