Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
Percutian

Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri

Bersambung entri hari kedua percutian di Kuching Sarawak. Baca entri terdahulu di sini – Pengalaman Pertama Menginap Di Backpacker Hotel Berambih Lodge Kuching

Awal pagi kami sekeluarga dah bersiap dan percutian ini lebih istimewa kerana kami anak beranak lengkap berbaju kebangsaan – baju kurung dan baju melayu lengkap bersamping. Saya ada jemputan ke majlis ramah tamah sambutan Aidil Fitri di Kuching.

Tepat jam 7.00 pagi, kereta yang akan kami sewa sepanjang 3 hari di Kuching telah sampai di depan hotel. Sewa kereta Waja Auto dengan harga RM80.00 sehari. Harga kawan-kawan 🙂

Berpandukan peta perlancongan, kami cuba melalui Jalan Padunga, Jalan Pending, Jalan Kwong Lee Bank, Jalan Datuk Marican Salleh untuk menyeberang jambatan ke Petra Jaya tetapi sesat sampai ke Jalan Tabuan. Akhirnya gunakan Google Maps, berpatah kepangkal jalan dan berjumpa lokasi yang dituju.

Google maps dengan suara jantan macho tu sangat membantu pengembara.

Bangunan DUN Lama Kuching
Jamji pukul 9, tapi jam 8.30 kami dah sampai. Maklum tak biasa takut tersesat atau tak pasti jarak sebenar tempat ni. Ini adalah Bangunan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Lama Sarawak. Bangunan DUN yang baru terleptak di tebing sungai mengadap Waterfront, Kuching bersebelahan Astana.

majlis raya
Saya dijemput ke Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Homestay Sarawak 2013 oleh Pengerusi Persatuan Homestay Sarawak iaitu Puan Hajah Jamilah Shukri yang juga pemilik Homestay Santubong , Kuching.  Antara tetamu media dan pelancong dari Eropah, Taiwan , Korea , Singapura.

kostum bidayuh
Luangkan masa berbual dan berkenalan  bersama sekumpulan penduduk yang mengusahakan homestay kaum Bidayuh yang amat ramah tamah. Tetapi masalahnya saya yang agak kurang faham dengan loghat dan perbualan. Cantik kostum pakaian traditional Bidayuh ni.

timbalan menteri dalam negeri
Majlis gemilang ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalan Negeri, YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar.

menu open house
Menu majlis hari raya.

Selesai majlis, kami teruskan perjalan ke Kampung Santubong. Puah Jamilah terlalu sibuk sebagai pengerusi dan menguruskan majlis, jadi kami bergerak sendiri berpandukan Google Maps sekali lagi.

Kami ke bandar Kuching semula dan tersesat menaiki sampan. Sepatutnya mendarat di Astana tetapi tersilap ke pengkalan Kampung Bedil Besar. Rupanya ianya adalah satu kelebihan kerana sesampai di pengkalan, terdengar laungan azan Asar dari surau berdekatan. Mengambil peluang yang tidak terduga , kami berjemaah bersama beberapa pendudk tempatan kampung tersebut.

kampung sungai bedil besar
Lebih istimewa kerana dapat berpelung mengetahui asal urul dan sejarah kampung tradisi yang berusia lebih 170 tahun ini.

Muzium Kucing Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara
Dalam perjalanan ke Kampung Santubong, kami singgah di Muzium Kucing yang terletak di atas bukit  di dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Lawak tengok gambar ni..hihi..kucing bercermin mata.

Gunung Santubong Sarawak
Gunung Santubong dilihat berdekat Jambatan Sungai Santubong.  Saya suka gambar ni, warna ceria rumah dan puncak gunung yang kebiruan.

kampung buntal kuching
Kami juga singgah di Kampung Buntal yang terkenal dengan lokasi popular makanan laut.

umai udang dan botok ikan tenggiri
Kalau semalam saya mencuba Laksa Sarawak dan Mee Kolok, hari ini di Kampung Buntal kami beli makanan tradisi Bumi Kenyalang yang unik iaitu Umai Udang, Botok Ikan Gelama dan Botok Ikan Tenggiri. Makcik yang menjual tu bagi percuma 2 bungkus umai dan botok. Reseki ringan mulut bertanya itu ini.

Selepas melawat tepian pantai Kampung Buntal, kami bergerak ke Kampung Santubong kira-kira jaraknya 7 kilometer.

Homestay Santubong terletak di Kampung Santubong, yang merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kira-kira 42 kilometer dari Bandaraya Kuching. Santubong sangat terkenal dengan Legenda Gunung Santubong yang menjadi  antara mercu tanda yang terkenal di  Sarawak.

homestay kampung santubong
Ini adalah homestay Santubong yang menjadi destinasi penginapan kami pada malam tesebut. Sebenarnya ada lebih 15 buah rumah penduduk yang mengambil bahagian di dalam program homestay ini dan menyediakan 21 bilik untuk penginapan. Kami menginap di rumah utama Homestay Santubong yang juga menempatkan ruan dewan,

homestay santubong
Ruang tamu yang luas selesa dan mempunyai semua kemudahan asas.  Dapur dilengkapi dapur dan peti ais.

bilik tidur homestay
Homestay selesa yang mempunyai 3 bilik tidur dengan pendingin hawa  dan 2 bilik air

gunung santubong
Homestay ini terletak betul-betul di kaki Gunung Santubong bersama SMK Santubong yang terkenal dengan kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang sehingga Lagu Puteri Santubong dicipta oleh bekas pengarah RTM Sarawak,Tuan Haji Madeli Johari dan mejadi terkenal.

Lirik Lagu Puteri Santubong

Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

pantai puteri
Awal pagi, kami ke Pantai Puteri , Kampung Santubong yang terletak hanya beberapa meter dari homestay.  Kedinginan dan ketenangan pagi yang mendamaikan.

Pantai Puteri Santubong
Sebelum ke Pantai Puteri, kami keluar berjalan ke kawasan perkampungan penduduk Kampung Santubong dan beli sarapan pagi. Nasi ayam, nasi lemak, beehun goreng dan beberapa jenis kuih. Ini bukan lakonan semula, memang biasa anak-anak saya walau pun dah remaja begini masih disuap oleh suami.

Jangan tokak tangan abah sudahlah….

pantai puteri kampung santubong
Cantik dan mengasyikkan pemandan keindahan pesisir pantai. Inilah gaya percutian impan kami.

bercanda ditepian pantai

Seperti pasangan sejoli adik beradik ni.. boleh berkepit tak henti-henti ceritanya.  Setahun dua lagi mungkin dah tak dapat bercuti bersama seperti ini lagi, masing-masing ada kehidupan sendiri.

Selepas bercanda di tepian pandai dan menghirup udara perkampungan nelayan , kami teruskan perjalanan ke Kampung Benuk sebuah perkampungan tradisi masyarakat Bidayuh.  Tunggu entri seterusnya…..

Untuk membuat tempahan penginapan di Homestay Santubong, semak pakej dan aktiviti yang disediakan di laman web Santubong Homestay

 

Nota : Kebanyakkan gambar dihasilkan dari Lumia 925

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri

    1. kalau nak bercuti..kena plan
      google semua lokasi dan panduan, catiti, tulis… susun jadual
      mcm2 nak kena buat selepas beli tiket, cari hotel sesuai cari tempat menarik
      kami dulu masa anak2 kecik pun tak berjalan mana… masa tu nak sekolahkan dia org..skrg ni ja
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai PuteriMy Profile

    1. kalau penginapan berkumpulan seperti seminar atau family day, pelawat akan tinggal bersama keluarga pemilik homestay… ada pelbagai acara bersama penduduk kampung.

      kami datang sekeluarga je…. kebetulan Puan Jamilah pun sibuk dgn acara penting Majlis Aidil Fitri.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai PuteriMy Profile

Comments are closed.