Kuching : Santubong Dan Rumah Panjang Bidayuh

image

Hari kedua di Kuching saya dijemput oleh Pengerusi Persatuan Homestay Sarawak Puan Hajah Jamilah iaitu pemilik Santubong Homestay ke majlis Ramah Tamah Aidilfitri di DUN Lama Petra Jaya , Kuching.

image

Pada malamnya kami menginap di Santubong Homestay berhadapan kaki Gunung Santubong.

image

Pagi tadi selepas check out kami ke Pantai Puyeri yang terletak belakang homestay.

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Padawan untuk ke rumah panjang Kampung Benuk.

image

Luangkan masa hampir 2 jam di kawasan rumah panjangΒ  Bidayuh dan melawat kebun untuk melihat aktiviti penduduk tempatan.

image

Ini adalah tengkorak betul yang berusia lebih ratusan tahun yang pernah dipenggal oleh pahlawan Kampung Benuk pada zaman dahulu.

image
Hai si gadis yang manis…

image

Pengalaman yang paling menarik sewaktu melintasi titi buluh yang dibina merentasi sungai setinggi lebih kurang 30 kaki.

Malam ini kami menginap di homestay kepunyaan pasangan Ewing Seneng dan Isabell Julau.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Kuching : Santubong Dan Rumah Panjang Bidayuh”

Comments are closed.