Teknik Rahsia Seorang Isteri

Pengunjung ini mencari teknik menyidai baju, mungkin cuba mencungkil rahsia surirumah. Sebenarnya tak susah sidai baju cuma memerlukan kemahiran yang seiring dengan pengalaman.

Antara perkara asas yang perlu dibuat untuk mendapatkan teknik menyidai baju dengan teratur -

  • Sidai baju terbalikkan, supaya warna lambat luntur
  • Sidai seluar dalam , sidai tengah-tengah, jangan senget dan kepit dengan penyepit. Takut melayang tersangkut di pagar rumah jiran.
  • Sidai coli, bra atau baju dalam juga di sidai di tengah- tengah. Mangkuk coli di sebelah kiri dan kanan.
  • Kalau ada dua tiga baris penyindai, sidailah di bahagian dalam yang tersorok dari pandangan umum.
  • Jeans ditebalikkan supaya poket mudah kering.
  • Kemeja atau tshirt jika menggunakan penyangkut, biar terletak garis bahunya.
  • Cadar atau tuala adalah bahagian yang paling akhir di sidai dan jangan sampai mencecah tanah.

Kalau nak tahu beberapa lagi teknik hebat jurus sidai menyidai tahap tingkat ke lapan, tengok video ni.

p.s – apa lagi, silalah turunkan ilmu sidai menyidai di ruangan komen. Mesti ada rahsia atau tips yang saya pun terlupa dan tidak tahu.

©kujie – kemahiran hidup  seiring dengan praktikal seharian.


About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. sis,
    kat Utusan hari ini cakap kalau sidai bra, jangan gantung di tengah kerana air yg berkumpul akan tarik sisi bra-jadi > panjang. so kena gantung di kedua-dua tali bahu bra. :-)
    Jom terjah post menarik dari tips ..WW: Tidur Tayang KetiakMy Profile

  2. malu npk bra sebelah umah aku.

  3. kak, kalo sidai coli kt luar ok ke tak ye..??

  4. mashita says:

    satu ilmu yang sangat bermanfaat..
    Jom terjah post menarik dari mashita ..Denver Mesothelioma AttorneysMy Profile

  5. azam jadik surirumah yg berjaya ni
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Cara Beli Rumah SubsaleMy Profile

  6. salam kak,

    saya dah fobia nak sidai bra kat ampaian..dulu ternampak org cium2 bra saya yg bersidaian..menakutkan!
    Jom terjah post menarik dari Lynn Nasir ..SUAMI BERTUAHMy Profile

  7. ye betul saya sokong..tak suka btul sidai sepah2..ikut ler kategori. baju ngan baju, seluar ngan seluar, etc etc..kan elok..dak??
    Jom terjah post menarik dari Yoa ..MyLiveSignatureMy Profile

  8. bila sidia tolong sidaikan baju kene redha jela tgk susunan… keras kejung tak kibas before sidai… nak bising kang tanak tolong dah.. sabo jelah!

  9. haha..lupa..kalau pergi hotel memang camtu la..kat rumah tak pasang econ..hoho
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Duit RM109200 tu bila nak pakai chekguMy Profile

  10. ada makcik saya, sidai pakaian ikut jenis, material dan warna! comel je tengok dia sidai baju kurung ikut turutan warna pelangi.

    sendiri nak buat? hehe tak mampu.
    Jom terjah post menarik dari ain fathihah ..saya bukan Puteri- apatah lagi PermaisuriMy Profile

  11. masa anak dara dulu, mak kak an ajar kalau kain batik, sidai kain batik, kain pelekat, semua kain pelekat. Dah tu kena lurus, tarik tegang dan kepit. Bila dah tua ni, kalau tengok orang sidai kain batik, lepas tu t-shirt, lepas tu seluar panjang, lepas tu towel, kain batik balik. Eeee… sakit mata. Lagi lah sakit kalau ampaian jiran mengadap rumah kita. hu hu hu :sad:

  12. yups, masa dulu kita pakai sidai juga, tapi mama tegur, so lps tu duduk hostel taknak bagi baju hilang, kena sidaisusun elok², bagi ingat kat kepala :D lubang je satu, ada la yg hilang.
    Jom terjah post menarik dari ch@ ..AwardMy Profile

  13. hahahaha…ni teknik lengkap dari pakar :lol:

    mesti ada skil , kan..seni kata orang
    bukan boleh main hentam je sidai

  14. :mrgreen: rumah pangsa, sidai baju guna hanger, susun baju selang seli, yg tebal adap matahari yg nipis sikit sebelah belakang, susun baju dari kecil hingga ke besar. baju anak, sidai kat hanger bulat getah seluar adap luar, bagi kena matahari, sebelum sidai kena libas² dulu. hehehe, kita suka sidai baju :D
    Jom terjah post menarik dari ch@ ..AwardMy Profile

  15. kerah kejung orang ganung kate :mrgreen:

    kering laa juga tapi yang terselit x kering :grin:
    Jom terjah post menarik dari zqah ..Gagal Ya – aku memang gagal tapi ini nikmat dari AllahMy Profile

  16. pss: kalau malas lipat, petuanya, dua hari sehelai baju jer dipakai… kendian almari yg dah kosong itu, tak payah ler top-up baju raya banyak2.. sepasang jer cukup gitew..

    confirm tak letih melipat, kan?
    hehehhee
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Jauh nun sana- lama lagi- dah kecoh satu Malaya dibuatnyaMy Profile

