Pengetahuan Am

Tanaman Exotik saya

Norz cakap nak tengok bunga² di taman sekangkang kera saya, bagi kawan² yang lama mengikuti blog ini, dia orang dah biasa tengok. Taman saya sekarang dah macam hutan rimba…huhuhuhu…. masa banyak dihabiskan dengan melawat kawan² di talian. Suami saya sekarang sibuk pergi kerja dengan sinaran bulan , balik juga ditemani bulan.

Ini adalah telipok ( blue waterlily ) . Abaikan pasu bergerigi yang melalui proses DIY dengan seni finishing tak sehalus tukang. Anak benih pokok ini akan keluar di tengah² kelopak daun. Ikan guppy saya membiak dan serasi dalam pasu buatan tangan yang keras ini…kahkah

Ini teratai ( Pink Lotus ). Dah lama saya tanam. Biji benihnya saya ambil dari kolam bekas lombong di Serendah. Dulu saya ingat pokok teratai di tanam dengan anak, saya bawa cangkul, penyodok turun dalam lombong..ha ha ha…rupanya² sampai patah penyeduk, satu pun tak dapat. Kemudian saya petik biji dia yang dah masak berwarna hitam dan saya semai. Syukur sampai sekarang pokoknya masih hidup dan berbunga.

Saya ada 8 jenis helicornia dan ini adalah antara yang saya sayang….pink lady.

Depan halaman sekangkang kera itu juga saya tanam pokok cili, pokok betik dan pokok terung pipit ( orang jawa panggil ‘kokak’)

Jangan gelak, saya juga tanam pokok liar ini, masa kecik² dulu sebagai anak kampung saya dan kawan² akan meredah hutan ,melastik buah setul atau kadang² mengintai buah rotan yang masak kekuningan. Pokok lemba atau nama saintifiknya Cucurligo Latifoliaini mempunyai bunga kuning yang halus dan buah dipangkal pokok yang rasanya manis.


Ini pandangan dari jambatan yang merentangi kolam ikan saya..ada pokok banat, pokok pegaga siam , keladi bunting kuning dan purple (Water Hyacinths ), pakis langsiur (Asplenium nidus) juga pakis tanduk rusa ( Platycerium wallichi)

Pokok malberi ( Morus Nigra ) saya, buah yang masak bertukar warna hitam baru sesuai untuk dimakan. Pokoknya perlu di pangkas selalu untuk merangsang pengeluaran tunas.
Saya berjanji untuk ambil gambar pokok Janda Merana yang ditanam didepan rumah saya, tetapi kamera saya dah sebulan meragam…saya cari di internet gambar pokok yang cukup exotik ini dan nama saintifiknya juga menarik – Salix babylonica.
p/s…tak perlu jadi janda untuk merana…kahkah..awat tak merananya , pokok yang cantik lemah lembut dibuai angin tetapi tak boleh berteduh…. daun dia halus² dah jarang².

Sumber gambar: fazlisyam.com

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

47 thoughts on “Tanaman Exotik saya

  1. same2 😆 lol kak jie awat cantas..huh sian2…mak lang pun wat jam sedap makan ngan roti tak pun wat kuih tart..hati tu satu baldi…kami wat juice mulberry air memang best…banyak khasiatnya diperkaya ngan anti oksida dan elok untuk mata agaknye,,heheh warne terang..macam betik n buah naga ni memang banyak khasiat…ni baru balik dari rumah ladang kat atas bukit …kira2 nak tanam beberapa batang pokok mulbery wat experiment…huh batang da kerat tinggal dalam kolah umah atok lak 🙁 .. tapi yang best pokok jagung da tumbuh sejengkal

  2. salam semua…huhu kak jie…and all…meh cek nak cita cek kat kampung ada jugk tanam pokok malberry ni..woooo best oOOOoo buah bukan main lebat lagi..macam kat london pulak heheh. tapi memang kena cantas la kak jie lepas berbuah..baru buah lebat..kalo salah jgn saman cek lak no…hehe..well saya ni landscape designer and future landscape architect..janda merana tu memang cantik dan halus…orang tua2 gelar janda merana sebab daunnya menganjur kebawah seperti kesedihan dan pokok ni paling sesuai tanam kat tepi kolam …tu nampak lagi macam tgh nangis kat kolam tu..konon air matala…anyway kak jie..good luck…:p

    1. @iefa ridza, hehehe..tengkiu2….. komen dt seorg pakar

      buah malberry kak jie dah buat jem 3-4 botal dah…dah beranak pinak bagi kawan2 pun dah berpuluh2 pokok dah…

      pasal janda merana tu………wah..sedih giler kisanya…kak jie dah cantas yg depan rumah tu..sedih sgt nak tgok hari2.. 😀

  3. boleh tak pokok janda merana tu ditanam dekat pokok jantan merana..?

    divas last blog post..KEPALA PEMBELIT KAWAN DIVA

  4. izali

    sbb tu la kakjie dok sini..jauh dalam hutan ni…ulu selangot ni..sedut udara yang bersih….:P

    jual baja !!! he he he

    beib

    issshhh..sy ade byk anak² dia, siap boleh buang lagi sbb kalo byk dlm pasu tu, dia tak besar..kecik² tak cukup ruang…nk tanam pokok ni, kena ambil tanah yg berselut tu sekali..saya kaut dari lombong bawa balik…

    kalo ade kesempatan..nnt la sy bagi ye

  5. hehe..tu la plan nak beli gak la tanah dlm utan, ni dok kat taman perumahan x sesuai dgn jiwa la…

    nak jual pe kak??

  6. izali

    suka duduk dalam hutan..kahkahkah… suka berendam di bawah cahaya bulan penuh…eeeee….

    mulakan sikit²..dah dgn minat, insyaAllah menjadi…tanam ikut rasa hati baru ada feeling…

    erk…benda lain ade arr nk jual…

  7. waa besh la umah akak, ada swimming pool, laman eksotik…ish bila la nak wat camni.

    sik baik masuk blog kakJie awal pagi, kalo masuk tgh malam sure termimpi dlm tido….pergghhh

    umah akak tanak jual?? hehe

  8. cikscarlet

    kamera lama…canon Powershot A430 je..skrg ni dah rosak pula..tu yg lama tak snap gambo ni…

    dah bagi hint byk kali,sapa lah nk bagi adiah bufday..:D

  9. ziana

    celuih ke ?

    hakhaka..

    DBI

    nampak je dlm gambar…ada pokok mcm² tapi semua sy tanam bersesak²… kecik je bila dah rimbun mcm hutan..

  10. jie,
    kalau macam ni punya banyak pokok..bukan lagi sekangkang kera…
    dah kangkang kingkong tu…:-)

  11. jun hang tau jun, bln2 syawal tu..time org bandar buat open house tu…nk beli bunga kantan kat supermarket…satu je..yg dah kecut penyet tu..rm 1.80!!

    aku pernah arrr jun..terus tingat kat mak kt kg..mak mertua aku juai satu 20sen..mak aku kt Baling tu juai 3 sekikat rm 1

  12. waterlily

    owhhh..sama nick ye..mmg la suke…. salam kenal..terimakasih kerana singgah berteduh kat sini

    kunadzri

    tu dia….tukang kebun mai dah… sebenarnya bukan saya yg tanam tu…”org rumah”…ha ha ha.suami sy yg suka tanam semua tu tp dia tak de masa nak mentenance…makcik niiii laaaaaaaa…jugak kan!

    sexy pink lady tu , sy dpt anak dia kecik je..dlm 1 kaki tinggi..bela…3 tahun baru keluar bunga pertama..skrg ni boleh dikatakan selalu la ada….daun dia pecah2 kan….masalah dia tak beranak banyak² mcm helicornia lain….keluar satu, mati satu…

    Melberi tu kena cantas tiap kali dia abis buah…kendian dia keluar tunas daun baru..dgn putik buah ..kalau biarkan je mcm tu..mmg tak berbuah lebat..

    95% pokok dlm taman saya cari sendiri..tanduk rusa pun masuk hutan cari sendiri….

    pernah turun longkah kat seksyen 7 shah alam tu semata² nak ambil telipok besar warna putih…besar..daun dia saja sebesar pinggan nasi tambah…

    erk………cukuplah ..kalo nk bebel pasal pokok..sampai esok pun tak abis 😛

  13. cikgu panji

    rumah cikgu pun dah cantik tu..tanam pelan² lama² rimbunlah…

    sy punya kelemahan….tanah sekangkang kera tp semua mcm² nak di tanam..tak pernah ikut tema² apa²..ikut gerak hati…dah lagi satu..tak beli apa..semua buat sendiri

    pakteh

    itulah pakteh..walau pasu tu bergerigi macam di gigit tikus..kahkahkah…

    ekperimen tu

  14. jun serai , kunyit ade tak jun? jie bkn itu je…siap tanam kantan..menjadi pula tu…serasi kot

    ada pokok tenggek burung, ada mas cotek, ade misai kucing, ade tongkat ali..ada mcm2..pisang…rambutan , durian….limau mandarin..ha ha ..tu kat kedai tepi jln dpn Shell Rawang :p

    lily

    apa yg cantik?

