`Air Terjun Serendah Templer Kai

air terjun serendah

Air Terjun Serendah, Hulu Selangor bukan Rawang. Serendah daerah Hulu Selangor, Rawang daerah Gombak.

Kalau dari Kuala Lumpur, lebih baik guna jalan persekutuan ( Selayang ke Serendah ).  Dari Pasar Borong Selayang lebih kurang 27 KM sahaja.  Kalau ikut PLUS, keluar di Exit Sungai Buaya dan terus memandu ke Serendah ( ikut arah ke Ipoh )

Selepas pekan Serendah ( ada Balai Polis Serendah di sebelah kiri ) , jumpa simpang 3 lampu isyarat , masuk kanan.

 

lokasi air terjun serendah

Dari simpang tersebut, lebih kurang 4 KM.

kampung orang asli serendah

Dalam perjalanan ke Air Terjun Serendah, akan lalu Perkampungan Orang Asli Hulu Melaka, Serendah.

 

templer kai serendah

Air Terjun Serendah atau bagi penduduk tempatan kami memanggilnya Templer Kai.

air terjun serendah hulu selangor

Ada tempat letak kereta, medan untuk berkhemah, gerai makanan dan minuman dan tandas  disediakan.  Jika memandu 4×4 , boleh terus naik melalui jalan di tepi air terjun tersebut. Kereta biasa tak berapa sesuai kerana walau pun jalan bertar tetapi ada beberapa lokasi yang rosak teruk akibat hakisan.

air terjun

Lata dan jeram sesuai untuk aktiviti mandi manda.

templer kai

Nampak pemandangan yang mendamaikan macam ni, tikar belum dibentangkan, perut dah berkeroncong!

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “`Air Terjun Serendah Templer Kai”

  1. Salam kak, bestnya nampak tempat ni. Nyaman, bersih, tenang dan sangat cantik. Pasti dimasukkan dalam senarai utk bersiar-siar bersama keluarga insya Allah. Terima kasih kerana berkongsi.

    Sama2 kongsi pengalaman bercuti bersama keluarga. Lagi destinasi menarik untuk keluarga boleh lihat post di blog saya berjudul Tips Visit Malaysia Bawa Keluarga Bersiar-siar

    Sekali lagi, terima kasih atas perkongsian destinasi percutian sangat menarik ni. Salam

  2. memang best.. saya pernah pergi tempat ni tak jauh pun dari kl. ikut jalan ke rawang je menghala ke Batang Kali… jom la..g.. seronok… pemandangan yang sangat indah..

  3. Saya nak tanya. saya nak pergi situ weekend nie. Agak2 pukul berapa masa yang sesuai utk datang situ? ramai tak orang? ingat nak betolak dari shah alam dalam pukul 8 pagi.

    1. tu hari Ahad 06/092015 jam 10.00 pagi
      naik kereta tak turun pun, gambar dari dalam kereta je…ada beratus gambar air terjun ni sebab dah pergi sini pun dah berpuluh2 kali…ni entri ke 3-4 dlm blog ni mengenai Air Terjun Serendah.

Comments are closed.