Stalaktit dan Stalagmit Di Gua Tempurung

Gua Tempurung mula dikenalpasti pada tahun 1887 dengan ejaan nama Gua Tempoo Rong. Terletak di daerah Gopeng lebih kurang 25 KM dari Ipoh. Kalau melalui Lebuhraya PLUS, keluar di Gopeng dan ambil arah kiri ke Kampar. Selepas 5 KM, akan jumpa papantanda Gua Tempurung .

GPS Coordinate Gua Tempurung  - 4.417186,101.187466

lokasi gua tempurung

Gua Tempurung telah dibuka untuk lawatan kepada orang awam pada bulan November 1997. Semasa Perang Dunia 11 (1939 – 1945), gua ini menjadi perlindungan bagi penduduk tempatan dari serangan pihak Jepun

laluan ke dalam gua tempurung

Gua ini juga dikenali sebagai Gua Perah. Perah adalah sejenis buah seperti buah getah.

lubang di gua tempurung

Terdapat satu lubang yang dinamakan tingkap gua dimana cahaya matahari menembus memberi cahaya yang berkilau ke dalam gua

Jenis Pakej dan harga tiket yang ditawarkan untuk pengunjung memasuki Gua Tempurung.

  1. Gonden Flowstone  - RM 6 RM ( Dewasa )  2.50  ( Kanak-kanak ) – 40 minit
  2. Top Of The World RM 9 (Dewasa )  - RM 4.50 ( Kanak-kanak)  1 Jam 45 Minit
  3. Top Of The World & Short River Adventure – RM 11 ( Dewasa ) RM 6.00 ( Kanak-kanak) 2 Jam 30 Minit
  4. Grand Tour  - RM 22 ( Dewasa)  RM 11 (Kanak-kanak )  3 Jam 30 Minit

Pakej Gonden Flowstone dan Top Of The World adalah laluan kering melalui binaan jambatan dan tangga yang disediakan manakala pakej Top Of The World & Short River Adventure dan Grand Tour adalah laluan basah dan kering melalui sungai di dalam gua. Sungai tersebut dipanggil Sungai Gua Tempurung sepanjang kira-kira 1.6 km melalui gua dalam Gunung Tempurung.

Waktu lawatan di Gua Tempurung mengikut jenis.

  • Golden Flowstone bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang
  • Top Of The World bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang
  • Top Of The World & Short River Adventure bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari
  • Grand Tour bermula dari jam 9 pagi hingga 11 pagi

 

 

keadaan dalam gua tempurung

Gua Tempurung yang dianggarkan berusia lebih 400 ribu tahun sepanjang 1.9 KM membentuk seni bina gua batu kapur semulajadi.

keadaan di dalam gua tempurung

Keadaan di dalam gua yang menyediakan laluan bertangga dan lampu untuk melihat suasana semulajadi di dalam gua.

 

anak sungai dalam gua tempurung

Gonden Flowstone adalah keadaan dimana apabila air sungai yang mengalir di lantai gua yang berombak dan menghasilkan cahaya berkilau.

 

batu di gua tempurung

Antara gua-gua kecil yang boleh dilihat terbentuk di dinding sepanjang laluan.

batu kapur gua tempurung

Berbagai bentuk formasi stalagmi dan stalaktit boleh dilihat pada bentuk dan lantai gua. Stalagmit terbentuk apabila kalsium bikarbonat yang mengandungi air menitis ke bawah melalui bumbung gua. Penyejatan separa berlaku sehingga yang menitis ke lantai akan membentuk semakin membesar. Secara umumnya, stalagmit adalah lebih tebal daripada stalaktit, yang nipis dan rapuh.

 

 

melawat gua tempurung gopeng perak

Tips ke Gua Tempurung.

  • Pakai pakaian yang sesuai seperti seluar panjang dan kasut.
  • Bawa lampu suluh
  • Sarung tangan kerana besi penghadang laluan ini berkarat.
  • Bawa air minum

Gambar mungkin tak dapat nak tunjukkan keadaan sebenar yang indah di dalam gua, jadi pergilah melawat sendiri dan melihat dengan mata.  Itu lebih menarik dan tiap orang mendapat gambaran dan pengalaman yang berbeza….

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. mazlan says

    Sy baru bercadang nak bawa anak murid ke gua ini. Dulu pd zaman kanak2 sy pernah masuk gua batu caves, tp gua tempurung ni belum pernah lagi. Mudah2an sy dan anak murid akan mendapat pengalaman baru dalam sesi lawatan sambil belajar ke sini.

  2. says

    memang best Gua Tempurung ni, dulu pergi time sebelum nak SPM syok ambik yang 2jam punya keluar2 habis lenjun baju hahah memang terbaiklah… disyorkan kepada semua..
    Jom terjah post menarik dari jal ..Aku Sayang ChurpChurpMy Profile

  3. says

    Kali terakhir saya masuk gua di Batu Cave ketika itu adalah aktiviti kelab rekreasi kolej. Kami telah melalui lubang yang sempit hanya muat untuk seorang. Keluar dari lubang gua habis berlumpur dan basah. Pada masa sama dapat merasai pengalaman minum air batu kapur dengan mengunakan straw.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Sambutan Hari Lahir abang Ngah dan Baby AslahMy Profile

  4. says

    Saya pernah pergi ua Tempurung ni dulu. Kalau tak silap, masa saya pergi tu ada pakej. Pakej yang nampak macam best tu (tapi mahal) siap ada aktiviti basah2 lagi. Huhu.

    Tapi saya pergi dengan family, so ambil pakej yang paling basic je. Hehehe. Itu pun dah 4,5 tahun dulu punya cerita. :)
    Jom terjah post menarik dari TakSerius ..Cerita Lawak – Perokok Yang KayaMy Profile

  5. says

    Buah perah kalau di Pahang dinamakan asam rom -rasanya macam biji gajus tapi tak lemak.

    Penduduk sekitar Kuala.Tembeling,Raub,Jerantut mereka masak ikan patin bersama buah perah.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.