Video Klip Paling Sukar Ditemui Di Youtube

Sila kuatkan speaker anda untuk mendengar , dan korek telinga .

Abah wa cerita, dulu, zaman dia, kalau bulan puasa, waktu berbuka dirujuk kepada sejenis burung. Burung Kattabau katanya. Bunyi dia begitu.

Abah wa cakap, burung tu macam anugerah Allah lah. Kesian kat orang dulu2. Mana ada jam. Nak sukat matahari pun sukar sebab hutan. Hujan ke, petir ke, mendung gelap ke, burung tu pasti muncul.

Tapi, bila dah ada api (elektrik), dah ada radio, dah ada jam, burung itu sedar tak sedar hilang dengan sendirinya. Cerita abah wa membuatkan wa ingin tahu sangat macamana burung tu. Hitam dan bersaiz seperti burung layang2 abah wa cakap. – Adukataruna

Kemudian saya pun reply komen beritahu kawasan rumah kami setiap maghrib masih ada bunyi burung taktibau. Burung ini melayang² di sekitar taman perumahan setiap kali masuk waktu maghrib. Kadang-kadang hanya dapat didengar suara tanpa kelibat sang burung yang terbang.

Sehinggalah satu entri Mohon Bantuan Kak Jie dikeluarkan. Itu kisah bulan 3/2009 dulu. Saya ni pembaca blog Aduka sejak dia belum fofular hinggalah kini setelah terkenal seantaro dunia, cuma sekadar mengintai disebalik kebijaksaan orang berhujah.

Dua hari sudah, saya teringat janji untuk merakamkan suara burung taktibau ini. Agak susah kerana saya tiada peralatan canggih seperti di makmal CSI. Hanya berbekalkan hp SE buruk ini, inilah hasilnya. Objek nak dirakam pula entah terbang tak nampak bayang.  Dengan gaya aksi Lady Bond, saya mengendap belakang rumah berpandukan suara suspek.

Rakaman lain terdapat  di  [ LINK ] . Video Youtube ini susah untuk dihasilkan , tidaklah semudah anda mencari beberapa video lucah, ganas  aksi kung fu anak gadis kita di Youtube.

Burung puyuh burung taktibau
Terbang tinggi si burung bayan
Di dalam kilat ada kilau
Rupanya awan mengandung hujan

Maksud: Orang yang berpura-pura baik tetapi sebenarnya ada niat tidak baik

Di atas dahan sayup bernada
Tunggu taktibau membuat sarang,
Sebak menahan rindu di dada.
Rindu di hati di tinggal seorang.

Post Lain Yang Berkaitan

64 Responses to “Video Klip Paling Sukar Ditemui Di Youtube”

  1. BAGAK says:

    memang orang sekarang kurang dah mendengar suara burung ini sebab ramai yang dah tinggal di bandar

    ada satu lagi burung namanya burung tukang, bunyinya seperti orang mengetuk tukul
    aktu berbunyi 9 malam ke atas
    BAGAK´s last blog ..Ebook Panas Terbaru My ComLuv Profile

    [Balas]

  2. pjan says:

    taktibau or cakcibau…err muskil gak
    pjan´s last blog ..Gay,Lesbian,Bisex dan Mak Nyah adalah celaka My ComLuv Profile

    [Balas]

  3. izzah says:

    ala…tak bleh tengok…kita kat skolah..kena block la…ceeediiihh nyeee :sad:
    izzah´s last blog ..3 Makhluk Allah My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @izzah, oooo…ramai yg kena block.
    nak kak jie hntr kat hp ke?

    [Balas]

    izzah Reply:

    @Kujie, ok gak tue :lol: ..teringin nak menengok burung tu… ;-)
    izzah´s last blog ..3 Makhluk Allah My ComLuv Profile

    [Balas]

  4. maza says:

    wah kujie! siap ada video lucah2 gitew.. wakakaka

    erk! betul ker ada org nak ambik si kujie jadi Lady Bond? hmm…

    wakakaka
    maza´s last blog ..Kenangan Lalu Bersama ‘Budak Itu’! My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @maza, erk…awak tak nak tengok ke kat youtube tu
    macam2 ada…. video aksi kung fu pun bersepah

    [Balas]

  5. Kak Long says:

    :lol: Memang mengkagumkan bila ada blogger yang berinisiatf macam Jie. Mungkin ramai gak yang tak kenal burung taktibau ni. Terima kasih maklumat tu dan bunyi burung tu. Nama macam pernah dengar, tapi kalau dengar bunyi burung, memang tak tahu bunyi burung apa.
    Kak Long´s last blog ..Tujuh hari seminggu My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kak Long Reply:

    @Jie,
    Maaf silap eja. ‘yang berinisiatf’ tu patutnya ‘berinisiatif’. Nak betulkan jugak walaupun Jie tahu ejaannya.
    Kak Long´s last blog ..Tujuh hari seminggu My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @Kak Long, memang ramai yg tak kenal
    ada yg tinggal setaman..tapi tak pernah perasan burung ni lalu tiap kali maghrib

    [Balas]

  6. Eriyza says:

    Ghajin tul kak Jie ni.
    Baguih! ;-)
    Eriyza´s last blog ..Terasing Dalam Bising My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @Eriyza, bkn susah2 nk pergi mengendap …tepi rumah je..tak keluar pagar rumah pun..hehehe

    [Balas]

  7. good info.. hehe tatau pun pasal burung nie, lahir2 dah jumpa tv.. pastue tak pose. haha!!

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @samanosuke_04, aipppp….tak posa tu! :mrgreen:

    [Balas]

  8. Bb Hussain says:

    mak saya pun cerita tentang burung ini..
    cantik la theme kak jie ni..very soft..
    Bb Hussain´s last blog ..Fresh Cherries from Kazakhstan My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @Bb Hussain, elok la tu..bukan semua org tau ttg burung ni

    [Balas]

  9. arin says:

    cantik kaler theme baru..suka mata saya tgk..
    arin´s last blog ..Dolly, Anyone? My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @arin, ada gak yg tak selesa…

    [Balas]

  10. haritz says:

    nak tengok tak sempat.

    ps:aik themes baru lagi, rajin betul makcik ni kui kui kui! :mrgreen:
    haritz´s last blog ..Akukan Abang! My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @haritz, bukan lama pun..30 saat je

    [Balas]

  11. maza says:

    masih di ofis. tidak berkesempatan mahu mengodam ‘tube awak’ itu..

    nanti sahajalah jika berkesempatan… akan maza nukilkan yg baik2 di sini…

    salam,

    hmm
    maza´s last blog ..Kenangan Lalu Bersama ‘Budak Itu’! My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @maza, dah dengar ke belum?

    [Balas]

    maza Reply:

    @Kujie,
    sudah dengarkannya….

    masa kecil, di kampung nan indah lagi permai.. acapkali maza dengarkannya….

    Dan seacap tu juga, kaki sakat ~ termasuklah bonda tercinta ~ menakut-nakutkan kami.

    huhuhuhu…. katanya hantu jembalang, hantu penanggal tengah mencari mangsa! Budak-budaklah jemabalang itu paling gemar!

    aderkkk
    maza´s last blog ..Kenangan Lalu Bersama ‘Budak Itu’! My ComLuv Profile

    [Balas]

  12. tekkaus says:

    Saya rasa dekat dengan rumah saya takde burung jenis ni. ;-) Agaknya semua telah behijrah kot.

    War…template baru ya? Warna ungu. Cantik juga. :D

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @tekkaus, memang semakin pupus….kita org2 yang bertuah saja boleh dengar..haha :mrgreen:

    [Balas]

  13. nurul says:

    kat kampung saya ada lagi kot
    nurul´s last blog ..SALMAH AGOGO My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @nurul, blk buat edisi siasat :lol:

    [Balas]

  14. kuro says:

    huk2..nk tgk video tu tp utube kene block!!!nk tau gak cane bunyi burung tuh…wwuuuuu :sad:
    kuro´s last blog ..cerita ceritu~aq mau bercerite panjang~#1 My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @kuro, meh…kak jie bunyikan…hahaha :mrgreen:

    [Balas]

  15. kengkawan says:

    ooo gitu la bunyik nyer eh..

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @kengkawan, kena kuatkan sound…sbb jauh burung tu terbang..mmg tak nampak…dgr bunyi je

    [Balas]

  16. shay says:

    kak kujie tengah buat xperimen ke? asyik tukar layout jerk… yang ni cantik juga…

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @shay, bkn xperimen…saja suka2 :lol:

    [Balas]

    shay Reply:

    @Kujie, sama la macam shay, shay pun sesaja jerk suka2 tukar template… :lol:
    shay´s last blog ..Tak SIHAT My ComLuv Profile

    [Balas]

  17. mrs azmi (@PHEA ) says:

    wah! purple gitew :grin:

    sangat sweetla kakjie! :grin:
    mrs azmi´s last blog ..jom jalan – jalan My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @mrs azmi, heheeh..tukar theme wordpress, sekali klik je…. tak mcm tukar template blogspot :mrgreen:

    [Balas]

  18. Tie says:

    Rasa macam pernah dengar bunyi tu tapi tak ingat pulak rupa burung tu.

    Kat sini Jie, sejak pindah ke K Berang ni, ada sepasang burung besar… bunyinya macam burung dinosour tu, entah apa namanya… rupanya hitam je, tapi lebih besar dari gagak. Tie takut dengan burung tu…
    Tie´s last blog ..Toot-toot….toooooot…………… My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @Tie, mgkn pernah kot Tie..mak2 kita pernah cerita ke..

    uik Tie..rakam jgn tak rakam…satu khazanah sejarah tu Tie, bukti penemuan…mana tau fofular Tie nnt :grin:

    [Balas]

    maza Reply:

    @Kujie @ Tie

    hati2 Tie, karang burung tu patuk2 dan makan Tie baru tau..

    mungkin gak tu spesis garuda mencari ‘hamba sahya yg berwarna gelap2 untuk dibuat santapan!”

    huhuhu

    (burung enggang lah tu! Kalau dia terbang memang bunyi kuat. Ia terhasil dari kuakkan sayapnya yg besar berbanding burung gagak!)
    maza´s last blog ..Kenangan Lalu Bersama ‘Budak Itu’! My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @maza, kalau enggang, dia sesekali lalu je kot..

    [Balas]

    maza Reply:

    @Kujie,

    ada juga enggang yg birah.. gatal nak buat pusingan maut di hadapan mata kita….terutama enggang yang sudah nampak ayam-ayam peliharaan. Awas reban akan diceroboh atau anak2 kecil kepunyaan ibu ayam akan kehilangan…

    dalam kes-kes ganas.. dengan ibu-ibunya sekali diangkut oleh si enggang..

    huhuhu
    maza´s last blog ..Kenangan Lalu Bersama ‘Budak Itu’! My ComLuv Profile

    [Balas]

  19. KampungBoy says:

    cmne ye…rupanya
    tak nak imagine aku
    first time dengar
    kak G, kalau ada pc lagi cntik
    tgkap pastu potong bikin satey
    KampungBoy´s last blog ..Tunjukkan Sokongan Anda. Bantulah Chenat My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @KampungBoy, selalu dia dtg time maghrib, dah gelap2 tu..nengok je kat langit…dia terbang
    mcm burung layang2 gak le..dia pusing2

    nk wat satey…erk..sekali telan je
    tak sempat tekak nk rasa :mrgreen:

    [Balas]

  20. Mak Su says:

    kujie tukar template lagik? kali ni nampak cooling, kaler purple :D

    dulu-dulu arwah mak selalu tanya, ‘burung taktibau dah berbunyi lom?”….. ketika senja, menunggu waktu maghrib masuk.
    Mak Su´s last blog ..Cerita Kosong: Ketegurkah? My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @Mak Su, a;ah….maksu beruntung….. ada kenangan dgn mak masa dulu2..
    sy ni dh tua bangka baru le kenal ttg burung yg berjasa ni

    [Balas]

  21. iza says:

    Amboi Kak Jie dah macam crew National Geographic ni hehehe.
    Kat Kedah depa panggil apa yer Kak Jie?
    iza´s last blog ..Raikan Kasih Kita… My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @iza, heheh..terhendap2 belakang rumah nk rakan…sik abik hp ni dpt rakam 30s je
    dok melangut tak sedar terlanggar sink..tu yg bunyi kedebummm tu :lol:

    tataulah…sbb tak pernah pn tau masa dok kedah …dok sini baru kenai burung ni

    [Balas]

    Kak Long (@PHEA ) Reply:

