Hari Pertama Di Chiang Mai
Percutian

Hari Pertama Di Chiang Mai

Sebenarnya saya agak kurang berkongsi di blog atau sosial media mengenai percutian keluarga.  Risau kalau dianggap menunjuk atau pandangan negatif tetapi anak perempuan saya mempunyai satu pandangan positif yang memberi kekuatan untuk saya berkongsi kisah kami.

Dia cakap, tulis sajalah mama, supaya ianya menjadi rujukan dan panduan kepada orang lain.  Itu niat kita kerana kita pun mencari maklumat dan mengharapkan orang lain berkongsi kisah mereka sebagai rujukan sebelum kita bercuti ke sesuatu tempat.  Memang betul, saya adalah pencari maklumat yang aktif di internet.  Sebelum pergi ke sesuatu tempat, saya akan mencari maklumat penting tempat tersebut dan membuat salinan sebagai simpadan rujukan.   Saya ada file khas yang memuatkan segala maklumat termasuk hotel, peta lokasi, senarai tempat menarik, ramalan cuaca tempatan, maklumat tukaran matawang, sosial budaya masyarakat setempat , senarai kedai dan aturcara sepanjang percutian.

Kebanyakkan maklumat saya dapat dari carian di internet.  Kerana itu, perkongsian ini adalah untuk rujukan pelawat yang mungkin sedang merancang untuk bercuti ke Chiang Mai, Thailand.

tarikh lahir

Saya beli tiket Air Asia ke Chiang Mai sewaktu promosi tempat duduk percuma. Perlu bayar cukai lapangan terbang sahaja. Tarikhnya 23 ogos 2015 bersamaan tarikh lahir Intan. Macam percutian harijadi lah kot.

Gate P11 tu gate hujung terminal KLIA2…..merasalah berjalan pepagi tu.

passport malaysia

Style orang muda..anak-anak suruh, ikut aje lah…hiks! Kami pergi sekeluarga 5 orang. Memang merancang antara bulan 7 atau 8 sebab Angah cuti semester.

2015-08-23 08.37.12

Dalam perjalanan, Intan dapat kejutan istimewa daripada crew AK 854 apabila kapten kapal membuat pengumuman khas mengucapkan selamat harijadi dan menerima sekeping kad yang ditandatangani semua crew penerbangan.

We are happy to be apart of your big day – 35,000 feet in the air!  Bukan semua orang mendapat pengalaman manis seperti ini.  Terima kasih Air Asia.

2015-08-23 09.27.04

Lapangan terbang  Chiang Mai terletak berdekatan dengan bandar , macam Subang.  Kami mendarat dengan selamat selepas 3 jam penerbangan.

Selepas mendarat, terus cari teksi di kaunter seperti maklumat yang saya dapat dari internet.  Teksi Innova dengan harga 250 bath, kalau yang kecil 150 bath.

Mengikut perancangan dari pengalaman pengembara lain, kami menerima cadangan pemandu teksi untuk membayar tambahan 50 bath untuk singgah dibeberapa tempat menarik sebelum dihantar ke hotel.  Dalam teksi sedia ada beberapa pamplet tempat-tempat menarik dan pemandu teksi juga memberi cadangan lokasi yang difikirkan sesuai.  Kami cuma ingin habiskan hari pertama secara simple dan easy..tidak bercadang untuk terus melawat lokasi di luar bandar.

 

2015-08-23 11.08.02

Kami memilih untuk ke Bo Sang Umbrella Village. Tempat yang santai dan menarik untuk melihat hasil kerja tangan payung kertas yang dihasilkan. Terdapat juga artis yang menawarkan perkhidmatan melukis di beg, topi, beg duit , casing telefon dengan harga yang agak murah. Angah buat lukisan naga di casing Xperia dengan harga RM 10

bo sang

Dalam masa lebih kurang 10 minit , artis berbakat ini dapat siapkan salah satu lukisan seperti ini.

chiangmai kilang sutera

Sebelum ke Bo Sang Umbrella Village, kami singgah di kilang perusahan sutera milik keluarga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra. Ada beberapa gambar kenamaan Malaysia yang pernah melawat kilang tersebut.  Kami pernah melawat kilang perusahan sutera di Kemboja, jadi kat sini cuma intai sana sini sekejap saja.

Kemudian singgah melawat perusahaan madu. Banyak juga maklumat mengenai madu dan cara betul untuk memakan madu diperolehi di sini.  Sebelum dihantar ke hotel , kami ke kilang perusahan barang kemas dan batu permata.  Sebagai pelancong bajet, tak terfikir pula nak membeli belah barang kemas tetapi pemandu teksi cakap, dia perlu bawa pelancong ke sini untuk dapatkan cop sebagai reward.

2015-08-23 12.13.18

Tiba di rumah tumpangan, sekali lagi kejutan dilakukan.  Untunglah jadi Intan….. Kikie’s Guesthouse menyediakan kek comel untuk menyambut kedatangan Intan dan diraikan bersama tetamu lain dari pelbagai bangsa dan negara.

rooftop kiki's guesthouse

Rooftop Kikie’s Guesthouse.  Lokasi sesuai untuk keluarga anak remaja seperti kami.  Saya cari guesthouse di Chiang Mai melalui review di internet.  Harga untuk 3 malam ( 2 bilik  – 1 bilik double dan 1 bilik triple) hanya 2400 Baht.

hotel murah di chiang mai

Bagi percutian bajet ala-ala backpacker keluarga anak remaja macam kami, keadaan ini cukup selesa. Bukan nak memerap dalam bilik sepanjang hari pun…balik untuk tidur saja.

kota chiang mai

Selepas check in dan berehat sekajap, kami keluar menjelajah. Hari pertama tiada jadual khas cuma habiskan masa di bandar Chiang Mai. Chiang Mai adalah bandar ke dua terbesar di Thailand yang terkenal sebagai bandar budaya.  Kota lama ( dalam peta dinamakan Old Town ) terletak di dalam kubu empat segi dikelilingi terusan.

terusan kota chiang mai

Mula-mula agak keliru arah dan lokasi tetapi selagi berada di dalam petak kubu, kita tak perlu risau kerana setiap jalan akan bertemu sempadan yang sama. Seronok untuk berjalan di Chiang Mai kerana kita rasa selamat dan pemandu kereta atau motor sentiasa memberi hormat dan ruang kepada pelancong yang berjalan.

2015-08-23 14.04.40

Restoran makanan halal mudah di dapati di kawasan Halal Street Hilal Town yang terletak berdekatan dengan Night Bazaar, Chang Klan Rd.  Ada beberapa restoran halal juga di Anusarn Market.

Masjid Hidayatul Islam Banhaw

Kat sini ada Masjid Hidayatul Islam Banhaw.  Depan masjid ada beberapa kedai makan halal di Chiang Mai.

sunday night market

Malamnya kami ke Sunday Night Market – salah satu tempat yang menduduki carta 10 tempat yang perlu dilawati pelancong. Seperti uptown tetapi kebanyakkan barangan dijual dihasilkan sendiri. Banyak barangan kraftangan, pakaian, beg , kasut , cenderamata yang dihasilkan secara kecilan dan dijual sendiri.

Budah bertuah tu….. ada kedai di Chiang Mai. hehehe

Kami memang mencari tempat tinggal yang berdekatan Sunday Night Market.  Senang boleh jalan kaki je .  Pasar ini dibuka dari petang hingga lewat malam pada hari Sabtu.

sunday night market

Kagum dengan sikap peniaga yang cukup menghargai pelanggan. Setiap barangan dibungkus comel dan nampak ekslusif walaupun berharga RM5.  Beli sliper aje tu.

atm bergerak

Berdekatan Sunday Night Market, ada ATM bergerak, kalau dah shooping over limit senang nak keluarkan duit. Kalau dah penat dan lenguh berjalan, berderet perkhidmatan mengurut disediakan dengan bayaran 40 baht untuk 30 minit.

Kami tak lama sebab esoknya ada program sepanjang hari yang telah ditempah.

Untuk Info tentang bayar parking, naik bas ke KLIA2, simcard ada di description video Intan buat.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Hari Pertama Di Chiang Mai

  1. 4 apps penting kalau nak travel, agoda, trivago, tripadvisor dengan cheapflight.. sebelum salu usya2 dulu… tapi atm bergerak tu memang rare huhu..

  2. seronoknya bercuti bersama keluarga. saya memang suka kalau mendarat di airport yang dekat dengan bandar. sebab feeling dia lain sikit, best.

  3. betul kakjie , kalau bee nak kemana2 walau pun dalam malaysia bee cari maklumat dlm internet , tk suka maklumat yg disediakan oleh pihak hotel , suka maklumat jenis review atau dr org yang dah pergi sana , seperi kakjie buat ni…

    sekarng masa kakjie jalan2 , kami tengok nanti masa saya jalan2 pula … insyallah ada rezeki … tulis je lah ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Makan ala shell out “seafood” di Melaka.My Profile

  4. Yes.Saya setuju dengan adik tue.. Lebih baik berkongsi pengalaman perjalanan percutian di blog / media sosial..Sbb ia akan menjadi panduan paling berguna pada org lain..dlm masa sama, akak dah bantu org lain dan dapat pahal juga..teruskan kak.
    Org yg duk mengata tu biarkan..biasa nya dieorg jeles sbb tak dapat pegi ..hahaha..
    Jom terjah post menarik dari Azlan ..Carian Paling Popular Google Malaysia 2015My Profile

Comments are closed.