Tiada Maklumat Tesaurus Untuk Kata Ramadhan

Awal pagi semalam saya menerima email dari pengunjung yang menegur perkataan RAMADAN yang saya gunakan di dalam blog ini. Kalau dilihat dari senarai feedlist saya, memang tiada sesiapa yang menggunakan perkataan ‘Ramadan’ tanpa ‘h’ ( Ramadhan ).

Maafkan saya kerana membuatkan orang keliru. Saya pernah menulis isu ini beberapa tahun sudah mengenai ejaan  Ramadan atau Ramadhan.

Mengikut carian saya di laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustakan – Tiada maklumat tesaurus untuk kata ramadhan

  1. Ramadan – Ramadan (kata nama) Bersinonim dengan bulan puasa, bulan mulia, bulan berkat, bulan rahmat, bulan pahala.
  2. Ramadan – bulan yg kesembilan dlm tahun Hijrah; bulan puasa.
  3. Ramadan al-Mubarak – bulan Ramadan yg diberkati.

Kerana sebab² diatas, saya menggunakan perkataan ‘Ramadan’. Moga penjelasan ini melepaskan saudara/saudari dari menanggung kesalahan saya. Terimakasih kerana memberi ruang kepada saya untuk berkongsi dengan pembaca yang lain juga.

Soalan :
Yang mana satu ejaan yang betul “Ramadhan” atau “Ramadan” Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Empat ejaan yang betul ialah ” RAMADAN ‘ Tetapi pada pandangan & pendapat saya ejaan jawi bulan ramadhan “dh” adalah jawi “Dhad” . Sedangkan ramadan “dan’ adalah huruf “dal” bila sebut dengan betul pun bunyinya ada perbezaan “dan” dengan “dhan” Jadi sekarang yang mana satu mesti boleh diguna pakai. sekian, terima kasih.

Jawapan :
Terima kasih atas pandangan yang diberikan.
Entri “Ramadan” walaupun ditulis begitu, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi “dhod” tidak ada salahnya. Kamus hanya merakamkan penggunaan mana yang terbanyak. Tuan boleh juga menulis mengikut ejaan transliterasi agar lebih tepat. Tetapi sekiranya tuan ingin menggunakan tulisan umum ejaan sebagamana yang tertera di dalam KD4 itulah yang dikira tepat – “Ramadan”.

Soalan:
Berpuasa DALAM atau PADA bulan Ramadan?

Jawapan :
Berpuasa pada bulan Ramadan. Pada, kata sendi yang bererti di.

– sumber : Khidmat Nasihat PRPM

Kepada teman² blogger yang sering bertandang, maaf aktiviti saya di alam siber turut menyusut kerana ada perkara² lain yang lebih diberi keutamaan semperna Ramadan kali ini.  Insyaallah.


About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Ramadhan lebih tepat sbb dhod bukan dal, perkataan jawi tak pernah berubah huhu

  2. assalamualaikum akak.

    kadang-kadang kita terkeliru dgn perkataan tu. Ada ustaz mengatakan sbg Ramadan adalah “Ramadhan”, ada cikgu Bahasa Melayu mengatakan sebaliknya. Apapun, dua-dua ada makna tersendiri. Selamat menjalani ibadah puasa ya 🙂

  3. ohoo..baru tahu rupanya begitu…terima kasih 😀

  4. Rakyat malaysia sudah lama didedahkan dengan “RAMADHAN” jadi memang susah nak ubah. Walaubagaimanapun kita perlu ubah dan inshaAllah sama-sama memperbaiki selepas ni.

    p/s: Tengok kat google trends ramadan kurang cariannya. Acane?

  5. Terima Kasih Cikgu atas Maklumat..hehe..Saya dah terbiasa menggunakan Ramadhan…
    Jom terjah post menarik dari JeJAI ..Segmen Seni Lukisan | Mat SelamberMy Profile

  6. selama ini yang saya tahu Ramadhan
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..wordless wednesday – andai ku tahuMy Profile

  7. saya pun terlepas pandang hal ni..
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?My Profile

  8. huhu…sama je maksud dia… ejaan je lain..he3
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Contest Aidilfitri | Hosting, Domain, Duit RayaMy Profile

  9. Zarul Umbrella says:

    selama ni saya pakai Ramadhan,bukan Ramadan
    Jom terjah post menarik dari Zarul Umbrella ..Potret Cun lepas PantangMy Profile

  10. Ada beberapa novel tempatan mengunakan tajuk ejaan Ramadhan. Keliru juga mana satu yang betul?
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Selamat mengerjakan ibadah puasaMy Profile