    @Kujie,
    la…ingatkan bunyi apa yang last tu. Tapi bunyi tak-ti-bau tu memang ayu sungguh. Patutlah namanya diberi begitu, ikut bunyi yang dia keluarkan.
    Kak Long´s last blog ..Tujuh hari seminggu My ComLuv Profile

    [Balas]

  22. uji6june (@PHEA ) says:

    kelakaunyer nama burung tu ye Jie .. :mrgreen:
    baru first time dengau
    uji6june´s last blog ..Jawaban yang mana kita inginkan? My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @uji6june, bunyi dia sama je dgr nama burung :lol:

    [Balas]

  23. kruel74 says:

    Pernah dulu bunyi burung ni masa tinggal di Seremban dan masa balik kampung di Nilai dulu… baru tau namanya, siap ada pantunnya sekali ya…
    kruel74´s last blog ..Liberalisation of legal profession? Not so fast,.. My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @kruel74, sebenarnya ada jiran sy dia ckp dia tau nama burung ni dari pantun lama…tp tak pernah dgr pun bila kami bgtau kt area taman ni ade burung taktibau

    sbb tu sy cari pantun dia…

    kiranya untunglah juga dpt dengar

    [Balas]

  24. kujie…nak tnya la..
    kenapa tukar theme??
    rasnaya theme dulu chantik..
    mcm kosong jer bila tgk theme ni..
    huhuhu…
    sekadar pandangan…….

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @sumijelly, hehehe..kak jie ni suka simple…tp theme tu mmg light sgt kan..mcm tak de jiwa…
    ok ok..kak jie tukar yg pepel ni….mcm mana? :mrgreen:

    mcm gadis sunti :lol:

    [Balas]

    sumijelly (@sumijelly ) Reply:

    @Kujie,
    haaa…….baru la cun, meletop…
    nampak cikit keceriaan..
    hehehehe…..

    [Balas]

  25. cikun-kun says:

    “taktibau!” hehe camtu la kan buni die..hehe..kat umah kakjie ke ade burung tu..ade tak name saintifik utk burung tu..nak gak tau dgn lebih mendalam..

    cayalah cik taktibau, perkhidmatan anda terhadap muslim muslimah amat dihargai..hehe..

    ps: x sabar nak puasa.agak2 kat jpn ade x burung tu?

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @cikun-kun, mmg mcm tu bunyi dia…lain sgt dgn bunyi burung yg lain
    itulah zaman dulu2…nk pastikan msk waktu berbuda posa, dengar je bunyi burung ni… itu cerita asal usul yg kak jie dgr..kak jie pun sejak dok sini 7 thn…baru 3-4 thn ni je tau ttg burung taktibau ni

    p pasang le telinga..kot2 ade bunyi burung tu kt jepun :grin:

    [Balas]

  26. edame says:

    burung tu kate..”taktibau…taktibau…” :grin:

    xpnh dgr byi burung ni sblm ni, kewujudannye pn xdiketahui…thanks k.jie…
    edame´s last blog ..Hanya Gamba, I Like This!!! My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @edame, ramai yg tak tau….mgkn sbb waktu mghrib kt tempat msing2 bising…riuh rendah kot.

    kadang dia bunyi pusing2 kt padang bola..dok suruh budak2 tu blk le kot
    tapi mmg dpt dgr bunyi dia waktu mghrib je…

    [Balas]

  27. zool says:

    Hm.. sedih bila org citer pasal youtube..
    Opis block.. Umah takde PC.. wargh!! kena beli netbook cecepat ni

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @zool, dah jadi anak murid rohaizad tu..tak lama lagi dpt le hasilnya….beli cepat2 :grin:

    [Balas]

  28. en_me says:

    tenet slow, me takleh nak men ‘awak tiub’ ghitewww.. uhuhu
    en_me´s last blog ..butuh temen ngobrol My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @en_me, guna tenet cap siput ke :mrgreen:

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Trackbacks

  • [...] mengintai sesuatu. Kalau mingu lepas saya berusaha keras aksi Megan Fox untuk mendapatkan Video Klip Paling Sukar Ditemui Di Youtube tapi kali ini mangsa terjahan saya juga makluk darah panas dan berbulu.. he he [...]

    Tetamu Exotik Fantastik | Hidup Biar Sedap — 15/07/2009 @ 2:24 pm