Video Intan Ke Chiangmai

Video ini Intan yang buat….ada beberapa maklumat yang ingin dikongsi

  • Parking kereta di TBS ( Terminal Bersepadu Selatan ) di BTS ( Bandar Tasik Selatan ) RM 4/ sehari. Kami park 4 hari – RM 16
  • Naik bas dari TBS ke KLIA2 dengan JETBUS.  Harga tambang bas ke KLIA2 – RM 10 seorang dan mengambil masa kira-kira 1 jam.  Bas paling awal bertolak pada jam 3 pagi dari TBS dan 4:15 pagi dari KLIA2.
  • Teksi dari Chiangmai International Airport ke bandar –  150 Baht. Kalau MPV 250 Baht.  Kami tambah 50 Baht untuk bawa melawat beberapa tempat menarik sebelum ke hotel.
  • Beli Simkad di 7-Eleven dengan harga 299 Baht untuk 7 hari dengan 1.59GB. Kami beli 1 je Simkad dan berkongsi internet guna hotspot.
  • Kami menginap di Kikie’s Guesthouse. ( 1 double room + 1 triple room ) dengan harga 2400 Baht untuk 3 malam.
  • Sekiranya merancang untuk bercuti ke Chiangmai, pastikan salah satu harinya adalah hari Sabtu kerana malamnya ada Sunday Night Market yang sangat meriah.

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Salam perkenalan.. Alhamdulillah, video yang menarik untuk dikongsikan. Chiangmai tentu dalam ingatan.