Sekali Lagi Ke Santuari Ikan Sungai Chiling

Saya pernah ke Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru tahun lepas. Baca entrinya di sini - Bermain Ikan kelah Di Santuari Ikan Sungai Chiling

Rasa tak puas, saya berkunjung lagi meredah kehijauan alam yang mendamaikan ini.   Lokasi Santuari Ikan Sungai Chiling terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.   Sekiranya dari Kuala Lumput, ikut Jalan KL – Ipoh ke arah Rawang.  Selepas melepasi  Rasa, belok kanan ke Ampang Pecah sehingga tiba di Kuala Kubu Bharu.

Ambil jalan ke arah  Fraser Hill.

Santuari Ikan Sungai Chiling di buka setiap hari Jumaat, Sabtu dah Ahad sahaja dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Bayaran RM 1.00 dikenakan dan perlu mendaftar di pondok pengawal.

santuari ikan sungai chiling

Pintu masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling , Kuala Kubu Bharu

santuari ikan kelah sungai chiling

Peta laluan menuju ke Air Terjun Sungai Chiling

Ini gambar yang kami pergi tahun lepas. Macam tu lah peta laluan untuk sampai ke Air Terjun Sungai Chiling.

Setiap tempat ada papantanda laluan untuk melintas.

santuari ikan kelah sungai chiling

Lintasan pertama melalui jambatan kabel

Lintasan pertama, seronok tau… rasa macam senang je nak ke sana.

sungai chiling

Laluan denai yang basah dan pokok menjalar

Laluan denai yang basah dan sejuk.  Tak perlu tergesa-gesa, ambil masa berjalan sambil menikmati kediginan keadaan redup di sini.

 

perjalanan ke santuari ikan kelah

Ada balak sebesar dua tiga pemeluk merentangi laluan

 

laluan dicelah akar kayu

Antara lalauan dicelah akar kayu

Pakai kasut yang sesuai, yang boleh rendam dalam sungai dan selamat untuk berpihak dicelah akar kayu , batu, jalan yang lembab atau pasir.

periuk kera

Periuk kera yang tumbuh di atas tanah

Ambil masa untuk melihat sekeliling alam semulajadi – ada satu tempat tu banyak periuk kera jenis tumbuh di atas tanah.

Terdapat dua jenis pokok periuk kera, iaitu yang memanjat dan menjalar dan jenis yang tumbuh di atas tanah. Periuk kera yang tumbuh di atas tanah lebih besar , bentuknya lebih bulat dan berkelompok.

pokok periuk kera

Periuk kera jenis menjalar

Ini adalah periuk kera jenis menjalar. Bentuknya lebih kecil dan memanjang.

ikan kelah sungai

Lintasan sungai sambil beri ikan makan

Lintasan ke 2,3,4,5 dan 6 memerlukan kita meredah sungai. Kali pertama pergi dulu air sungai agak tinggi tetapi kali ini airnya lebih cetek. Air yang berkocak tu bila sekumpulan ikan kelah merebut makanan yang ditabur.

ikan kelah sungai chiling

Ikan kelah bebas hidup di sungai yang tidak tercemar

Dimana saja ada ikan. Tetapi janganlah cuba-cuba nak menangkap, nampak saja macam jinak.

 

ikan kelah santuari sungai chiling

Ikan kelah yang buat kita geram….eeee…geramnya…geramnya!

ikan kelah sungai chiling kuala kubu bharu

memberi ikan makan

Ada papantanda melarang memberi ikan makanan yang dibawa atau sisa makanan manusia. Kalau ikan tu kena food poisoning, kan susah.

Saya bawa makanan ikan ( pallet ).

air terjun sungai chiling

Kepuasan dikemuncak…

Selepas meredah perjalanan melalui denai, lopak air, memanjat tebing, bergayut pada akar pokok dan melintasi sungai, akhirnya inilah destinasinya. Hilang segala penat dan lelah bila tiba di sini.

Keseluruhan perjalanan untuk sampai ke air terjun lebih kurang 45 minit sambil bergambar…hiks!  Kalau berlari-lari anak tanpa henti mungkin mengambil masa kurang dari itu.

Tak perlu bawa periuk belanga nak berkelah kat dalam sana tu, bawa saja nasi atau makanan yang telah disiap dibungkus.

Jangan buang sisa atau bekas bungkusan plastik atau sampah, bawa keluar bersama-sama kerana itu tanggungjawap kita kepada alam. Dalam perjalanan balik kami kutip beberapa sampah sisa plastik untuk dibawa keluar sebagai salah satu sumbangan kecik kepada persekitaran yang kekal bersih.

 

Saya Sayangkan Selangor yang Bersih!

