Tukar Ke Celcom First Basic 38

Petang semalam saya dah ke Celcom Selayang buat tukaran plan Celcom Exac 50 ke plan terbaru Celcom First Basic 38.  Saya dah guna talian pascabayar Celcom ni lebih 10 tahun dan kerap juga bertukar plan bergantung kepada promosi dan situasi semasa.  Ikut keperluan.

Baca kat forum entah mana,  katanya pakej ni ditawarkan hanya untuk pelanggan baru, maksudnya kena daftar akaun baru.  Saya tanya Celcom Blue Cube Rawang pun dia cakap macam tu juga. Kemudian saya baca di laman web Celcom :

Registration of FIRST™ Basic 38 is open to all individuals including new and existing Celcom customers, Mobile Number Portability (MNP) customers, Prepaid to Postpaid conversions and customers who are not under a contract.

celcom basic 38

Celcom Blue Cube memang tak nak terima pengguna lama nak bertukar ke Basic 38 ke? Kalau baca kat web, boleh je…:

Simply walk in to any Celcom branch, Blue Cube outlet or Celcom key dealer nationwide.

Keluar daripada Celcom, masuk je dalam kereta dah dapat email pemberitahuan.  Cepat juga dia proses.  Selepas restart semula telefon, data internet saya dah berfungsi seperti biasa.

Dulu Plan Exec 50 ni kena bayar setiap bulan lebih RM 90 ( termasuk GST ).  Waktu bertukar ke plan Exec 50 dulu, inilah plan yang paling murah sesuai untuk yang kadar penggunaan  minimum saya.  Memang mahal dan tak berbaloi untuk kegunaan dan keperluan saya.

Kat rumah ada WIFI, saya surirumah tak keluar rumah tiap hari.  Kalau plan sebelum ni 2GB pun kami boleh tethering  dengan anak-anak tak pernah sampai habis.

50 jam panggilan dan 50 sms termasuk dalam pakej First Basic 38 ni. SMS tu sebulan adalah guna 2-3 kali. Kalau buat panggilan biasanya tak pernah habis limit, telefon suami dan Along saja. Angah biasanya kami guna Whatsapp call atau Google Hangouts

check baki kredit celcom

Nak check baki data Celcom, panggilan atau SMS, taip Bal Status dan hantar ke 28882.

Kalau orang tanya kenapa tak tukar ke syarikat  xYZ, ABC, MNO atau lain-lain, jawapan saya mudah saja.  Semua plan sesuai dan bagus untuk kegunaan setiap orang yang berbeza.  Lokasi juga menentukan syarikat mana yang bagus untuk pengguna.  Kalau yang tengah bandar bagus, laju tak semestinya yang di tengah hutan pendalaman di hulu ni bagus.

 

Nota : Ini bukan entri berbayar atau review berbayar, saya hanya berkongsi pengalaman.

 

Edit 27/5/2015

 

28882 celcom

Baki data internet boleh dibawa ke hadapan untuk bil yang seterusnya dengan maksimum sehingga 3GB, tetapi untuk unit panggilan dan SMS tidak boleh.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Tukar Ke Celcom First Basic 38”

  1. Dulu murah je …1995
    Sekarang aduh.. giliran anak2 pula masuk U
    Ada cadangan dari pihak mana entah nak bagi free belajar tapi ramai org tak nak…huhu semua kena bayar…
    Kalau ada penderma syok juge

  2. saya pernah pegi celcom alamanda, pon ckp perkara yg sama…tak boleh tukar ke plan 38 tu..sy guna plan yg 88 ..
    since sy pon WAHM, unifi pon ada kt rumah, ingt nk tukar la kan..jimat.

    dah susah2 sgt, dorang kata x boleh.., skang sy pakai prepaid maxis…kihkihkihkihkihkih..
    bila keluar rumah, bru on data…or subscribe internet..save !! muahahahah
    Jom terjah post menarik dari scheetah ..Dekorasi Bilik Bayi Idaman Semua MakPak (@_@)My Profile

  3. menarik plan ni..saya pun dah guna first 38 ni..dari guna plan sebelum ni bayar hampir 90 sebulan data 1GB je baik tukar celcom first..rm38 dapat 3G data, 3G Celcom wifi…

  4. Rasa Celcom 38 plan ni berbaloi sangat boleh dapat data sampai 6GB! Mana ada 6GB data dengan harga RM38 dalam pasaran sekarang

  5. Kami Celcom-Exec-50 nak tukar kene reject.

    Tertarik nak tukar jugak untuk saya, wife dan 1+5 family kitaorang. Tapi bila pergi ke celcom di Wangsa Walk Mall xbleh buat. Katanya dorang tak process untuk ni, untuk pengguna baru sahaja.

    Kat article atas, lepas kujie kata x boleh buat tu, kujie buat kat mana ye.?

    1. tanya kat blue cube Rawang memang dia cakap untuk daftar baru, tapi bila check kat laman web Celcom , pakej ni untuk baju dan lama
      Terus pergi ke Celcom branch di Selayang. Buat tak sampai sejam, terus dapat email notification dah aktif. Memang ada kawan2 cakap , blue cube memang tak dapat proses kalau nak tukar tapi ada kawan buat kat blue cube midvalley boleh pula…entah..bergantung kepada blue cube la kot.

      Bukan tukar 1, malah tukar 2 nombor ke pakej ni…satu pakej prepaid xpax sebelum ni, pergi kat Celcom Selayang tukar tak ada masalah.

  6. Lepas baca artikel akak ni, saya terus pergi kat celcom AEON Seri Manjung petang semalam. Saya pun pakai Celcom Exac 50, tapi bila tukar ke plan Celcom First Basic 38, orang celcom tu kata no saya tu kena matikan lepas tu daftar baru. Rasa macam sayang pulak nak matikan tu.
    Jom terjah post menarik dari RasyidZamri ..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015My Profile

    1. tak ada contract, 3GB Wifi tu yang kat Celcom , kak jie tak pernah guna….tak perlu selama ni..tak pasti pula mcm mana cara nak guna

Comments are closed.