Ekpresi Kembara Kemboja

Hari ke-4 di Kemboja.

Kami check out awal pagi selepas subuh jam 5.30 pagi menuju ke Phnom Penh.

image

Bye Siem Reap.

Perjalanan awal pagi dengan kesibukkan aktiviti penduduk tempatan yang baru bermula.

Sepanjang perjalanan sibuk dengan kereta, lori, tuk tuk, motorsikal, basikal, kereta lembu malah kereta kuda.
image

Perjalanan hari ini dijangka memakan masa 12 jam sehingga ke Ho Chi Minh, Vietnam.

image

Ini adalah tandas di Park Pros sebuah hentian rehat. Lega dan nikmat tak terkira kalau terjumpa tandas kalau di perjalanan.

Jangan menilai rupa yang menyeramkan tandas ini kerana apabila melangkah masuk, sungguh tak terduga rupa di dalamnya sangat berbeza.

Tandasnya bersih tidak berbau hancing tanpa perlu pewangi. Dinding dan lantai yang bermozek bersih tak berlumut.  Tandas kebanyakkan stesen petrol di tempat kita pun tak sebersih ini.
image

Cantik dan damai view di hentian rehat Park Pros.  Tiap pondok seperti cabana mempunyai buai jaring untuk berbaring untuk berehat. Mungkin perlu disewa.

Kami berhenti makan di restoran orang Islam di Kampung Cham.

image

Ini adalah lemang. Bahagian kulit buluh yang miang telah disiat dan dibuang. Setiap ruas buluh lemang ditutup dengan helaian daun yang dijadikan penutup. Kreatifkan… senang nak bawa tak kena miang.

Saya tak pasti lokasi sekarang… perjalanan masih berbaki 8 jam.  Talian telefon dan Internet sangat maju di Kemboja.  Negaranya seperti Malaysia di tahun 70’an tetapi kemudahan dan liputan Internet menduduki ranking lebih baik daripada negara kita.

* kami dalam perjalanan ke Tanah Wakaf, katanya sejam akan sampai.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Suasananya sangat natural sekali, suasana alam pedesaan yang mmbuat nyaman.
    Jom terjah post menarik dari nira ..Perbedaan Penyebab Asma dan BronkhitisMy Profile

  2. Masih boleh dapat makanan halal kira masih ok, perghh talian intenet berdesup, patut la update status jer hehehe..
    Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Muat Turun Waktu Solat Kuala Lumpur PutrajayaMy Profile

  3. Makanan yang ada di restoran orang Islam di Kampung Cham sangat unik, ada lemangnya juga
    Semoga perjalannya selalu berjalan lancar Kak Jie
    Jom terjah post menarik dari Rina ..Create CSS3 Animation Webpage Using Animation And Transform EffectsMy Profile

  4. oh sana pun ada lemang yer , xde lah rindu sangat dengan makanan di Malaysia…:)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Salam Media Agensi Pengiklanan IslamikMy Profile

  5. Boleh tahan juga jarak perjalanan yg ditempuh. Pasti banyak pengalaman menarik.

    Paling menarik, lemang tu…mmg kreatif sungguh
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Jangan Nak Layan Emosi Sangat! Nanti Gemuk….My Profile

  6. mula2 tgok keadaan tandas tu memang menakutkan..bila kak jie dah ckp yang tandas tu lagi bersih dari negara kita..SA percaya…coz dont judge the book by its cover…
    Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Senarai Harga Bagi Keperluan Sekolah 2014 -DaniaMy Profile

  7. In syaa allah jika ada rezeki saya nak ke kemboja tahun depan..ingatkan nak join trip ni tapi kebetulan baru leoas balik dr vietnam..bajet lari..hehehe
    Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..Jangan Pandang Remeh Pada Kad NamaMy Profile

  8. Wah, kagum dengan gambaran tandas tu. Ni baru betul “don’t judge a book by it’s cover”. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Ahmad Ijat ..BR1M 2014 Datang LagiMy Profile

  9. Baru seronok hendak kemas kini blog bila capaian broadband laju.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Petik buah Strawberry di Genting Strawberry Leisure FarmsMy Profile

  10. Pernah tengok lemang yang dibuang kulit buluh tu kat tv. Menarik.
    Jom terjah post menarik dari seri.selaseh ..Islam tak ada tapi muslim adaMy Profile

  11. cantek sunggoh pemadangan di situ. lemang yang isinya hitam tu, pulut jugak?
    Jom terjah post menarik dari artkreatip ..Belajar AutoCAD – Command Asas 2DMy Profile

  12. laaaa….ingatkan tebu masa tengok pic last tu…hehe
    Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Di Sebalik Tabir MyliferiaMy Profile

  13. Gambar bawah sekali nampak macam tebu, rupanya buluh 🙂
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Top Requested Features For Google Webmaster Tools in 2014My Profile

  14. Wah syok syok merantau ramai2 ni. Bawa balik awek Kemboja sorang kat cek naa. hehe
    Jom terjah post menarik dari Syahril Hafiz ..Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014 (BR1M 3.0)My Profile

  15. Thanks for share this info… visiting here with smile and hapiness… =)