 

rakaman video amatur yang dibuat oleh adik dua tahun lepas.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. terima kasih kerana upload gambar sanctuary sg chiling. pemandangan sungguh menarik. malangnya ikan2 yg di dalam gambar ini semuanya BUKAN spesis Kelah. ramai org keliru utk membezakannya. ikan2 tersebut adalah spesis Tengas. jika anda ingin tahu rupa Kelah yg sebenar, sila layari blog saya utk membezakan. semestinya Kelah yg Original. TQ

  2. alamnya masih asri sekali …

  3. salam.

    whoa. banyak betul ikan dan periuk kera tu sangat menarik2 saya nak g tengok dgn dekat. cari geng… dengan segera! yoshhhh!
    Jom terjah post menarik dari huda engku ..Creating More of (My) Selangor StoriesMy Profile

  4. Semoga terpilih ^^
    Jom terjah post menarik dari Saleh Drehem ..Selangor is a Paradise of MalaysiaMy Profile

  5. Wow! Keren sekali perjalanannya. Periuk Kera macam tu jarang sekali saya tengok di Indonesia. Mestilah masuk ke dalam hutan raya yang lebat. Memberi makan ikan di sungai? Itu baru buat saya. Cool! Keren!!! :D
    Jom terjah post menarik dari Citra Rahman ..Pulau Weh, Tidak Melulu Pantai dan Snorkeling kokMy Profile

  6. ikannya banyak sekali, semoga tetap terpelihara dengan baik
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Tips Memilih Wastafel Yang TepatMy Profile

  7. uish..ni kalau bujang, dah ajak membe2 pegi sane..ada anak kecik, susah plak nak kena kendong.
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Sebulan Tidak MandiMy Profile

  8. kamera mesti mahal , siap boleh rakam live ikan berenang dalam air lagi tu.
    Jom terjah post menarik dari perfume malaysia ..Perfume supplier in MalaysiaMy Profile

  9. Pemandangan alam yang cukup indah. Aina tak tahu pun kat situ ada Santuari cam tu padahal dulu2 suami bertugas di Kuala Kubu Bharu je. teringin nak pergi tapi mengenagkan perjalanan mengambil masa sehingga 45 minit berjalan kaki terpaksa fikir dua tiga kali. Pergi ok nak balik mahu menggigil lutut.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Jangan Dibiar Hati BersedihMy Profile

  10. Rutenya cukup sulit dan medannya agak terjal ya..
    Jom terjah post menarik dari Ramzi ..Cara Memasang / Menampilkan Author Blog di Google SERPMy Profile

  11. memang sakit hati bila nampak ada pengunjung ke tempat2 rekreasi awam camni lepas dah makan2 pehtu nak balik tu terus tinggal je sampah2 yang diorang buat cam surat khabar yang dibuat lapik duduk, bungkusan makanan, kotak air..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Wordless Wednesday – Pintu ke mana sajaMy Profile

  12. mengidam betul nak pancing ikan kelah ni..

  13. Tengok periuk kera jenis menjalar tu teringat dulu masa duduk di hilir, dekat belakang rumah pun ada periuk kera tumbuh… Siap bawak pergi sekolah tunjuk dekat kawan-kawan… Tapi sekarang, entah ada lagi ke tidak pokoktu di sana….
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Jantung BerdarahMy Profile

  14. Jauh juga meredah denai. Nampak gaya tak dapat bawa anak-anak ke sana.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – # Sifat maluMy Profile

  15. jauh nak masuk, tapi nampak cam best plak…

  16. subhanallah..cantiknya..bersih airnya kak..tapi jauh pulak ke dalam hutan.. kalau ada anak kecik cam saya tak sesuai nak pegi kan..

    tak sabar nak tunggu anak2 membesar..hahaha..
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Propaganda atau misinformation?My Profile

  17. kak jie pun join nih..
    cam adventure jugak jalannya tu..
    :)
    Jom terjah post menarik dari hidayah ..nabila huda separuh bogelMy Profile

  18. tak boleh pergi lagi buat masa ini.
    Anak bongsu baru berusia 2 tahun ….

    Jenuh nak dukung
    Jom terjah post menarik dari pB ..CERITA MINGGU INIMy Profile

  19. wah, menariknya kak jie. eh lupa plak, apa khabar kak jie. lama tak lepak cni. maklumlah, sibuk bekerja dan bersuka. terima kasih kepada kak jie sekeluarga yg byk membantu sy sebelum ni. mesti seronokkan dapat bersantai macam kak jie sekeluarga. :)
    Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Sinopsis Aku Terima NikahnyaMy Profile

  20. banyaknyee ikan!! best ni kalo dapat pegi..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Tempah Korban sempena Aidiladha dengan eQurban.comMy Profile

  21. boleh memancing ke kak jie….
    Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..Lady Gaga Muntah Atas PentasMy Profile

  22. nampak sangat2 menarik, belum pernah sampai lagi tempat ni
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..wordless wednesday – rindu pun bertandangMy Profile

Trackbacks

  1. […] Ini adalah gambar-gambar Empangan Sungai Selangor atau lebih dikenali sebagai Empangan Kuala Kubu Bharu yang diambil oleh Angah pada 08/03/2014.  Angah dan rakan-rakan universitinya berkhemah di Santuari Sungai Chiling […]

  2. [...] cerita lain , tetapi masih pada hari yang sama ketika saya pergi ke Santuari Ikan Sungai Chiling Gambar ini diambil pada bulan Disember [...]

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam