Melawat Tuol Sleng Genocide Museum Phnom Penh
Percutian

Melawat Tuol Sleng Genocide Museum Phnom Penh

Hari kedua di Kemboja, selepas sarapan dan membeli belah singkat di Central Market, kami ke Tuol Sleng Genocide Museum atau pusat penyeksaan Tuol Sleng iaitu tempat penyeksaan tahana di lakukan sewaktu pemerintahan Khmer Rouge pada tahun 1975 – 1979.

Tuol Sleng didalam bahasa Khmer bermaksud “Bukit Pohon Beracun”. Khmer Rouge pula adalah istilah Perancis yang bermaksud Khmer Merah, iaitu organisasi komunis yang memerintah Kemboja dari tahun 1975-1979.

Tuol Sleng Genocide Museum Phnom Penh Cambodia
Ini adalah pintu masuk utama ke Tuol Sleng Genocide Museum. Pelawat asing dikenakan tiket masuk  3 USD seorang.

Tuol Sleng Genocide Museum Cambodia

Komplek  blok penjara 3 tingkat ini asalnya adalah sekolah Tuol Svay Prey Secondary School dan diberi nama Security Prison 21 (S-21).  Pada hari lawatan, suasana rasa sepi dan sunyi walaupun ramai pelawat yang lalu lalang di depan mata.  Masing-masing seolah-olah bisu tidak mampu untuk bercakap.  Hanya melihat dan menelan sendiri pengalaman masing-masing.

Razor wire around Tuol Sleng Genocide Museum

Disekeliling komplek penjara ini dipasang dawai kawat berduri yang berlapis-lapis bertujuan menghalang tahanan melepaskan diri.

Tugu Peringatan Tuol Sleng

Dibelakang Tugu Peringatan Tuol Sleng adalah 14 kubur mangsa terakhir tahanan Khmer Rouge termasuk seorang perempuan.

Tuol Sleng Genocide Museum

Kekejaman ini sukar digambarkan kerana ada manusia sanggup memotretkan mangsa seksaannya. Pemimpin Khmer Rouge iaitu Pol Pot dilahirkan di Wilayah Kompong Thrum pada 19 Mei 1925 dengan nama Salothi Sar. Pol Pot mula berkuasa di Kemboja pada 1975 dan menjadikan Kemboja negara Komunis.

Photos of the victims of the Khmer Rouge
Walaupun jumlah sebenar mangsa tahanan tidak dapat direkodkan, dipercayai dari tahun 1975 sampai 1979,terdapat lebih 17.000 orang telah meninggal dunia  di Tuol Sleng akibat diseksa. Mereka diseksa berulang-ulang kali dan angka kematian antara 1.000-1.500 tahanan setiap hari.

Di seluruh Kemboja sahaja, lebih 2 juta orang mati dibunuh oleh tentera Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.

the prisoner
Antara gambar mangsa wanita yang pernah diseksa di penjara ini

victims of the Khmer Rouge
Kekejaman yang melangkau batas-batas kemanusiaan sehingga kanak-kanak juga tidak terlepas dari menerima seksaan sehingga mati dibunuh dengan kejam.

victims of the Pol Pot
Diantara 17.000 orang yang meninggal dalam tragedi penyeksaan beramai-ramai di Tuol Sleng , terdapat 7 orang yang masih hidup, dan hanya 3 orang yang diketahui namanya,  Mereka yang dapat ketahui ialah  Chum Mey, Bou Meng dan Chim Math.

Bou Meng  boleh ditemui sewaktu lawatan ini. Bou Meng yang isterinya meninggal di dalam penjara merupakan seorang pelukis dan tugasnya adalah melukis setiap kejadian penyeksaan yang dilakukan oleh tentara Khmer Rouge.  Antara sebab beliau tidak dibunuh.

Wall of Tuol Sleng Genocide Museum
Lukisan di dinding salah satu bilik tahanan yang mengambarkan bagaimana derita yang ditanggung oleh mangsa.

Penjara Tuol Sleng Cambodia

Semua bangunan muzium ini tidak dicat ataupun diganti lantainya dan kita boleh rasa kesat bau hanyir darah tahanan.

Sebenarnya saya tak melawat kesemua ruang penjara ini, tak punya kekuatan untuk merakam sejarah kelam seperti ini. Cukup sekadar tahu dan faham bagaimana fungsi penjara Tuol Sleng juga bentuk seksaan yang diterima. Saya tak sanggup nak masuk dalam setiap bilik dan melihat.

Nota catatan kembara ini hanyalah untuk berkongsi suatu pengalaman yang menjadi sejarah penting sebuah negara Kemboja.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Melawat Tuol Sleng Genocide Museum Phnom Penh

  1. Satu lagi yang akak tertinggal dalm post nie – ingat tak seorang lalaki dekat masa nak keluar dari tempat nie (depan tempat Bou Meng). Dia bekas tahanan yang selamat – sebab dia tukang baiki typewriter. Hehehe… Patut dia pun ada dalam post nie… Hehehehe…
    Jom terjah post menarik dari Izzuddin Fauzi ..Facebook Maybank Malaysia Paling MesraMy Profile

  2. Pemerintahan regim Khmer Rouge ni merupakan sejarah hitam peradaban dunia dan kemboja khususnya. tak dapat nak bayangkan seksaan yang diterima oleh tahanan penjara itu.
    Jom terjah post menarik dari Fadhil ..Misi TercapaiMy Profile

  3. Sejarah yang sangat kejam tapi memberi seribu satu pengajaran buat generasi hari ini. Saya sangat suka travel sebegini (i.e. ke muzium , historical sites & architectural landmark)

Comments are closed.