UPSR, PMR Dan Sejarahnya
Pengetahuan Am

UPSR, PMR Dan Sejarahnya

Apa yang saya faham dari statement Timbalan Perdana Menteri adalah

  • UPSR akan diteruskan seperti biasa
  • PMR akan ditukar nama.
  • Kedua-duanya akan  menggunakan format baru pada tahun 2016.

Intan akan menduduki UPSR tahun 2011 dan PMR 2014.  Tak terlibat dengan perubahan ini.

Trivia PMR

  • 1957 – Peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE)
  • 1960 – Diganti dengan Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
  • 1985 – SRP menggantikan LCE sepenuhnya
  • 1993 – Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menggantikan SRP
  • 2016 – Mari kita teka!

Trivia UPSR

  • 1967 – Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL)
  • 1986 – Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) dimansuhkan
  • 1988 – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diperkenalkan
  • 2016 – Masih UPSR

Sumber : Laman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan ( Kementerian Pelajaran Malaysia )

Tiba-tiba saya terpandang info ini di muka depan laman web.

  • UPSR sepatutnya Past, budak² Tahun 6 dah merdeka rama sekarang ni
  • PMR belum habis lagi ni… Selasa 12 Oktober baru habis.
  • Hari ini 10/10/2010 bersamaan  2 Dzulka’edah 1431H

©kujie – saya Penilaian Darjah Lima & SRP – bukti tua bangka!:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “UPSR, PMR Dan Sejarahnya

  1. nama baru dia PMT… Penilaian Menengah Tinggi … 😆 …upgrade dari Penilaian Menengah Rendah …

  2. saya terfikir ..UPSR akan jadi peperiksaan mega la.. lepas ni sebab may be itu sahajalah peluang utk budak2 ni masuk sekolah asrama…or sekolah asrama terbilang….skarang ni sistem entry boleh lepas UPSR or PMR….mean form 1 or form 4. Stress,utk ibu bapa dan students ni 🙁

  3. salam,

    Kak Jie,saya adalah pelajar terakhir mengambil PPDL(1985) dan SRP…dah tua la rasa saya ni…tak sempat belajar masa KBSR(kurikulum baru sek rendah)mula diperkenalkan.

  4. ts muhyiddin yassin buat pengumuman ni kt sydney, die trun utk prgram n dinner dgn students luar negara.

    yg sya fham, pmr jd internal assessment follow aussie, so tk pressure ntuk dpt bgus. upsr plak jdi 40% koko 60% exam.

    tp still, byk2 perubhan, evolusi pndidikan kne ade, no suap2 ni, more critical thnking on reseach n assignment based, even kt uni pun, plagiarism kene kontrol. klu tk smp bile pun masia takkn ade perkembngan ilmu klu asyik putar ilmu sme je,

    ps: statement akak yg last tu tk leh blah! XDDD

  5. sesiapa ada anak2 zaman sekarang perlu sgt2 ambil tahu segala perubahan dalam sistem pendidikan

    kadang2 keliru Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia –

    Tahun 1970 Kertas Bahasa Melayu/Malay ditukar nama kepada Bahasa Malaysia ( SPM )

    1992 – Kertas Bahasa Malaysia ditukar nama balik kepada Kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan SRP dan SPM

  6. apa saja nama peperiksaan – rangkaian bebanan masih sama

    murid – perlu cemerlang –
    utk ibubapa nak cerita dgn jiran2,
    untuk guru – buktikan apa yg diajar murid faham
    untuk sekolah – buktikan pencapaian berdata pada PPD
    PPD perlu graf yg menlonjak cucuk langit supaya tak perlu banyak soal dgn KPM
    KPM perlukan data yang cemerlang untuk dihebahkan di akhbar tanda kejayaan sesuatu sistem

Comments are closed.