  11. ikutkan karangan bahasa ia boleh digunapakai kerana merujuk kepada maksud yang sama…lagipun ia tidak merujuk kepada kesalahan ejaan…namun jika ia boleh menyebabkan kecenderungan untuk salah tafsir, maka kita akan merujuk semula kamus dewan…

  12. cikgu BM pun sama kak jie…terikut juga menaip “ramadhan”…tetapi yang terbiasa itu tak semestinya betul…ia satu ikutan bukan satu bantahan…

  13. kalah cikgu BM kat sekolah ni :mrgreen: ..saya rasa rata-rata menggunakan Ramadhan..
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..yarks!! Sanggup makan dan minum di tandas sekolahMy Profile

  14. ha’ah la…baru perasan kat berita harian tadi.diorang guna ‘ramadan’.tapi kat harakah rasanya guna ‘ramadhan’ 🙂
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest: Rewards (Punchtab.com) @ Pacifista – XMy Profile

  15. saya pun guna Ramadhan. walaupun orang faham tapi bahasa perlu dijaga. nak kena biasakan diri guna Ramadan la. bahasa kita martabat kita 😉
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..13 Tabiat Buruk Blogger Yang Patut Dibuang Serta-MertaMy Profile

  16. (Ejaan) Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah. Bunyi janggal? Makna sama? Itu lain cerita 🙂
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Google plus, Picasa and Blogger missing photosMy Profile

  17. Assalamualaikum,
    Entah kenapa tiada pemantauan dalam bab bahasa, bercelaru semua orang. Yang peliknya, ada kementerian yang guna perkataan “pengkenselan” dan “pembatalan”. Tak tau apa bezanya. Dah buat aduan dengan DBP, kita tengok apa jadinya selepas ni
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Nuffnang Kena Hack Lagi Ke? Awatnya Tarik Balik Semua Iklan kat blog aku???My Profile

  18. Terima kasih kak…
    ini info berguna utk dikongsikan bersama… 🙂
    Jom terjah post menarik dari DiDa ..Lagi bagus tak payah tunang!My Profile

  19. betul tu..
    dari darjah 1 rasanya belajar tulis Ramadhan
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Laporan Blog Sitiatikah.com Pada Bulan JulaiMy Profile

  20. dah terbiasa guna ramadhan..
    Jom terjah post menarik dari ariff ..Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 20) – Waktu Imsak & Berbuka Puasa Moscow – Puasa 18 JamMy Profile

  21. Aku masih ingat Kujie tulis pasal ni dulu.. alah ni sket punya hal.. kalau faham maknanya telah terjadi komunikasi…
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Apa Yang Orang Gastrik Tak Boleh Makan…My Profile

  22. owh baru tauuuuuu
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Dugaan Puasa di Perantauan, kena puasa 16 jam.My Profile

  23. untuk karangan rasmi, bahan cetakan rasmi, kena rujuk dewan bahasa dan pustaka
    lagi2 untuk adik2 yang nak buat karangan di sekolah..hihi
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dibogelkan Oleh Wp-IncludesMy Profile

  24. Boleh, tapi tengok ejaan rasmi, nak biasakan diri dengan ejaan rasmi
    senang nak bagi tau anak2…

    kes dah kena tanya ni..tapi kat suratkhabar memang ejaan rasmi, cuma kat blog saja
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Rindukan Mama Atau Harry Potter?My Profile

  25. Kalau kita tau ejaan betul dari DBP, kita gunalah
    ada kebaikan utk diri sendiri juga generasi akan datang..hihi
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..#Wordless Wednesday : Mana Kau Nak Sorok?My Profile

  26. Bahasa karangan tu penting untuk anak2 di sekolah. Mak2 kena ambil tau….nnt dapat soalan maut, tergagap nak jawap

    Tapi kalai diperhatikan ejaan Ramadan digunakan secara rasmi di akhbar dan iklan promosi ..hihihi 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..#Wordless Wednesday : Mana Kau Nak Sorok?My Profile

  27. masalah utama DBP adalah;
    tak ada apps rasmi untuk mobile kehkehkeh
    Jom terjah post menarik dari syafiq ..Hello KittyMy Profile

  28. Sebab tu diterima guna ejaan macam mana, cuma kepada anak2 yg bersekolah, ejaan kena ikut dewan…

    ‘mama…mana ejaan yg betul?”

    kena rujuk dewan bahasa gak..hihi
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..#Wordless Wednesday : Mana Kau Nak Sorok?My Profile

