Dari Angkor Wat Ke Tonle Sap Lake Di Siem Reap

Malam tadi tertengok rancangan Destinasi Ria sekmen Tomok dan isterinya, Ayu bercuti ke destinasi yang terkenal dengan Angkor Wat di Siem Reap, Kemboja. Bila tengok segmen tu di TV, terus bersemangat nak update gambar-gambar percutian di Siem Reap baru -baru ini.  Dah balik 2 minggu tapi tak sempat nak update.

Hari kedua di Kemboja, kami bertolak ke Siem Reap dah lewat petang dari Phnom Penh. Sampai di Siem Reap dah malam, jadi keesokkan harinya barulah kami berpeluang melawat tempat-tempat menarik di Siem Reap.

Siem Reap adalah bandar perlancongan di Kemboja yang lebih moden dan tersusun jika dibandingkan dengan Phnom Penh. Selepas sarapan hari ke-3 di Muslim Family Restoran milik Haji Musa kami melawat komplek Angkor Worl Herigate.

Angkor bermaksud ibukota dan Wat adalah candi.

siem reaptiket masuk angkor wat

Tiket masuk ke Angkor Wat ialah 20 USD sehari bagi pelancong asing dan percuma kepada rakyat Kemboja. Kanak-kanak dibawah 12 tahun juga percuma. Kalau nak beli tiket untuk 3 hari harganya 40 USD dan 60 USD untuk 7 hari.

Berdiri mengadap kamere dan senyum.

siem reapangkor pass
Angkor Pass akan terus dicetak dengan gambar pemilik tiket. Maksudnya tak boleh bertukar tangan dan kena simpan tiket elok-elok.

siem reap2013-12-20 10.43.45
Taman Arkeologi Angkor telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1992. Letaknya lebih kurang 5 KM dari bandar Siem Reap.  Bendera rasmi Kemboja mempunyai gambar Angkor Wat ditengah-tengahnya.

siem reap2013-12-20 10.06.31

Angkor Wat pada asalnya adalah candi Hindu (abad-12) sebelum dialih fungsikan menjadi candi Budha.  Kalau melawat ke sini, anggap saja kita melihat dan mengkagumi ketinggian ilmu manusia beribu tahun dahulu sehingga boleh membina struktur monumen teguh dan bersistematik seperti ini.

siem reap2013-12-20 10.12.30

Angkor Wat pada asalnya adalah candi Hindu (abad-12) sebelum dialih fungsikan menjadi candi Budha

siem reapmasuk angkor wat
Angkor Wat juga candi yang paling besar dan terkenal di dalam kompleks Taman Arkeologi Angkor selian daripada beberapa candi lain seperti  Angkor Thom, Banteay Kdei, Bayon dan Ta Prohm iaitu candi yang paling terkenal kerana filem Lara Croft: Tomb Raider.

Kalau berminat untuk mengetahu lebih terperinci mengenai Angkor Wat, bolehlah search Wikipedia.

Selepas melawat Angkor Worl Heritage, kami balik ke Restoran untuk makan tenghari.  Selepas itu teruskan lawatan ke kilang memproses sutera di Siem Reap.

Angkor Silk Farm lebih kurang 30 minit dari bandar Siem Reap yang dibuka setiap hari jam 8 pagi hingga 5 petang.

siem reapulat sutera
Ulat-ulat sutera yang diberi makan daun malberi. Belum gemok lagi ni…tengah proses membesar.

siem reapkepompong ulat sutera
Ulat sutera disusun di atas bekas besar macam ni dan kempompongnya membesar dan melekat sebelum dikutip untuk diproses bagi mengeluarkan benangnya.

siem reapproses buat sutera
Proses mengeluarkan benang sutera dari kepompong ulat sutera.  Tangan kiri akan memusing gelung sutera mentah.

siem reap sutera mentah
Sutera di dalam pelbagai peringkat proses penyediaan belang sutera sebelum melalui teknik ikat ( tie ) bagi mewarnakan  benang .

siem reapbenang sutera

Benang sutera yang siap diwarnakan dan akan  sebelum ditenun.  Kalau nak tengok video kecekapan pekerja menenun sutera, tengok kat Instagran saya – kujieins

Selepas lawatan ke Silk Farm, kami ke Tonle Sap Lake iaitu tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara untuk menikmati sunset.

Saiz tasik berbeza-besa mengikut musim – kalau musim kemarau, saiznya akan mengecut agak drastik dan air akan melimpah membentuk tasik yang lebih besar apabila musim hujan. Katanya perbezaanya 6 kali lebih besar dari saiz asal. Ini adalah kerana Tonle Sap Lake terbentuk daripada takungan tasik dan sungai Mekong.

siem reap floating village

Tiket untuk sebuah bot 51USD berbaloi untuk kami seramai 9 orang.

Sewaktu belajar mengharungi tasik yang besar ini, kita akan melihat rumah terapung penduduk Kemboja yang kebanyakkannya berketurunan Vietnam dan sudah tentu kisah emosi kanak-kanak yang digunakan untuk menarik belas ihsan pelancong.

Sudah tentu semua pelawat ke Tonle Sap Lake akan sebuah sampan yang membawa seorang kanak-kanak perempuan menghampiri bot kita dan meminta USD sebagai perkhidmatan untuk bergambar dengan ular yang dibawanya.

Sepanjang perjalanan menyusui tasik, ada beberapa sampan yang menghampiri dengan menawarkan buah-buahan, makanan dan minuman.

