Air Terjun Sekayu Dan Sejarah Hulu Terengganu

sekayu comel, zaman berzaman
sekayu comel, zaman berzaman
na na na na na terengganu kita

Kerana lirik lagu Iklim itulah saya teringin nak menjejak kaki ke Air Terjun Sekayu. Selepas pusing Pantai Batu Buruk, Pantai Tok Jembal dan balik ke Hulu Terengganu melalui Kampung Iman Lapar dan Kampung Nasi Dingin, kami ke Hutan Lipur Sekayu.

Alang-alang suami bekerja di Terengganu, kena ambil peluang menerokai setiap ceruk negeri.  Rujukan dari laman web Pejabat  Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama ‘Ling Wai- Tai Ta’ karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178.  Ahli-ahli sejarah berpendapat Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.

Negeri itu (Foloan) berjiran dengan ‘Peng-Heng’ (Pahang), ‘Teng-yanu’ (Terengganu) dan ‘Ci-lan-tan’ (Kelantan)

Macam tu lah sejarah Hulu Terengganu.

Hutan Lipur Sekayu atau Air Terjun Sekayu adalah salah satu tempat menarik di Terengganu terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Lokasi Hutan Lipur Sekalu – GPS 4.966098,102.954666.   Jaraknya lebih kurang 16 KM dari Pekan Kuala Berang atau 56 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.  Memandu lebih kurang 30 minit bukanlah lama sangat.

Tempat menarik di Terengganutiket masuk hutan lipur sekayu

Tiket masuk ke Hutan Lipur Sekayu:

  • Dewasa – RM 2.00
  • Kanak-kanak – RM 1.00
  • Sewa Troli – RM 3.00

Waktu Kutipan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kalau datang ramai dan bawa peralatan untuk berkelah, berkhemah boleh sewa troli supermarket tu. Ada juga beberapa chalet untuk disewa.

 

Tempat menarik di Terengganuair terjun sekayu

Selepas pintu masuk ada laluan bertar disepanjang jeram sungai.

Hutan Lipur Sekayu telah dirasmikan pada tahun 1985 dan kunjungan saya bulan November 2013 , kebanyakkan bangunan seperti dewan terbuka, wakaf , jambatan agak uzur dan kerja-kerja membaiki sedang dilakukan.

Tempat menarik di Terengganuhutan lipur sekayu terengganu

Air Terjun Sekayu dilengkapi dengan Sistem Siren Amaran Awal Aliran Air Deras atau kita panggil kepala air. Kalau tengah mandi  dan  kedengaran bunyi siren, cepatlah keluar dari sungai dan naik ke tebing yang tinggi.  Jangan nak degil sangat kerana tempat ini kerap meragut nyawa dengan kejadian mati lemas.

Tempat menarik di Terengganuair terjun sekayu terengganu

Jambatan ini tidak boleh dilalui lagi, sedang dalam proses dibaiki dan menaiktaraf.   Kami tak masuk jauh  ke dalam , hanya duduk-duduk di bawah redupan pokok yang tinggi menjulang di kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu.

Tempat menarik di Terengganuhutan lipur sekayu

Saya tak tahu apa nama binatang ni. Comel je dengan kepala warna merah.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. sy pernah pergi sekali…best sngt…mane yg belum pergi mesti pergi…air sjuk…nyaman…:)

  2. tak pernah pergi lagi yang nih.
    Jom terjah post menarik dari Encik Seminar ..Tanya 40 soalan kepada Lawyer Hartanah.My Profile

  3. Air terjun mengingatkan aku pada kampung halaman dah, disana gunung dekat rumah juga ada air terjunnya walau tak semenarik air terjun sekayu
    Jom terjah post menarik dari fauzie ..How To Install A XAMPP Localhost Server On Your ComputerMy Profile

  4. Tak pernah sampai pun lagi kat sana…

  5. Lama dah tak pergi ke sini..tak banyak pun yang berubah,..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Tips Pujuk Anak MandiMy Profile

  6. Bestnya… lama tak pergi sana. Kak Jie… Nak tanya ni “Desawa – RM 2.00” tu apa ya? Hehehehe. Jangan marah… Gurau je.
    Jom terjah post menarik dari Ammar ..Video Penjual Putu Kena LanggarMy Profile

  7. apabila tengok air terjun tuh , makin tak sabar nak mandi sungai Janda Baik bulan 3 nanti…=)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Conteng Dinding , Sowee MamaMy Profile

  8. kg iman lapar & kg nasi dingin…unik nama kg kat area sana
    rasa lapar pulak 🙂
    Jom terjah post menarik dari zakiah hj suboh ..Apa Itu Penyakit Gout?My Profile

  9. Super awesome. loading terbaik (Y)
    Jom terjah post menarik dari Syahril Hafiz ..Tarikh – Tarikh Penting UPU 2014/2015 ( IPTA 2014 )My Profile

  10. Wah dah bertiket Sekayu sekarang. Kami dah lama tak ke air terjun…takut air kencing tikus.

  11. wooo.. mati lemas!

    kalau macam tu, maza mandi di situ guna timba ajelah.. boleh?
    hehehe

  12. Tok Jembal pun ada sejarah tersendiri 🙂

  13. Menarik tempatnya. Nampak air tidak berapa deras.

  14. lama dah tak berkelah, best juga berkelah santai2 tepi air terjun kan.

  15. Patutnya….
    sekayu come, zaman berzamang
    sekayu come, zaman berzamang
    na na na na na terengganu kita

    kena buang “L” dan tamboh “G” ……baku ganu…

  16. Mtuah juga tiket tu noh. Cadang nak makan angin belah sana gak. Tapi jaga jaga binatanag spesis baru tu. Huhu tak taw nama :p

Trackbacks

  1. […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Air Terjun Sekayu Dan Sejarah Hulu Terengganu | kujie2.com […]