Bunga-bunga cinta

bunga di cameron highlands

Saya bertolak balik 7.30 malam  dari Cameron Highland dan tiba di rumah hampir 11 malam.  Walaupun Cameron Highland adalah destinasi percutian tetapi saya bukan bercuti sebenarnya – atas urusan kerja.  Saya pemandu kepada big boss saja.

Saya memandu dari rumah hingga ke Tapah dan suami memandu mendaki ke Cameron Highland.  Jarak antara Tapah ke Brinchang hampir 60KM memakan masa 1 jam 30 minit.  Balik pun macam tu, saya memandu dari Tapah  sampai ke rumah, dia berdengkur.

Kali pertama saya menjejak ke Cameron Highland tahun 1981, ikut rombongan sekolah.  Sangat seronok kerana itulah pertama kali saya berjalan jauh dan kali pertama ikut rombongan.  Baru Tingkatan 1, belum akil baligh pun.

ladang teh di cameron highlands

Kali kedua , 10 tahun selepas itu ( 1991 ) .  Berbulan madu.  Itu saja tempat sejuk yang sunyi sepi yang ada di negara kita.  Saya bukan mampu pergi Korea  bermain salji seperti Mawi dan Ekin atau semewah Siti Norhaliza dan Datuk K yang menzahirkan bahagia mereka dengan hadiah harijadi berharga ratus-ratus ribu.

TIap kali datang semula ke Cameron Highland, mesti tertanya-tanya, mana satukah hotel yang pernah kami menginap dulu. Punyalah kelakar dan jakun kerana itulah kali pertama kami berduan-duan datang bercuti dan kali pertama menginap di hotel. Blur langsung… tak tahu nak cari, tak tahu nak booking, tak tahu nak pilih.

Kenangan sungguh! Waktu tu saya 24 tahun dan suami 25 tahun. Tak pernah tinggal di hotel dan tak pernah bayangkan macam mana rupa hotel apa lagi bintang-bintangnya. Nampak saya perkataan ‘hotel’, terus masuk tempah bilik. Langsung tidak terfikir persekitaran dan kemudahan. Baru seminggu kahwin, dunia semua nampak indah. he he he… tak kisah di ceruk mana.

 

Waktu tu, ke mana saja dibawa suami menurut, patuh ala-ala anggun perempuan melayu terakhir. Bila difikir-fikir balik, mengada pula saya semalam. Nak bilik tv berastro, tak nak jauh sangat dari pekan nanti susah nak cari makan, tak nak yang depan-depan main road, bising tak boleh rehat .  Sedangkan bilik kami berhoneymoon 18 tahun dulu tiada tv apalagi astro dan betul-betul di pekan Tanah Rata mengadap jalan utama.

  • * Saya pernah menginap di Strawberry Park Resort- memang jauh dari jalan utama sunyi dan sepi.
  • * Tahun 1998 & 2006 saya menginap di Country Lodge Resort – saya suka apartment ini, hanya di belakang Balai Bomba Brinchang.

kenangan di cameron highlands

Cameron Highland sekarang bukanlah seindah sesegar 10 atau 20 tahun dulu. Saya sangat-sangat beruntung kerana berkesempatan menikmati keindahan dulu. Tiada lagi yang istimewa, hanya strawberry yang boleh didapati lebih murah di Tesco atau Giant. Ros dan bunga-bunga makin berkurangan. Ladang cendawan juga tidak kelihatan lagi.

Saya masih ingat , dulu kalau ke Cameron Highland pelancong mesti dapatkan cenderamata serupa frame dengan bunga-bunga kering dan di taburi rama-rama yang dipin dengan jarum peniti. Pelancong memborong berdozen-dozen bunga ros berbagai warna.

Di manakah si rama-rama sekarang? Pupus?

Cenderamata sekarang hanyalah objek-objek berupa bantal-bantal comel berbentuk strawberry yang berlambak-lambak boleh dijumpai di mana saja. Atau belon berbentuk strawberry.

Sesuatu yang tidak pernah berubah sejak dulu – gerai sayuran dan buah²an masih dikerumuni oleh pelancong orang kita.  Kereta orang Melayu pasti sarat bila beransur turun dari puncak Cameroh Highland.  Sikap atau adap berjiran tetangga kita tidak pernah berubah.  Mesti ada yang hendak dibelikan untuk  makcik pakcik,  saudara mara, ipar duai juga jiran tetangga dan kawan-kawan.

Saya pun ada buah tangan untuk kawan-kawan yang blogwalking hari ini…..

Nama pun pergi kerja, jadi layan tempat kerja dulu..

 

Life is a journey
It can take you anywhere you choose to go
As long as you’re learning
You’ll find all you’ll ever need to know
Young girl don’t cry
I’ll be right here
When your world starts to fall
Christina Aguilera – The Voice Within

Hidup indah penuh warna warni andai punya kawan-kawan yang baik dan perihatin – terimakasih kerana sms melapurkan waktu blog saya down pagi semalam.

Taman Agro Al-Manshoor , salah satu ladang strawberry milik peniaga melayu menjadi destinasi menarik untuk dilawati. Terletak di Kampung Taman Sedia. Taman yang bersih dan tidak perlu risau dengan lelehan air siraman berkulat seperti permandangan biasa yang sering kita nampak.  Banyak homestay di kawasan ini.

EDIT untuk Deen :

“pemandangan ladang teh yg hebat. Kalo pi minum kat kedai yg dekat ladang teh tuh, pehtu minum sambil makan skon dan mengadap ladang teh, rasa macam org kaya plak”

A’aha la Deen oiii….rasa macam orang kaya minum teh kat Switzerland, minum teh seteko sejemput telapak tangan tu rm 17.00! Nak telan pun sikit-sikit, sayang takut cepat habis. :lol: Tu gambar tahun 2006

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. dulu CH sejuk…sekarang tunggu seju malam dan hujan…hehehehe…
    Jom terjah post menarik dari Alin Marlini ..Wordless Wednesday #040My Profile

  2. hairryzaidi says:

    salam.sy juga ingin berkongsi tetang cameron highlands.dulu semasa sy tak mengenali atau lebih tepat lagi mmg tak nak ambil tahu langsung tetang c.highlands,tapi pada 1 hari klu tak silap sy tahun 2007 isteri sy m.ajak sy ke sana.setelah terfikir 10 kali sy pun setuju utk ke sana.inilah pertama kali sy ke sana.tapi apa bila sy spai ke sana alangkah terkejutnya sy.kerana selain sesusananya yg tenang damai cuacanya dingin yg paling menarik bunga.bunganya segar.selama ini sy ingatkan di sana hanya tpt tanan sayur aja.semejak hari itu sy kesana setiap mggu.spailah skg.sy juga dah jatuh cinta dgn keadaan di sana.lebih manis lagi sy dah pun mempunyai ramai kenalan dari kalangan penduduk di sana.so sal tpt tgk di sana tak jadi masalah lagi…sy juga perpeluang ke ladang sayur kebun stwbery dan mcm2 lagilah.kerana kwn sy di sana mempunyai semua nya itu di sana.tapi skg dinginnya dah berkurangan di sbbkan pembangunan yg semakin banyak di dirikan.sy kecewa spatutnya kita memelihara anugerah tuhan itu sebaiknya.

  3. Hmmm! Memang syok pergi Cameron tu.
    Cuma nak share….ari tu pi Cameron + family…kami stay
    kat Chalet/Homestay Marina, Kg Taman Sedia.
    Tempatnya not bad…tak se”glamour” 5 Bintang resort.
    Apapun….kalau utk budget dan family vacation….memang best. Tak pening cari parking. Dekat Strawberry farm, waterfall,kebun2 sayur dan macam2lah.
    Next nak pergi Melaka pulak. Ada chalet nak di rekomen ke??

  4. dalam banyak2 ayat tu, satu jo yg den memang terperasan abis la…

    iaitu dah tingkatan 1 a.k.a 13 thn tak akil baligh lagi…hmmm…heheheh

    den lak sampai skrg tak akil baligh lagi.. sbb cikgu cakap masih tak cukup syarat ‘mimpi’!

    hmm

    hahahahhaha
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    Kujie ~ mmg mcm kanak2 ribena belum cukup umur… 😆

    maza: kaki sakat..

  5. Salam kak jie…
    Su kalau pegi CH, akan dok kat Heritage Hotel. Dah kontrak penginapan su begitu, nak tak nak kenalah tertenggek kat situ. huhuhu…

    Su suka carnation. Tahan lama sikit. 🙂

    suaras last blog post..DIA sayang kamu.

    Kujie ~ uik…tu dah elok sgt tu Su. duduk je la… 😆

  6. mawi ekin org taja. tapi siti nurhaliza!! 😯 😯
    mmg mahal gile jam richard mille tuh. masa keja dgn tokey dr swiss dulu, dia pun tak mampu nak bawak turun kl. unless ada order baru leh bawak. mahal tahap gaban tuuuuuuuu…

    Zanas last blog post..Resepsi

    Kujie ~ orang berduit zana… kita telan air liur je lah…hehehe :mrgreen:

  7. kak jie.. am dah sampai ladang teh itu.. memang klass tempat dia.. ala terapong dilereng bukit..

    btw still masalah ker..

    ams last blog post..Let’s Go For Walk-Walk 😉

  8. ni mesti ada lagu fav masa berchenta neh kan. haha

  9. mama!
    yonna nak real roses 🙂 ngee..
    tp kalau mama pos nnt sure dah lemau2 hahaha..

    first and last yonna g CH masa yonna form 4. tahun 2002
    hee.. mmg best!! bile cakap2 kuar asap kan ma hahha.
    tp sgt2 sejuk kan 😀

  10. Salam Kak Jie 🙂
    Iza baru sekali ja pi CH tu. tu pun ikut rombongan jugak.
    La ni teringin nak pi, tapi takdan + takdak geng.

    Mawar biru takdak, mawar merah pun ok lah Kak Jie, klasik dan cantik :mrgreen:

  11. wah menarik, suatu hari ingin kesana. klu genting byk kali la.

    paling menarik honeymoon hehe.

    megats last blog post..Tahun Baru, Bersihkan Minda Dan Hati!

  12. fiezabaiduri says:

    baru pegi beberapa bulan yg lepas.
    saje menyimpang sket kebetulan nak balik utara.

    jalan² ambik gambar, posing sana posing sini.hehe..
    naik ladang strawberry, makan aiskrim goreng kat atas tu.
    beli jus strawberry wat kenangan.
    masih ade separuh dalam peti ais. tak habis² minum berdua.hehe..

    tapi sejuk cameron sekarang tak sesejuk cameron 10thn dulu.

  13. keledek kat sana sdp, kck dan manis.

    julietchuns last blog post..Salam di rembang petang

  14. nak stoberi jujakkk

  15. Penat driving x pe Kak Jie… habuan byk menunggu!

    😀

    intans last blog post..Hantaran & Persiapan Perkahwinan (Part I)

  16. Jie, saya dah pernah sampai ke CH, tapi rasa tempatnya macam tak berapa masyuk utk holiday style tengok-tengok, mungkin honeymooners akan lebih seronok ler, tapi mmg ada hajat nak gi gaks kat smokehouse tu, mahal bebeno ler utk saya 😥

    Mak Sus last blog post..Kenapa mak?

  17. hihi. kalau pegi cameron, mak diya suka bebeno borong sayur bebanyak. 😆

    p/s-itu gambar mawi ekin. adeh. tak koser nak layan =p

    diyas last blog post..D249 : Belajar Tentang Cinta, Kasih & Sayang

  18. Kak Jie ni tiap2 tahun mesti ke cameron yer….ermmm…rindu dgn kesejukan ‘natural’ cameron dan scones….ermmm….

    Umimias last blog post..The Women

  19. Dulu masa bulan madu kak jie tu masih jual minyak macam butter ke? Pakai potong? Diorg kata sejuk nya sampai camtu….

    kruel74s last blog post..Award season (updated with result)

  20. banyak rama-rama telah terkorban..dijadikan cenderamata..

    Lan Bingkas last blog post..Saya pemandu paling berhemah

  21. kak jie, aisay tgh syok2 baca psl cite cameron ade gaks selit cite mawi-ikin yek..hiks…kim dpt pegi sekali jek sane tu pun co buat trip..dahla bila sampai hujan nak balik pun hujan. err..terase nak makan stawberry la pulak.

    kims last blog post..Akikah for Hana and Imran

  22. NikShikin says:

    shin tinggal di pahang kecik2 dulu. sempat la menjengah ke sana. hampir setiap minggu.

    NikShikins last blog post..Bahasa Melayu perlu terus unggul

  23. kak jie, elyn teringin nk pi lagi…. nk duk di bala’s chalet…. murah tp mmg besh …..

  24. Wah, Cameron Highland lah. Best. Walopon pernah pegi, tp tetap nak pegi lagi. SUka sangat dgn sayur2 fresh ditambah plak keenakan jagung serta pemandangan ladang teh yg hebat. Kalo pi minum kat kedai yg dekat ladang teh tuh, pehtu minum sambil makan skon dan mengadap ladang teh, rasa macam org kaya plak. Hahahaha. Kagum. Kagum. :mrgreen:

    DeeNs last blog post..BuNGa PoPiKu

  25. kalau kata nama bercuti..makan angin mesti sangat seronokkkkk…

    izzahs last blog post..Super Duper Women…

    • @izzah, pergi kerja tu…Parah projek ni, kos berjoli yang lebih

      “boss..makan minum , hotel, sayur, strawberry tu boleh claim, tak?”

  26. KampungBoy says:

    Cantik..sey….aq belom penah lagi jek kat sana…teringin nak pergi

    KampungBoys last blog post..Cara & Panduan Meningkatkan Ranking Alexa

    • @KampungBoy, skrg ni kalau dr utara boleh ikut Simpang Pulai, dari timur ikut Gua Musang dan kalau dari selatan ikut Tapah.

Trackbacks

  1. […] Sebenarnya, bukan semua jenis bunga kekwa yang boleh digunakan untuk minuman, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium yang berwarna kuning sahaja yang sesuai dibuat teh. Di Malaysia, bunga kekwa ditanam untuk pasaran bunga keratan (cut flower), kebanyakkannya di Cameron Highland. […]

  2. […] -> Cameron Highlands -> Gua Musang -> berhenti di Tasik Kenyir (3D2N) – jumpa buah hati […]

  3. […] pasti kenapa saya dan keluarga kerap bercuti di Cameron Highlands, mungkin di sinilah tempat berbulan madu saya 19 tahun dulu… kata orang tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat cinta […]