Makanan Halal Di Guilin China

bercuti guilinguilin

Selepas terbang 4 jam, kami selamat mendarat di Liangjiang International Airport Guilin pada jam 10:30 pagi. Kami bertiga dan cik Intan ponteng sekolah…issshhh…dendiam tau!

Sepanjang kami di Guilin, suhu antara 17° C hingga 20°C waktu siang.  Waktu malam lagi sejuk. Waktu di Guilin sama dengan di Malaysia ( GMT +8 ) , tak perlu ubah jam.

bercuti guilinguilin2

Bulan April, Guilin musim bunga.  Pemandangan gunung batu kapur  yang sangat mempesonakan di bandar Guilin.

Masa memula sampai, nampak aje bukit bukit cantik macam tu, tak henti-henti mengambil gambar.  Bila dah tengok sekeliling, bukit bukau keliling, dah tak larat…hahaha

Guilin musim bunga

Pusat bandar Guilin dikelilingi gunung batu kapur dan 2 sungai bersama 4 tasik. Tak puas tengok gambar sebab keadaan berkabus.

bandar Guilin

Guilin adalah bandar pelancongan di China.  Bandarnya bersih dan jaringan jalan raya yang luas.  Ada 2 lorong untuk kereta dan 1 lorong motosikal yang sama lebar seperti lorong kereta.  Walaupun jumlah motosikal di sini sangat banyak, keadaanya tenang dan tidak bising kerana majoritinya menggunakan kuasa elektrik.

buka sakura

Salah satu spesis bunga sakura berkembangan di pesisir jalan. Maaf gambar tak berapa jelas sebab dari kenderaan yang bergerak.

cherry blossom

Untuk entri ini, saya akan fokuskan kepada bab makanan halal di Guilin.  Semua orang yang akan ke China mesti memikirkan bab makanan halal.

bercuti guilinmakanan halal di guilin

Makanan pertama di bumi China.  Kami makan tenghari di The Islam Restaurant, Xicheng Road di Guilin dimiliki oleh Persatuan Islam Guilin dan lima buah masjid yang lain.  Pemandu pelancong yang dah biasa bawa pelancong dari Malaysia dah siap-siap mintakan cili.

page

Makan malam hari pertama di restoran ke dua di Endian Restaurant,Chongshan Road, Guilin berdekatan dengan Masjid Chongshan  .  Menurut pemiliknya, Endian  bermaksud Barakah.

Menunya nasi bersama ayam goreng, sup rumpai laut dan telur goreng kucai.  Seperti biasa, setiap hidangan dimulai dengan teh hijau cina.

mee tarik daging

Hari kedua, kami ke Yangshuo.  Makan tengahari yang sangat special.  Mee tarik atau  LaMien ( 拉面 )

Mee tarik paling sedap pernah saya makan….Ya Allah, bersyukur sangat sebab masih diberi deria rasa dan deria selera dan berpeluang makan makanan sesedap ni.

mee tarik cendawan sedap

Bukan tujuan nak bagi korang telan air liur tapi nak tunjukkan sedap itu datang dari mana…hihihi….Ini mee tarik cendawan menu yang dipilih suami.

bercuti guilinme tarik

Intan tak makan daging lembu, jadi dia order telur.  Harga makanan di sini antara 10 – 25 Yuan ( 5.80 – 14.50 RM )

bercuti guilin2015-04-22 18.32.57

Macam satey tapi berlada.  Kagum sungguh dia cucuk seketul seketul.

makanan halal di guilin

Hari ke -4, kami tapau aje makan malam.  Semua sedap….nasi yang sedap, ayam, daging lembu dan kentang .  Dari pemeerhatian, makanan di Guilin dibungkus menggunakan mangkuk kertas seperti ini.

bercuti guilin2015-04-22 12.57.14

Inilah kedai makanan halal mee tarik di Yangshou. di Pantao road.  Dia uli tepung depan kita, masak dan terus hidangkan panas-panas. Tak tau apa nama kedai ni tapi lokasi restoran halal di Yangshou ni berhadapan West Street yang popular, beberapa langkah daripada jejantas.

restoran halal di yangshou

Di hadapan pintu kedai, sebelah kanan adalah jejantas ke West Street dan sebelah kirinya adalah stesen bas.  This place is definitely recommended. Kedai ini ada badge tripadvisor, maksudnya ada review yang baik daripada pelancong.

bercuti guilin2015-04-24 12.25.12

Hari ke 4 kami makan di  MZD The brand og beef noocles di Guilin selepas turun daripada Gunung Yao. Konsep sama seperti kedai makan mee tarik di Yangshou.  Kat sini air tak disediakan.

Beberapa nota panduam penting bila mencari menu , nasib baik Cik Intan tahu Mandarin, bolehlah dia faham sikit bila baca tulisan cina di sana.

  • 清真 – halal
  • 清真 – Islam
  • 羊肉 – daging kambing
  • 牛肉 – daging lembu
  • 鸡 – ayam
  • 鸡蛋 – telur ayam

Kalau tak reti nak cakap, tunjuk saja mana satu yang berkenan kerana menunya ditampal besar gedabak di dinding restoran.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Makanan Halal Di Guilin China”

  1. Rupanya bulan April di Guilin ada musim bunga. Sejuk juga tu dengan suhu 17 hingga 20 darjah C. Penggunaan motosikal elektrik juga dapat membantu kestabilan suhu dan kebersihan alam. Tentu banyak pengalaman berharga yang diperolehi di rantauan ini.
    Jom terjah post menarik dari Inspirasi Huda ..Promosi Shaklee Mei 2015My Profile

Comments are closed.