Resepi Ayam Pansuh Homestay Kampung Benuk

Sebelum baca entri ini, kena belek-belek entri sebelum ini untuk kesinambungan jejak kembara ini. Baca :

Melawat Rumah Panjang Titi Buluh Etnik Bidayuh Di Homestay Kampung Benuk

Selepas sesi melawat rumah panjang dan melalui jambatan buluh melawat kebun tanaman penduduk tempatan , kami balik ke Homestay Kampung Benuk.

Kampung Benuk Isabel Julau
Inilah antara Homestay Kampung Benuk tempat kami akan bermalam milik Isabell Julau Mejat, isteri kepada Ewing Cnong.  Program homestay di sini disertai oleh ramai penduduk kampung yang menyediakan bilik di rumah masing-masing bagi memperkanalkan percutian ala homestay dan di Kampung Benuk sendiri terdapat lebih kurang 50 bilik yang diusahakan.

Saya suka konsep homestay tetamu menginap bersama tuan rumah. Kita lebih dekat mengenali adat budaya dan lebih terkesan dengan kehidupan harian penduduk tempatan.  Kami ada banyak masa yang diluangkan bersama dam memberi ruang lebih mesra menjalin hubungan.

Selesai makan tenghari yang istimewa sayur pucuk timun dan nasi dari beras tempatan yang sangat berbeza dari beras yang biasa dimakan, kami melawat dewan Homestay Kampung Benuk yang dibina  berhampiran tempat kami menginap.

homestay benuk kuching
Homestay Benuk biasa menerima tempahan secara berkumpulan dan di dewan ini aktiviti kebudayaan yang membabitkan penduduk kampung diadakan.

gadis bidayuh sarawak
Ruang di dalam dewan homestay

Ayam Pansuh
Sebelum datang ke Sarawak, ada kawan yang memberitahu supaya mencuba masakan Ayam Pansuh. Bukan mudah untuk mendapatkan masakan traditional jika kita tidak tahun di mana tempatnya. Sangat beruntung kerana Isabell bercadang menyediakan Ayam Pansuh untuk menu makan malam kami.

Resepi Ayam Pansuh

Antara bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat Ayam Pansuh ialah ayam, halia, serai, bawang putih, garam, terung dayak dan daun ubi. Ayam dibersihkan dan diperap dengan halia, serai , bawang putih, terung dayak dan garam. Daun ubi diramas bersama garam untuk dikeluarkan getahnya dan mengurangkan pahit.

Terung Dayak atau dipanggil Terung Asam bertindak seperti asam.

Trivia :
Terung Dayak sudah diiktiraf dan didaftarkan sebagai harta intelek Sarawak di bawah Petunjuk Geografi (GI) (salah satu komponen Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)) selain dabai, tiga jenis beras termasuk Bario, lada (hitam dan putih) dan kek lapis Sarawak. Rujukan : The Borneo Post

cara buat ayam pansuh
Masukkan ayam bersama bahan yang telah diperap bersama.

resepi ayam pansuh
Masukkan air dan akhir sekali pucuk ubi untuk  menutup buluh dan mempercepatkan proses memasak ayam pansuh. Wap yang terhasil daripada ayam yang masak di dalam buluh tersebut akan menjadi kuah kepada Ayam Pansuh.

masak Ayam Pansuh  Manok Pansuh
Ayam Pansuh dibakar lebih kurang 30-40 minit.  Macam bakar lemang , bezanya daun pisang tidak digunakan sebagai pengalas di dalam buluh.  Kita boleh dengar bunyai air mengelegak di dalam batang buluh.

ayam pansuh sarawak
Inilah Ayam Pansuh atau Manok Pansuh. Manok maksudnya ayam.

ayam pansuh bidayuh
Tudia…. sedap tak tertahan katanya.

makan malan di homestay
Kami makan malam di luar rumah dibawah kerlipan bintang dan udara nyaman  perkampungan dipinggir bukit. Damai sungguh…

wanita bidayuh pergi umai
Esoknya, awal pagi kami  keluar menikmati cuaca dingin pagi. Menariknya dapat melihat  wanita Bidayuh yang berjalan ke kebun masing-masing. Biasanya wanita Bidayuh akan ke kebun dan lelaki akan pergi kerja di tempat lain. Zaman dulu mungkin kedua-dua suami isteri ke kebun bersama.

kebun sayuran
Kami berjalan melihat persekitaran kampung dan menghampiri kebun-kebun tanaman penduduk tempatan. Semua ada – sebut saja apa tanaman, semuanya segar dan hidup subur. Mereka sedang membersihkan tempat untuk ditanam padi huma.

Nanas Sarawak
Ini lagi satu produk yang popular – Nanas Sarawak. Sangat-sangat sedap…. ada penduduk kampung hantar ke homestay kami 2 biji Nanas Sarawak.

