Pantai Batu Buruk dan Pantai Tok Jembal Kuala Terengganu

Pantai Tok Jembal Kuala Terengganu

Terengganu memang terkenal dengan kawasan pelancongan pesisir pantai yang menarik. Antara kawasan pantai yang popular seperti Pantai Teluk Mak Nik  atau Monica Bay, Rantau Abang , Pantai Kemasik, Teluk LIpat atau Pantai Kelulut.

Kalau menginap di Kuala Terengganu sendiri, banyak kawasan menarik yang boleh dikunjungi.  Ini adalah lokasi yang kami jejak sepanjang sehari di bandar Kuala Terengganu.  Abaikan lokasi membeli belah atau kawasan sesak tengah bandar.  Saya bercuti memang mengelak keadaan seperti itu.  Dah cukup apa yang Kuala Lumpur hidangkan sepanjang tahun.

Kuala Terengganu Bukit Besar
Pemandangan Bandar Kuala Terengganu dari atas Bukit Besar.

 Bukit Besar Kuala Terengganu
Intan masih ingat dia pernah bergambar di lokasi ini tahun 2009. Semuanya telah berubah – Intan yang makin remaja, slope yang dah dikonktik, pokok yang semakin merimbun. Mungkin yang tak pernah berubah adalah kenangan dan memori juga kebetulan warna baju yang masih sama!

Maaf, gambar kanak-kanak Intan tahun 2009 terpaksa diblurkan.

Baca entri lawatan kami sekeluarga ke Bukit Besar pada tahun 2009 – Bukit Besar, Kuala Terengganu 

Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Lokasi yang mudah dan terdekat untuk melihat mentari pagi. GPS Coordinate Pantai Baru Buruk 5.324925,103.154077.

rainbow at beach

Nampak pelangi?  Pelangi pagi

Pantai Batu Buruk tidak sesuai untuk mandi mandi.  Malah ada papantandan larangan untuk mandi di sini untuk keselamatan pengunjung pantai.

Deretan pohon rhu di tepi pesisir pantai yang bersih memberi kelebihan untuk aktiviti keluarga sambil menikmati pemandangan dan hembusan angin Laut China Selatan.

Selepas itu, jangan lupa kunjungi Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu terletak lebih kurang 16 KM dari Bandar Kuala Terengganu. Lokasi pesisiran pantai yang menarik untuk dilawati di Kuala Terengganu.

Untuk ke sini, cari arah ke Seberang Takir/ Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Universiti Malaysia Terengganu atau Universiti Darul Iman.  Ini adalah kawasan pesisir pantai yang panjang.  Jangan risau… terus memandu disekitar perkampungan dan nikmati pemandangan yang memukau.

Kawasan di sini memang terkenal dengan beberapa lokasi makan-makan pelancong popular seperti Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209, ICT Warung Pok Long, Pantai Teluk Ketapang atau ICT Warung Pok Nong di Mengabang Telipot.

Pantai Tok Jembal

Pantai Tok Jembal – lokasi pendaratan bot-bot nelayan penduduk tempatan.

Benteng Hakisan Pantai Tok Jembal

Pesisir pantai telah dibina benteng hakisan ombak.

Pantai Tok Jembal Kuala Terengganu

Selepas menikmati udara laut yang segar, jangan lepaskan peluang cari ICT.

Ada banyak warung yang menjual ikan celup tepung di sepanjang pantai. Saya pernah makan di Ikan Celup Tepung Pok Long, baca si ini – ICT dan i-City Kuala Terengganu

Antara warung ikan celup tepung yang top dan fofular di sini adalah Warung Pok Nong, tetapi saya jarang mencari yang popular. Saya jarang ikut mainstream, mesti mencuba kelainan. Kami ke Warung Buka Pulok,  Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit.

ikan celup tepung kuala terengganu
Seekor ikan segar yang dicelup tepung berharga RM 2.50

Sotong Celup Tepung
Mesti cuba sotong goreng tepung.

Serius menikmati makanan laut di sini sangat berbeza. Semuanya segar baru mendarat dari laut.  Keropok dan segala jenis nasi semuanya sedap.

Nota :   Kalau nak maklumat kawasan percutian menarik di Malaysia, baca entri saya yang lain di sini – Tempat Menarik di Malaysia

Nota ii – Semua gambar menggunakan telefon Samsung Galaxy s3

37 Replies to “Pantai Batu Buruk dan Pantai Tok Jembal Kuala Terengganu”

Comments are closed.