    taman kah?

    tuan taman?

    hik..hik…sms mlm tadi tu ade double meaning tu lily…. membuat tafsiran dari pemerhatian…:p

  15. muin

    oooo…manggur ye…bahasa manglish tu…ade kelas hape!

    kecik² dulu ko main tak senapang yang di buat sendiri, peluru dia guna je terung pipit ni..aduihhh..kena pedih juga tu!

    erk..muim..agaknya zaman korang main perang² tembak² pakai jari je kot…PS2!!! hikhik

    ku ina aku dah cantas dah, skrg ni tinggai tunas baru… pokok tongkat ali tu..tinggi melawit dah…nk snap gambo pun tinggi sgt

  16. Kak jir, pokok heliconia “sexy pink lady” tu mmg cantik, mat pun ada tanam dan mmg seksi u…Last sekali tu ditujukan khas utk “janda2” yg merana ek?…hehehehe…sian korang, dah leer janda!, merana pulak!!..ampoonn!!!

  17. Jie..Salix babylonica is weeping willow.Daun terjuntai di tepian sungai.Menahankan sebak bersendalkan pillow.Disula rindu resah berjurai..Alahaiii…

  18. jie…
    deri tak tahan ni…nak komen jugak!!
    Kalau jie kata besaq tu sekangkang kera….kat rumah deri ni kira taman sekangkang anak kera yg lahir tak cukup bulan….hehehe…
    Deri ni peminat setia taman rimba nusantara seperti yg terdapat kat rumah jie tu…aduh, jeles la tengok taman jie. Kalau la dapat tanah yg luas camtu…segala macam pokok hutan Deri bela.
    Nampaknya kita boleh sembang sakan pasal pokok2 ni…Heliconia pink lady tu susah nak keluar bunga tau…that means u really got green fingers jie.
    Dulu Deri ada gak tanam pokok lembah tu, ambik kat ladang kelapa sawit. Tapi baru hari ni tahu nama dia…Malberi kat rumah Deri dah rimbun. Norz biasa buat resipi satu masa dulu…
    woitzz…mula la nak merapu ni…memang tak boleh mula cakap tentang pokok…

  19. salam Jie. rajin Jie ber’botani’ yea. memang seronok tengok pokok2 yang subur hasil titik peluh kita sendiri. satu kepuasan yang tak tergambarkan.

  20. jie..
    kat umah jun x byk tanam pokok..kawasan cenonit dr umah jie tu..yg pasti sume yg jie tunjuk tu x d kt umah jun..hahahaha…
    hmm…satu j jie..nak tumpang mandi manda kat kolam tu leh?

  21. pokok tongkat ali tak tunjuk ker.. tanaman herba tu…

    terung pipit/terung belanda mahal tau, kat kg mak jual RM3.00 sekilo..

  22. kt tmpt sy Terung pipit tu kitaorg pggil terung ‘manggur’..heheh ( gabungan dua suku kata Malaysia + anggur = manggur)..sah kena ban kt dewan bahasa dan pustaka..

    Pkk betik tu tnm ke tmbh sendiri.. hehe

  23. cik mika hohoho..jauh tu dr klang..ari tu dah sampai rawang tak singgah….kolam tu dah kering…:p

    combi ni lagi sorang… mana la aku tau ngape nama dia mcm tu, mmg nama dia mcm tu…nak buat mcm mana…

    issshhh….. duda mana de merana..dia hepi sokmo pasai ade peluang terbuka luas…..:p

  24. muadz hohoho..yg exotik itu juga korang nampak ye…tu dan janji dengan norz lama dah nak tunjukkan macam mana rupa pokok dia….:p

    mdmzend sy tak rajin sangat…suami sy yg suka..tp skrg ni dia kerja …sibuk yang amat, dah ade harimau, gajah semua ada…:p

  25. Norz cakap nak tengok bunga² di taman sekangkang kera saya, bagi kawan² yang lama mengikuti blog ini, dia orang dah biasa tengok

    perenggan ini untuk pakcik mz!

  26. kesian pokok yg bwh skali tu..cm maksu ckp laa..merana u??

    duda merana ade dak jie??? hohoho

  27. dr tahun ke tahun saya duk tgk gamba tmn umah mama..thn ni saya nak jugak g umah mama…

    …..

  28. Cantik lah taman Jie…saya minat sangat ngan taman-taman cam ni…skrg tengah cuba-cuba buat sendiri sikit-sikit…tapi lum rimbun lagi…

Comments are closed.