  29. Sebab dia terbiasa nampak perkataan ‘Ramadhan’ dari ‘Ramadan’
    tetapi secara rasmi dalam media dan dikeluarkan oleh DBP perkataan yang betul adalah “Ramadan”

    Anak2 sekolah tak boleh keliru..mereka kena buat karangan dengan perkataan yg betul…blogger juga kena mainkan peranan untuk menulis dengan betul 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..#Wordless Wednesday : Mana Kau Nak Sorok?My Profile

  30. tu ar, kalau itu sebutan arab Ramadhan kan..tapi tulisan melayu jadilah ramadan..yg penting kita berpuasa..hehe..wahh jauh tu dari rumah kak ji nak ke puduraya..tak jammed ke?
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..Selamat Berpuasa Semua 🙂My Profile

  31. Anak2 kita mencari info di internet sekarang, kita yg menulis blog kena bertanggungjawap juga untuk menulis perkataan yang betul ikut dewan bahasa…huhu
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Membajai Cinta Dibumbui Kasih Sayang My Profile

  32. Bagi Kak Jie, benda ni kena pandang di luar kotak yang lebih luas
    kesan pada anak2 generasi akan datang
    carian di internet menemukan mereka dengan kekeliruan
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Membajai Cinta Dibumbui Kasih Sayang My Profile

  33. bagi tyka same je kak. janji kita faham .. he he ..
    tak sangka boleh dipersoalkan ..
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Laporan Blog Sitiatikah.com Pada Bulan JulaiMy Profile

  34. pening jugak kan bila didebatkan sama macam hukum DM tuh. Saya baru tau nih.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Puasa dan GiveawayMy Profile

  35. Tu ler kekadang konfius Ramadhan ke Ramadan..thanks kak jie…kerana infonya. 😀
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Tragedi Berdarah Sebelum RamadhanMy Profile

  36. bila tengok balik trending topic in Malaysia kat Twitter ‘Ramadan Mubarak’, rupanya lagi ramai gunakan ejaan Ramadan

    sy terikut-ikut dengan rakan blogger lain eja Ramadhan :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Syazwan Sarawak ..#KenanganPuasa versi EntriMy Profile

  37. muhammad fakhruddin says:

    Baik Ramadan atau Ramadhan, kedua-duanya punya carian yang tinggidi Google. Untuk penulisan rasmi, gunalah ejaan Dewan 😎
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Bersediakah Kita Untuk Baca @ Ramadan?My Profile

  38. janji maknanya sama ok lah tu..
    Jom terjah post menarik dari madammondoq ..Buffet Ramadhan 2011 – Shah AlamMy Profile

  39. kalu mau pakai dua2nya sekali pun boleh kan kan kan.. heheheh

    err.. maza skrg ni suka mengeja Syawal… ahaks..

    hehehehe….. :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  40. Kamarul Azri™ says:

    KA sebut apa yang KA baca kak jie, mungkin bunyi di tengah-tengah tu lain sikit kot.. 😉
    Jom terjah post menarik dari Kamarul Azri™ ..Komen tertinggi: Julai 2011My Profile

  41. rasanya ejaan ‘ramadhan’ tu yang betulnya,dalam sebutan la.tapi dalam kamus dewan ejaannya ‘ramadan’ untuk bahasa karangan.tak kisah guna yang mana pun.saya lebih suka guna ‘ramadhan’.
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest: Rewards (Punchtab.com) @ Pacifista – XMy Profile

  42. benda kecik je tu, asal kan ada bunyi cukup
    Jom terjah post menarik dari gobblogz ..Kemalangan Maut : Kepala Hancur Digilis (11 Gambar)My Profile

  43. رمضان – Ramdhan (bak kata saloma) 😆

    tu betul2 baca macam tulisan jawi kekdahnye.
    Jom terjah post menarik dari syafiq ..Kasih Tak BertepiMy Profile

  44. Rupanya ada juga yang menegur perkara yang sekecil ini.
    saya pula sudah terbiasa mengeja melalui sebutan. Dengan itu sejak dari dulu lagi ejaan Ramadhan diguna pakai.
    Jom terjah post menarik dari wachak ..Bazaar Ramadhan – 2011My Profile

  45. Zara pula mengeja berdasarkan sebutan. Sebab tu eja “Ramadhan”.
    Tapi betul juga tulisan Kak Jie di atas 🙂

    Worldwide guna Ramadan je kan? 🙂
    Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..#01 #Ramadhan : Mahu Terus Kekal SenyumMy Profile