 

siem reapsekolah terapung

Sekolah mereka juga terapung.  Melihat kanak-kanak menjadikan permukaan air ini sebagai taman permainan, mendayung ke sana sini sikit sebanyak menimbulkan rasa risau dan cemas tetapi itulah kehidupan mereka.

siem reapkolam ternak buaya
Sebuah sangkar kolam yang menternak buaya untuk mendapatkan kulit buaya.

siem reaptonle sap lake
Selain dari pengalaman yang berbeza dari tempat kita, tiada apa yang ditawarkan disini. Tiada burung atau hidupan alam semulajadi yang boleh dilihat sepanjang perjalanan dengan bot.
siem reap2Sunset di Tonle Sap Lake.

Setengah jam kemudian, kami dah kembali semula ke jeti dan teruskan balik ke hotel penginapan Ta Prohm Hotel sebelum keluar makan malam dan berjalan-jalan disekitar Night Market.
siem reapnaik tuktuk di siem reap
Pemandu tuk tuk sepanjang 2 malam di Siem Reap adalah Tawi. Tawi pernah datang dan bekerja dengan Haji Mas ( Yang menguruskan lawatan kami dari eQurban ). Apabila balik semula ke Kemboja, Tawi telah memeluk agama Islam. Sebagai tanda sokongan dan dorongan, Haji Mas telah berikan bantuan motorsikal untuk Tawi memulakan perniagaan tuk tuk di Siem Reap.

Nombor telefon Tawi – +85593570348… kalau sesiapa nak  bercuti ke Siem Reap , bolehlah gunakan perkhidmatan Tawi.

  • Musliam Family Restoran ( Haji Musa ) – berdekatan An-Nikmah masjid
  • No Tel : (855)  12946220 / 11946220
  • Alamatnya : No 074, Stoung  Thmey  Village, Siem Reap , Cambodia
  • Signature Dish :  Daging Lembu Naik Bukit

Selepas ini tak ada lagi entri tempat perlancongan tetapi entri berkaitan Cambodia Muslim Cooperative

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Tak panjat tempat yang tinggi tu ya? Kami berpeluang panjat beratus2 anak tangga tu. Memang seronok ke Seam Reap sebab lebih tertumpu pada lawatan, tak kisah sangat nak shopping.
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Permohonan Kolej Vokasional 2014My Profile

  2. bestnyer

  3. Angkor Wat slah satu tempat menarik di dunia, bestnya bisa datang langsung ke sana
    Jom terjah post menarik dari Anne ..Collections Meaning of Success According to Success EntrepreneurMy Profile

  4. Bestnya baca pengalaman bercuti di Kemboja. Boleh tahan jugak harga tiket untuk masuk Angkor Wat. Hehe…

    Boleh la saya plan percutian ke Kemboja bersama isteri dan anak² 🙂
    Jom terjah post menarik dari Firdaus Azizi ..Cara Empty Cache W3 Total Cache & Reset CommentLuvMy Profile

  5. sekali buaya tu ngap….
    ilang sorang blogger..heuhuh
    Jom terjah post menarik dari zool ..Perkara yang perlu dilakukan secara berkalaMy Profile

  6. Hanya mampu untuk tengok gambar sahaja dulu
    Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..Selamat tahun baru 2014My Profile

  7. kena bawak duit usd la nampak nyer, 20 usd x 3, keras gak belanja nyer tu.
    Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Muat Turun Waktu Solat Kuala Lumpur PutrajayaMy Profile

  8. wahhh.. Seronoknya dapat jalan-jalan. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Syok Bola ..Azam Bunyamin UmarMy Profile

  9. menarik menarik. tapi semua pakai USD tu yang lemah sikit. Kalau pakai currency cambodia kan murah. Member ada cerita, pegi tengok Candi Borobodur, pon mahal.. bepuluh2 USD.
    Jom terjah post menarik dari seri.selaseh ..salam JumaatMy Profile

  10. Nak pergi Kemboja juga. Boleh Kak Jie bagi itinerary tak? TQ
    Jom terjah post menarik dari HipMom ..From Japan to Florida!My Profile

  11. Peluang seperti ini bukan selalu datang. Pasti dipahat didalam memori supaya akan dikenang selama-lamanya.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pembukaan sekolah dan sambutan tahun baru 2014My Profile

  12. Syoknya kak jie..bilala berpeluang nak pergi kemboja ni…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Bloggers Percuma or Berbayar?My Profile

    • masa kak jie anak kecik2 mcm korang pun mana berjalan sana sini.. keutamaan kepada anak2 je dulu

      bila dah anak2 besar ni baru je dpt nak rasa berhoneymoon berduaan…tu lah kena beranak awal2….heheheh

  13. Banyak hal yang didaapat dariperjalanan ini ya Kak Jie, bisa lihat proses pembuatan ulat sutera. hmmm… kalau saya pernah lihat cuma di tv saja tu..
    Btw, Selamat tahun baru 2014 untuk Kak Jie dan keluarga 🙂
    Jom terjah post menarik dari Rina ..List Of CSS & jQuery Animation Effect Website For Design InspirationMy Profile

  14. Wahh, eloknya tempat yang macam candi tu… kereen makcik.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Home & Garden ..Food to Gain WeightMy Profile

  15. Tak dapat panjat Lokasi paling tinggi kat Ankor Wat tu kan.. sebab ramai sangat orang.. phewwww.. tapi memang menarik!
    Jom terjah post menarik dari KiD ..Blogger Shakiddo di ASTRO AWANIMy Profile

Trackbacks

  1. […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Dari Angkor Wat Ke Tonle Sap Lake Di Siem Reap […]

  2. […] Baca entri lengkap di sini – Dari Angkor Wat Ke Tonle Sap Lake di Siem Reap […]