Memancing di Sangkar Ikan Teluk Bayu Sungai Petani
Percutian

Memancing di Sangkar Ikan Teluk Bayu Sungai Petani

Teluk Bayu Sungai Petani

Sebenarnya ini kisah cuti Tahun Baru Cina lepas, saya balik ke kampung dan singgah di rumah adik di Sungai Petani. Lepas makan dan luruskan kaki selepas berejam-jam sesak di lebuh raya, adik cadangkan kami ke sangkar ikan di Teluk Bayu. Sangkar ikan yang diternak oleh kawannya.

Lokasi Teluk Bayu lebih kurang 10 minit memandu dari rumah adik.  Kalau keluar dari Lebuh raya Plus Sungai Petani ( Selatan ), ikut Kampung Sungai Pasir kemudian ke Batu Lintang sehingga sampai ke Kampung Bukit Kecil.

teluk bayu sungai petani

Sampai saja di Teluk Bayu, terpanpang depan mata pemandangan indah berlatar belakangkan Gunung Jerai.

jeti teluk bayu sungai petani

Cik Intan

jeti teluk bayu sg petani

Jeti Teluk Bayu Sungai Petani

chalet terapung teluk bayu

Kami naik bot untuk ke sangkar tempat ikan diternak.

kelong memancing teluk bayu

Kat sini ada kelong yang boleh disewa untuk memancing, ada chalet terapung dan restoran terapung ( Teluk Bayu Floating Chalets dan Chalet D’ayang)

sangkar ikan teluk bayu

Antara  sangkar ikan  di muara Sungai Merbok ini.  Kalau tak sanggup nak memancing , boleh saja memancing di dalam sangkar macam ni.

kelong ternak ikan teluk bayu

Kami balik bawa hasil “pancingan” selama 10 minit berumpankan udang dan anak ikan.

ikan sangkar teluk bayu sungai petani

2 ekor ikan merah dan 2 ekor ikan siakap.  Sedapnya ikan segar.

Nota :  Esok 13/3/2015 akan akan bercuti ke Tasik Kenyir dan seterusnya ke Pulau Pangkor.  Kalau rajin , updatelah blog…tapi nampaknya semakin malassssss….. :p

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Memancing di Sangkar Ikan Teluk Bayu Sungai Petani

  1. Duduk saja Kedah saya ni, memancing kat sangkar ikan sekali pun tak pernah! huhu

    Dari sekolah rendah abah libatkan saya dengan pertanian dengan ternakan, tu belah air air ni, mancing ni kurang berminat. Kalau teknologi berkenaan air yang KakJie post di Facebook aritu..berminat sangat2..hehe
    Jom terjah post menarik dari Syahril Hafiz ..Malaysia Best Blog 2015My Profile

  2. Errr .. ada adik ipar pegi sini, duk chalet .. memancing gak tapi tak dapat apa2 pun .. heran gak ni …

    Ke Kak Kujie mancing dalam sangkar tu???

    Nampak ikan best tu, rasa nak gi la pulak .. hari tu dah planning dah, tapi bila adik ipar pergi dia kata tak ada ikan.. terus tak jadi.
    Jom terjah post menarik dari Hasrul Hassan ..Top Senarai Malaysia Best Blog 2015My Profile

  3. Memang seronok kalau dapat bercuti & semua seisi keluarga ada.. g memancing & mkn ikan yang di pancing pulak tuh… tak kesah aa dalam sangkar pun kan…

Comments are closed.