Ubat Kucing Sakit Mata
Kucing

Ubat Kucing Sakit Mata

Minggu lepas Julie tak sihat. Tak nak makan dan suara jadi serak.  Dua hari selepas tu, mata kucing dah berair dan bertahi mata.

kucing sakit mata

Saya bawa Julie ke Klinik Haiwan Daerah Gombak di Rawang.  ( Pejabat  Perkhidmatan Veterinar  Daerah Gombak ). Dalam ruangan komen entri lepas, ramai yang bertanya klinik haiwan tu di mana.  Lokasi Klinik Haiwan Rawang dihadapan Petronas pekan Rawang ( Taman Greenpark ) .

Waktu rawatan di klinik haiwan ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari sahaja. 

Kalau nak suntik vaksin kucing, silalah telefon dulu . Nombor telefon Klinik Haiwan Rawang : 03-60919962 / 03-60924148

Doktor cakap Julie demam.   Ubat kucing demam tu kena suntik 2 kali. Kemudian doktor  titiskan ubat mata.

Kiri - ubat demam, vitamin dan ubat mata kucing
Kiri – ubat demam, vitamin dan ubat mata kucing

Ubat demam kucing ada 4 biji, makan setengah biji sehari sekali.  Vitamin untuk kucing ni sekali sehari sebanyak 1ml.  Guna picagari senang nak bagi kucing makan ubat. Semua kos di klinik haiwan yang perlu dibayar adalah RM20.00. Semak senarai harga ubat kucing di klinik kerajaan di sini – Harga Ubat Kucing Di Klinik Kerajaan

Ubat sakit mata kucing saya beli di farmasi jenama Nicol dengan harga RM4. Apa saja jenis ubat mata yang manusia boleh guna, kucing pun boleh guna. Tak boleh gunakan Eyemore ye, itu bukan ubat sakit mata.

Cara Bagi Kucing Makan Ubat

  • Tangan kiti pegang bahagian tengkok atas, dongakkan muka kucing.
  • Buka mulut kucing dan letak ubat di bahagian tepi dinding mulut.
  • Kucing akan terus telan ubat tersebut.

Pertama kali bela kucing secara serius, memang banyak perkara baru yang kena belajar.  Macam jaga anak kecik lah pula, tambahan  sekarang Julei sedang mengandung anak pertama.  Kesian je tengok dia lemah terbaring dengan mata yang berkedip-kedip minta perhatian.

Kalau perlukan panduan dan nasihat mengenai cara menjaga kucing, boleh baca di sini – Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

15 thoughts on “Ubat Kucing Sakit Mata

  1. salam kak.. dlu kceng sy skit mata teruk sgt smpai bengkak.. pastu vet bg ubat mata cam gel.. dia kata kat farmasi pn ade utk org punya.. kceng leh guna..
    alhamdullilah cpt baik nye 🙂

Comments are closed.