Isabell Julau Mejat Terimakasih Isabell Julau Mejat dan Ewing Cnong atas layanan mesra dan budi baik sepanjang kami menginap di Kampung Benuk Homestay.  Pengalaman ini sungguh indah dan menjadi kenangan sepanjang hayat.  Moga kita dapat bertemu lagi.

Sesiapa yang ingin menghayati dan mengalami sendiri pengalaman seperti ini, bolehlah hubungi
Ewing Senon/ Isabell Julau
Tel: 019 849 8413 / 014 882 1551
Email: borneobenukhomestay@gmail.com
Laman web : Borneo Benuk Homestay

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. dimasak di dalam bambu ya… saya belum pernah makan masakan yang dimasak dengan cara tradisional seperti ini. pasti cita rasanya sendiri juga khas tu..
    Jom terjah post menarik dari Rina ..Create Dynamic XML RSS Feed / Sitemap File Using PHP And MYSQLMy Profile

  2. Pertama kali dengar buah terung dayak tu…rasanya pernah dapat daripada seorang kawan…cuba masak asam pedas dan letak terung tu…pasam perit…!
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Panduan letak jawatan dan berniagaMy Profile

  3. tak pernah rasa lagi, untung kak jie dah merasa kelainan tinggal di homestay sana….
    Jom terjah post menarik dari sukma ..PEMAKAIAN LOCENG KAKI DILARANGMy Profile

  4. pergh.. terliur melihat terung .. ada org panggil terung iban.. sedap masak sayur..
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Peluang Terbuka Menjadi Krew Kabin Pesawat AirAsiaMy Profile

  5. SA dah rasa sekali…memang sedap.. bau nyer wangi sebab di masaka dalam buluh…
    Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Dah bayar dah…My Profile

  6. yap. pernah makan ayam pansuh nih..

    memang lain sikit la rasanya. Tapi memang sedap.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Kisah seram Budak perempuan kecik.My Profile

  7. ayam pansuh memang sedap ho..ho..rasa ayam sup yang sukar untuk diungkapkan.
    Jom terjah post menarik dari kakiblog ..Blogger Itu Penyampai Maklumat TerbaikMy Profile

  8. hmmm…sekali tengok macam sup ayam je kan…
    Jom terjah post menarik dari syamila ..Jana Pendapatan Dengan Agent Dropship MamapayishMy Profile

  9. nampak macam sup… sekali sekal boleh cuba untuk kelainan.. mesti romantik kalau makan berdua dengan isreri di belakang rumah masak style gini.
    Jom terjah post menarik dari saljuhumairah ..Pakej Pelamin Angan Ku Cantik dan Murah 2013My Profile

  10. Hehe..tak pernah makan lagi ayam masak dalam buluh…suami kak jie tu mcm berpengalaman aje..haha
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Destinasi Honeymoon Impian Kita Semua – BaliMy Profile

  11. kakjie , ayam pansuh nampak sedap sangat .. ada kawan ajak g jalan sana , full sponsor tapi bulan 12 , mak tengah pantang kot .. wawawa …
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Persedian menyambut kelahiran bayi dan untuk ibu juga !My Profile

  12. bila dah masak, mcm sup ayam pun ada rupa Ayam Pansuh nih~ tapi mungkin bau dia special sikit sebab masak dalam buluh kot~
    Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Resepi Nasi Kabsa Kujie Jadi KontroversiMy Profile

  13. nampak macam sedap je, macam buat sup ayam, tapi masak guna buluh. teringin nak travel bersama tersayang, jika ada rezeki insya-Allah boleh pergi 🙂

    nota: trivia yang menarik. sekurang-kurangnya kita tau fakta sebenar.
    Jom terjah post menarik dari Khairil Mazri ..#LuahanHati: Bernilainya 20 SenMy Profile

  14. sekali tgk macam sup ayam je…
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Buka Perniagaan Online SendiriMy Profile

    • ayam = ayam
      pansuh = buluh

      maksudnya ayam masak dalam buluh. Orang tempatan yang bertani memang guna cara ini untuk memasak termasuk nasi sebab kebun dan berladang berpindah randah dan lokasinya jauh dari perkampungan. Tak perlu bawa periuk . Itulah asal buluh digunakan. Sesuaikan hidup dengan persekitaran.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Resepi Ayam Pansuh Homestay Kampung BenukMy Profile

  15. Wah sempat mencuba resepi ketika di sana. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wifi extender TP-Link luaskan kuasamuMy Profile

  16. terus lapar tengok gambar ayam pansuh..huhuh
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..BENARKAH VITAMIN C BERI KEBAIKAN PADA KITA ?My Profile

  17. Kalau dah sampai nyirup kuah ayam pansuh tu,tanda sedap sgt tu Kak Jie 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Simpan file 15gb percumaMy Profile

Trackbacks

  1. […] Baca catatan pengalaman saya di sini – Melawat Rumah Panjang Bidayuh Di Homestay Kampung Benuk dan Resepi Ayam Pansuh Homestay Kampung Benuk […]

  2. […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Resepi Ayam Pansuh Homestay Kampung Benuk | Hidup Biar Sedap […]