  17. gosok.. errr, lepas kering kain diampaian, kan kena gosok dgn striker.

    gasaklah kan.. hehehehe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Jauh nun sana- lama lagi- dah kecoh satu Malaya dibuatnyaMy Profile

  18. saya sidai baju jaran2 je kakjie, heheheh.selalunya org rumah yang buat kerja tu
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Masalah Unidentified network dalam windows 7My Profile

  19. TMUkmkd says:

    sidai di penyidai bukan di pagar jiran :lol:
    Jom terjah post menarik dari TMUkmkd ..Google Font API Di KemaskiniMy Profile

  20. Sidai kain ni pun kira seni. Pernah suruh hasben sidaikan kain tapi mak aii.. tunggang langgang seninya.. last2 bini kena sidai balik.. sabo je la
    Jom terjah post menarik dari syani ..Banci Penduduk- Sudahkah andaMy Profile

  21. betul2… tuala yang selalunya. nk sidai kat penyidai bawah asrama tu, takut balik sekolah nanti bukan kering, lencun kena hujan….akhirnya buat sidai dlm bilik…dan baju /tuala tu lembab2 sepanjang hari….

  22. tu kena sepit tu…. kalau guna hanger bulat ok juga
    ada saiz kecik sesuailah utk org perseorangan
    saiz besar tu selalu digunakan family yg ada anak kecik

  23. hanger bulat masih praktikal walau dah tak ada anak kecik.
    semua yang kecik2 boleh sangkut situ, jimat ruang

  24. sekarang letak luar tepi kotak econ..haha

    dah siap buat tempat letak kasut :lol:

  25. kering memang kering, tapi kering dia macam mana
    kalau ambek sidai je…kain tu kejung, keras semacam je
    kalau gantung kt penyangkut – tak betulkan kedudukan bahu..bila kering tshirt tu pun senget2 :lol:

  26. tapi nak melipat la pula………..eee
    bila orang nak cipta mesin melipat kain cikgu? :razz:

  27. shiiisss…ini rahsia besar seorang suami ni :lol:

    nak gosok ape…rasanya majoriti suami pun macam ni

  28. he he he … nak tau org tu biasa sidai baju ke tidak, kena tengok hasil bila kering…

    :lol:

  29. tuala, cadar, selimut pun ada caranya
    kalau ambil dari mesin basuh, sangkut je kat penyidai
    kering tu mmg kering…tapi kejung :lol:

  30. betul… ada tekniknya
    kalau tidak kain baju kering tapi kejung, kedut dan keras..hehe :lol:

  31. dalamr umah pun ada teknik..kalau dia baju tu kering kejung….sebab tak libas2 masa nak ampai

  32. paling bagus sidai kat tempat yang betul2 dapat cahaya matahari, sbb kuman & bakteria akan mati.. tapi kat hostel (tak kesahlah hostel sekolah atau hostel U), ampaian terhad, jadi student akan buat ampaian dalam bilik la, dalam bilik air, sebab tu selalu mak ayah selalu bising kenapa anak2 diorang dapat kudis, kurap, sakit kulit, gatal2 kulit bila duduk hostel.
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Tagging game tagged by Pn Eka- Beg kepunyaan tuan hambaMy Profile

  33. alamak..tebal muka kalau seluar dalam terbang masuk rumah jiran..haha
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Tangisan gembiraMy Profile

  34. denaihati says:

    Paling suka sidai benda-benda yg kecil tu ringkas dan mudah terutama guna hangger bulat tu…lama dah tak buat kerja ni.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Google PageRank update besar-besaranMy Profile

  35. dulu kat kampung kalau musim hujan ,kasut tak kering..letak belakang peti ais..haha
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Duit RM109200 tu bila nak pakai chekguMy Profile

  36. salam kak..
    tak sangka nak sidai baju pun ada teknik ye?
    saya main bantai je..janji kering..he he
    Jom terjah post menarik dari zulkbo ..Jangan Ketuk Nanti Masuk HospitalMy Profile

  37. kalau hari cuti best sidai kain, sebab pagi sidaikan, belah tengahari sikit terbalikkan sidaian, bagi dua-dua belah kering
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..melampias marah- makan goreng pisang panasMy Profile

  38. rahsia maza sidai menyidai pakaian ialah bini yg sidaikan…

    hehehhehe

    gosok kak, gosok!
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Jauh nun sana- lama lagi- dah kecoh satu Malaya dibuatnyaMy Profile

  39. tak tau pulak saya,sidai ni ada teknik.cuma saya selalu sidai baju terbalik tuk elak kaler luntur. lagi satu rahsia sidai baju ni,sidai di tempat yang paling banyak terdedah dengan cahaya matahari walaupun termasuk kawasan rumah jiran.hehe
    Jom terjah post menarik dari penyubiru ..Banci 2010 – Macam-macam halMy Profile

  40. ingat senang ke sidai kain ? pakai letak2 jea :lol:

    x kering laa pakai letak2 .. hehe
    Jom terjah post menarik dari zqah ..Lucky Draw by RASPMy Profile

  41. hehe nak sidai kain pun ada tip2 yg betul ye

  42. saya sidai dalam rumah je. sebab rumah pangsa. nanti dari atas sampai ke bawah bleh nampak seluar baju kecik. hahaha malu nye. tak bleh blah.

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam