Tepus Tanah Baling

Balik kampung raya baru ni sempatlah juga ke kebun. Untuk makluman, kebun kami bukan di belakang rumah, jaraknya dalam 5 KM. Kena masuk melepasi kebun-kebun orang lain. Kena menyeberang anak sungai yang sejuk dan dingin.

pokok buluh

Selepas menyeberang anak sungai, kena melalui denai jalan seperti ini.  Redup dan sejuk.

pokok dokong

Inilah pokok  “tagan”  iaitu pokok pertama yang di tanam  pada hari pertama tanah yang kami beli ini bertukar tangan.  Balik dari pejabat tanah selepas selesaikan urusan geran, suami singgah beli 2 pokok dokong dan salah satunya Along yang tanam.

Secara rasminya pokok ini menjadi tanda aras dan rujukan bila bercerita mengenai musim buah.  “Pokok Along” tu dah berbunga, “Pokok Along” tu dah masak….

Secara ringkasnya itulah kebun kami – ada getah yang berumur 5 tahun, ada rambutan, ada langsat, ada dokong, ada manggis, ada petai, ada cempedak, ada pokok kelubi, ada pokok salak, ada pokok buluh madu, ada pokok limau nipis, limau purut, pokok putat, pokok kantan, pokok labu, daun kesum daun salam dan pelbagai lagi tanaman yang mak dan ayah saya usahakan.

Tapi, kali ini saya nak cerita mengenai Tepus Tanah.

bunga tepus

Inilah bunga Tepus Tanah. Bunganya berwarna merah yang menarik. Tepus tanah adalah dalam keluarga halia ( zingiber spectabile ) dan paling hampir seperti pokok kantan. Batangnya, daunnya atau ketinggiannya pun hampir sama seperti pokok bunga kantan.

Kalau di bandar, bunga tepus ( alpinia purpurata ) biasanya dijual sebagai bunga keratan untuk hiasan. Tepus ( alpinia purpurata ) dan tepus tanah dari keluarga halia ( zingiber spectabile ) adalah berbeza.

Mengikut Pusat Racun Negara,  Tepus (Alpinia purpurata ) mengandungi asid sinamik dan termasuk di dalam kumpulan tumbuh-tumbuhan  yang boleh menyebabkan dermatitis. Dermatitis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan keradangan pada kulit. Kesan alahan yang dialami adalah  jenis alergen seperti debu, debunga atau bahan kimia tertentu di dalam tumbuh-tumbuhan. Kesan ini dikenali melalui kewujudan tompokan merah, gatal, keras dan melepuh pada kulit. Biasanya kesan ini timbul setelah lima hingga tujuh hari dari hari sentuhan berlaku.

Rujukan : National Poison Centre – klik untuk melihat tumbuh-tumbuhan lain yang boleh menyebabkan dermatitis.

Emak saya biasanya ambil umbut tepus untuk dibuat ulam.  Bahagian luar batang tepus dibuang dan ambil bahagian dalam yang dipanggil umbut.  Rebus sebelum dimakan.

Trivia – Tepus

  • Mukim Wang Tepus merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Kubang Pasu, Kedah

NOta : Sebelum sampai ke cerita bunga tepus tanah, kita tengok pokok buluh pokok dokong dulu… hihihi

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Hehe..ooo pelik sungguh namanya..tapi bunganya yang merah tetap menarik perhatian..
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Anak Kedua Pe’elnya Comel SangatMy Profile

  2. Selalu nampak pokok ni dihutan. Cuma tak tahu namanya. Tak sangka pula namanya begitu. Ingat warnanya merah, namanya berdarah-darah..
    Jom terjah post menarik dari Bina Keluarga Bahagia ..Rawatan Gout: Rhizoplus Dan Apple CiderMy Profile

  3. Kalau tak silap bunga Tepus Tanah ni ada buahnya keluar dari kelopak-kelopak bunga tu yang sangat manis rasanya.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan SenjataMy Profile

  4. First time dengar pasal pokok tepus tanah tu. Bertambah sikit ilmu mengenai tumbuh-tumbuhan nie. Hehe.
    Jom terjah post menarik dari Ezlaila ..Kisah Sukarelawan Malaysia di Palestin Ditegur Anggota Briged Al QassamMy Profile

  5. owh..baru tau..terbaik kak
    Jom terjah post menarik dari ..Kereta sewa habis ditempah sempena Hari Raya AidilfitriMy Profile

  6. camana pokok cili kat belakang rumah gua yang ditanama arituh..

    hidup lagi ke tidak ye..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Bagaimana saya dapat RM10 ribu pertama dengan hanya menulis blog?My Profile

  7. eh…cik ku jie…durian tak ade ke kat kebun tu…..
    Jom terjah post menarik dari Ann ..Project Hydroelectric Dam Hulu Terengganu.My Profile

  8. pertama kali tengok..menarik info nya..tq
    salam aidilfitri
    Jom terjah post menarik dari eray ..9 Tips Turunkan Kolestrol Cepat & Mudah Khas Untuk Lelaki Yang Suka MerokokMy Profile

  9. Nampak kawasan kebung bersih.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Cerita semalam home made fish nuggetMy Profile

  10. Aaah. Baru tau ni. Terima kasih sebab sharing. Seronoknya ada kebun sendiri. Boleh tanam buah2an tu yang best tu. 😀
    Jom terjah post menarik dari Amyz ..GLA Complex Shaklee Untuk KulitMy Profile

    • Selalu nampak pokok ni tapi masa tu dia tak berbunga.
      Kali ni lalu ada beberapa kuntum..cantik

      Kebun tu asal beli niatnya supaya anak2 nanti tak putus hubungan dgn keluarga di Kedah, biar dia akan ada satu tanggungjawap untuk balik ke sana sebab suami orang sini anak2 pun membesar kat sini..
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tepus Tanah BalingMy Profile

  11. Tak pernah lagi makan ulam tepus tanah ni…macam mana la rasa agaknya..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Rutin Kembali Seperti BiasaMy Profile

  12. sebijik sama dgn bungan kantan…kalau saya memang dah tertukar nih…
    Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Melancong di Taiwan Dengan BlackBerry Z30My Profile

  13. ada juga tanah untuk bercucuk tanam
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Kempen CPUV Nuffnang ke 5My Profile

  14. Alhamdulillah! berbakti pada tanah memang amat berbaloi. Seronok Kak Jie memiliki sebidang tanah kebun. Boleh buat kenduri buah bila datang musimnya.
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Teknik pemanduan defensif – Siri 4My Profile

  15. Fuh.. Dalam bahaya bunga tepus ni masih lagi boleh dimakan ye kak umbut tepus ni.
    Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Trend Selfie Bulu KetiakMy Profile

  16. wah ..ingatkan bunga kantan tadi
    Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..Bukan Suami Tak Suka, Tapi Isteri Yang….My Profile

  17. saya ingatkan tebus tadi. rupa2nya sejenis bunga ya. cantik
    Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Set Kecantikan Kulit dan GLA ComplexMy Profile