Mural Street Art Di Georgetown

lukisan mural dinding menarik

Dalam perjalanan balik dari kampung, kami anak beranak melencong ke Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang.

Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang – siap dibina pada tahun 1985 dan panjangnya kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut.

Tol untuk melalui Jambatan Pulau Pinang ke Georgetown RM 7.00.

Di Pulau Pinang , saya telefon Yonna, anak siber yang saya kenal sejak 7-8 tahun dulu.  Kali terakhir kami ke Pulau Pinang tahun 2008, Yonna bawa kami naik bas antik ke KOMTAR.   Kali ini kami terus memandu dengan panduan dari Waze sehingga di depan mahligainya di Jalan Bukit Kukus, Air Itam.

Bangunan komtar pulau pinang
Menara KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) adalah bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang. Bangunan segi 12 mempunyai 65 tingkat.

bangunan bersejarah di pulau pinang

 

Berhenti di salah satu lampu isyarat dan ternampak bangunan ini yang mempunyai banyak lambang Nazi.

Nazi tu apa, tanya Intan

Along & Angah : Nanti Intan belajar Sejarah jumpalah

Nagore Dargha Sheriff, Pulau Pinang

Kami makan claypot briyani ayam/kambing di Restoran Kapitan depan Nagore Dargah Sharif.

bangunan bersejarah

Kami melalui jalan Lebuh Pasar, Lebuh Pantai dan melalui bangunan-bangunan lama .  Anak-anak sangat berminat dengan pemandangan seperti ini.  Tengok binaan awning pada tingkap… tak jumpa lagi kat tempat lain.

lukisan mural dinding menarik

Dinding bangunan lama tersebut dihiasi dengan pelbagai lukisan mural, grafiti yang menarik.

corak lukisan dinding pulau pinang

Mural yang menghiasi pintu dengan bentuk dan tulisan dihasilkan dari besi.

hiasan dinding cantik

Inialah antara street art yang paling menawan.  Cantik, kan….

bagunan kastam pulau pinang

Pejabat Imigresen Georgetown Leboh Pantai –  tempat yang menarik minat jurugambar perkahwinan.  Tengah panas terik tu….sanggup!

Georgetown Chambers

Bangunan Georgetown Chambers

jalan-jalan di pulau pinang
Anak-anak  minat dengan seni bina bangunan lama.  Sanggup berjalan menyusur laluan biar pun panas terik.

seni bina pulau pinang

Jalan mati yang berlatarkan dinding asal bangunan lama…style tu…

Queen Victoria Memorial Clocktower

Kami buat pusingan untuk balik ke pengkalan feri di hadapan Queen Victoria Memorial Clocktower.

feri ke pulau pinang

Bye… bye … Penang.

2 jam singgah di Pulau Pinang, kami teruskan perjalanan balik   belayar dengan feri percuma.  Pergi Pulau Pinang tak naik feri tak cukup syarat , katanya.

Semua gambar hanya melalui Samsung S3 dan ada gambar diambil dari kereta yang sedang bergerak. Maaflah kalau ada tompokan kotoran dari cermin kereta pada gambar.

45 Replies to “Mural Street Art Di Georgetown”

  1. baru nak komen… dah penuh orang kat atas. hahaha.. kalau saya kan kak jie. untuk entri jalan-jalan.. semua gambar saya main petik je. dah tak pikir pasal art ke ape ke… sebabnya nak kekalkan moment kegembiraan tu untuk koleksi peribadi.

    melainkan saya keluar outing.. tu memang focus nak buat art. selain dari tu.. saya akan jadi red indian… petik je ikut dan. hahaha.. janji the happiest moment tu tercapai
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Apabila Kompang Karen Dipalu Dibawah Embun.My Profile

    1. tak pernah pi… mmg tak rancang² pun
      main singgah je…tu adalah 2-3 jam kat penang tu
      nanti kalau pi lagi, kak jie war-war seluruh alam ye…hehehe

Comments are closed.