Pengalaman Pertama Menginap Di Backpacker Hotel Berambih Lodge Kuching

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah seminggu balik bercuti, baru hari ni nak update.  Agak sibuk dengan jemputan open house dan kenduri kahwin sebenarnya.  Kebetulan juga mak dan ayah saya datang dari kampung, jadi masa untuk beronline juga dikurangkan.  Banyak sungguh alasan..hihi

Untuk seminggu ni, saya akan update beberapa siri percutian kami sekeluarga ke Kuching baru-baru ni.  Rancangnya sekeluarga 5 orang tetapi Along tak ikut, dia ada peperiksaan tak lama lagi, tak nak ponteng.

Alhamdulillah, penerbangan kami akhirnya mendarat dengan selamat dan mengikut jadual di Bandaraya Kuching. Pemandangan sebelum mendarat yang sangat menarik. Terpegun melihat lentuk liuk Sungai Santubong atau Sungai Sarawak ( saya tak pasti )  yang berliku-liku dari udara.

pemandangan dari udara bandar Kuching

Dari lapangan terbang, kami ambil teksi berkupon ke Waterfront dengan harga RM 26.00 sebuah.

berambih lodge kuching

Saya telah menempah Berambih Lodge di Kuching melalui laman web agoda.com.  Tak susah untuk mencari lokasi Berambih Lodge yang terletak di Jalan Ewe Hai dengan bantuan Google Maps.

Perkara pertama yang memukau adalah ruang tamu yang berkonsepkan hiasan rumah panjang dengan lantai buluh dan dinding atap nipah.  Ini adalah kali pertama kami menginap di hotel berkonsep  backpacker seperti ini berbanding hotel biasa.  Pada pandangan saya, ini cukup memadai berbanding harga yang ditawarkan.

hotel murah di Kuching

Kemudahan asas dengan ruang yang minimum sesuai untuk menginap bagi percutian kembara seperti kami.  Balik ke bilik hanya untuk tidur sahaja.

Saya tempah dua bilik , satu katil berkembar ( RM 50 semalam )  dan satu bilik  3 orang ( RM 70 )  untuk anak-anak di  Berambih Lodge.

Berambih Lodge Kuching adalah backpacker hotel yang sangat sesuai kepada pelancong yang gemar menjelajah dan lokasinya beada di persekitaran yang hampir dengan semua tempat tumpuan. Memandangkan kami adalah keluarga dengan anak-anak dewasa, hotel yang mempunyai kemudahan asas seperti ini sudah mencukupi.

Kepada keluarga yang mempunyai anak-anak masih kecil, hotel berkonsep seperti ini tidak berapa sesuai kerana bilik airnya berada di luar.  Anak-anak saya dah besar, mereka boleh uruskan diri masing-masing.

Sarapan self service di sediakan di ruang dapur dan perkhidmatan wifi percuma  juga disediakan.

sampan seberang sungai sarawak

Selepas mendaftar, rugikan kalau memerap di bilik saja. Mesti keluar menjelajah kerana itulah tujuan percutian ini. Berjalan kaki hanya 2-3 minit sudah berada di Waterfront. Kami naik sampan dengan tambang 50 sen menyeberang Sungai Santubong di Waterfront  ke seberang.  Makan tengah hari dan beli kek lapis.

Nota : mohon pencerahan – nama sungai ini Sungai Sarawak atau Sungai Santubong?  Bila tengok Google Maps, tulis Sungai Santubong tapi baca tempat lain tulis Sungai Sarawak

tempat menarik di kuching

Warna-warna ceria – Tokong Hong San adalah landmark paling mudah untuk ke Berambih Lodge.

Muzium Sarawak
Kami berjalan kaki sekitar bandar hingga ke Muzium Sarawak , Muzium Sejarah Semulajadi, Muzium Etnolagi, Muzium Seni dan Muzium Islam Sarawak.  Agak terhad masanya kerana muzium ditutup jam 4.00 petang pada hari Sabtu.

melawat kuching

Pengangkutan penting adalah sampan bagi penduduk tempatan yang menyeberang sungai ke pusat bandar.

kuching sarawak

gambar sensasi

khatulistiwa

tempat menarik

Antara beberapa lokasi senarik sepanjang kembara ini.

sampan seberang sungai di Kuching

Untuk makan malam, kami seberang Sungai Sarawak sekali lagi.  Suasana waktu malam lebih meriah.  Perkhidmatan sampan menyeberang sungai beroperasi sehingga lewat malam.

laksa sarawak

Mesti nak cuba Laksa Sarawak , bagi saya ok lah. Suami dan anak-anak cakap sedap. Dah kena dengan selera tekak dia orang le tu.

mee kolok sarawak

Saya order Mee kolok sarawak tetapi cuma mampu makan sesuap saja. Payah kalau orang jenis makan masakan di rumah, semua tak kena ..hihi

pelancong asing
Keistimewaan menginap di hotel jenis backpacker adalah kita lebih mesra dan senang untuk bergaul dengan penginap lain terutamanya pelancong asing.  Salah seorangnya dari New Zealand dan datang sebagai peserta persidangan membuat kajian penting. Habiskan cuti selepas majlis rasmi berakhir.

Ada juga  pelawat tempatan dari semenanjung tetapi mereka tak sudi bergambar dengan kami… 🙂

Nota : Dari beratus-ratus, gambar suasana dan peribadi, ini saja yang mampu diupload…tak  berapa ada banyak masa nak beronline, maaf ye.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Salam,

    Seronoknya baca dan tengok gambar-gambar tu semua, gambar angah tu dah macam kat china heheee.

    laksa sarawak tu rasa macam laksa kat sini ke atau ada beza ye dari jenis kuahnya??
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Menang L4Grande – Peti Ais 4 Pintu Ala Perancis Dari Mitsubishi ElektrikMy Profile

  2. Dengan org NZ blh bergambar, dgn org Kanada takmau keww? 😆
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Busuk.org Memperkenalkan Sistem Baru – AutopingMy Profile

  3. Haiii cuti aje kak jie ni..seronok pulak..haha
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Wordless Wednesday #67 – Aku Rindu Saat Gembira IniMy Profile

  4. Suka gambar 3 sampan tu.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Selipar TerbalikMy Profile

  5. sebenarnya sungai Sarawak bukan sungai santubong…Santubong kata nama yang digunakan untuk Gunung Santubong,Kampung Santubong dan Puteri Santubong

    ps: Terima kasih kerana sudi bertandang ke Bumi Kenyalang..
    Jom terjah post menarik dari kakiblog ..Penulisan Blog Sebagai Rutin Harian BloggerMy Profile

    • Terima kasih atas informasinya. Cuba buka Google Maps, dia tulis Sungai Santubong tetapi bila cari maklumat mengenai sarawak state legislative assembly building tu, dia tulis Sungai Sarawak.

      Dalam perjalanan ke Kampung Santubong, kita akan melalui sebuah jambatan yang dinamakan Jambatan Sungai Santubong, betul ke maklumat tu?
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai PuteriMy Profile

  6. belum pernah lagi ke sabah mahupun sarawak, harap2 nanti dapatlah pergi sekeluarga ke sana bercuti ke tempat orang pula.
    tunggu anak2 besar sikit baru boleh naik kapal terbang…hehe
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Hanya Kerana Skru Buangan.My Profile

    • pertama kali naik kapal terbang , umur Along 10 tahun, dia menangis sebab sakit telinga.

      Anak-anak dah besar baru berbaloi untuk bercuti jauh macam ni sebab dia boleh hayati dan belajar banyak perkara… itu pun tujuan percutian, untuk menambah pengalaman hidup
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai PuteriMy Profile

  7. lihat memang menarik, sebab kebiasaan menginap di hotel dah bosan. kadang kala hotel biasa tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.
    Jom terjah post menarik dari saljuhumairah ..Harga Minyak Naik? Cerita Lucah Lawak Lebih Mendapat TempatMy Profile

  8. kek lapis jangan dilupa kalau ke sarawak
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Burung Bangau Dan Nelayan Mencari Rezeki BersamaMy Profile

  9. teringin jugak nak pergi ke sarawak or sabah..nak merasa naik flight

    • kerana rajin klik laman web syarikat penerbangan – bukan Air Asia saja….kebanyakkan syarikat penerbangan ada promosi harga murah

  10. tengok keadaan dindig tempat kakjie begambar , risau kalau bawa anak2 bee berlari sana sini mau roboh dinding tu .. heheh … banyak gambar kakjie ada yg tak loading habis pun .
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Umur 4 Tahun Nak Pergi Sekolah DahMy Profile

    • ha ha ha Bee.. kak jie dah dapat bayangkan budak2 tu berlari mcm nak runtuh dinding.
      sebenarnya dinding batu mcm bisa, cuma dia atas untuk dekorasi aje… tapi lantai memang berbunyi kalau kita lalu
      mcm lantai buluh rumah kampung… ni utk anak dara prektis jalan sopan santun…hehe

  11. ohh kalau kami anak kecik2 ni x sesuai le yer… kami ambil depalma waterfront tu kakjie… kecik gak biliknye

    byk la tu gambo kakjie…
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie @ Nis Azmier ..Surirumah juga boleh mencarum di KWSPMy Profile

  12. best best best!
    terima kasih kak jie berkongsi gambar2 menarik…dah ada idea untuk anak2 4-5 tahun akan datang… =)
    tgk gambar dah rasa seronok…hohoho
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Bersukan Berpeluh Penuh Semangat Dengan Jersi Baru?My Profile

  13. Udah sedondon merahnya gambar yg last tu Kak Jie…

    Rugi tahun lepas terpaksa burnkan tiket gi Sarawak satu family gara2 kesiankan kakak yang sekolah kat kampung.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Benelli TNT600 Saya Berangan LagiMy Profile

  14. lain macam rupa laksa sarawak tuh yer…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Duit Raya Beli BasikalMy Profile

  15. Cantik gambar. Tahniah.. 😉

  16. selalunya backpacker hotel ni pilihan utk org bujang..heheh
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..KUNCI KEJAYAAN ? SESUNGGUHNYA SUDAH TERTULIS PADA NAMAMy Profile

  17. Best baca cerita kembara seperti ini…menunggu update seterusnya.
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Taikun muda yang misteri !My Profile

  18. Rasa melancong secara backpacker lebih bebas menentukan tempat yang ingin dilawati. Rasanya perlu perancangan lebih teliti. Bantuan pakcik Google boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat.

  19. wah seronoknya berjalan melancong… tak penah lg melancong kat sana… gud info nih…

  20. suke mee kolok, sedap la k jie. tapi kalau tak kene dengan tekak nak buat cam ne kan…
    Jom terjah post menarik dari Cik Lily Putih ..Tahniah Blogger Yana Yassin Di Atas PertunanganmuMy Profile

  21. Murah dan selesa juga ye kak jie..
    Umai udang dah cuba kak jie..
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Selamat harijadi AnaqieMy Profile

  22. kena cuba juga stay kat hotel backpacker ni baru boleh rasa entri sebenar mengembara
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Percutian Beijing penuh dengan penipuanMy Profile

  23. tak pernah melancong menggunakan backpacker tempat begini, satu kelainan dan pengalaman baru kalau dapat rasainya…….
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Minda PagiMy Profile

  24. Saya mmg suka duduk tempat macam ni kalau pergi melancong,sebab dapat rasa suasana kampung,kalau dok di hotel dan bosan :).Mee Kolok belum pernah cuba,kalau ngam dengan tekak sedap jer.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Musim Buah Mata KucingMy Profile

Trackbacks

  1. […] 1. Pengalaman Pertama Menginap Di Backpacker Hotel Berambih Lodge Kuching […]

  2. […] Bersambung entri hari kedua percutian di Kuching Sarawak. Baca entri terdahulu di sini – Pengalaman Pertama Menginap Di Backpacker Hotel Berambih Lodge Kuching […]

  3. […] travel Denaihati terus mendapat sambutan daripada trafik organik. Tulisan pengalaman mengembara Blogger Kak Jie paling banyak menerima trafik kerana melalui carian daripada serach engine. Selain itu tulisan […]